- Berita
- Kereta Baru
- Mercedes-AMG EQE 53 4MATIC+ Dilancarkan Di Malaysia, Harga Dari RM649K, Jarak EV 527KM!
Mercedes-AMG EQE 53 4MATIC+ Dilancarkan Di Malaysia, Harga Dari RM649K, Jarak EV 527KM!
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan model berprestasi tinggi, Mercedes-AMG EQE 53 4MATIC+ yang ditawarkan pada harga daripada RM649,888.00, atas jalan, tanpa insurans. Dilancarkan bersama dengan Mercedes-AMG EQS, kedua-dua sedan elektrik ini ialah model AMG EQ yang pertama dilancarkan di Malaysia.
Model ini dibina berdasarkan platform Electric Vehicle Architecture (EVA) seperti EQS dengan pelbagai elemen rekaan dan teknologi yang sama.
PRESTASI MERCEDES-AMG EQE 53 4MATIC+
Dari segi prestasi, Mercedes-AMG EQE 53 4MATIC+ menggunakan dua motor dengan output 625hp (460 kW)/950Nm yang memberikan kereta kemampuan untuk melakukan pecutan dari 0-100 km/j dalam masa hanya 3.5 saat. Kelajuan tertinggi yang mampu dicapaikan ialah 220km/j.
Dengan AMG Dynamic Plus Package, output sedan berprestasi tinggi ini boleh mencapai 687 hp/1020 Nm, membolehkannya melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa sepantas 3.3 saat.
Motor elektrik kereta dikuasakan oleh bateri litium-ion 400V yang membekalkan tenaga sebanyak 90.6-kWh. Dengan cas penuh, sedan elektrik ini boleh mencapai jarak perjalanan sehingga 527 km (WLTP). Model ini boleh dicas dengan pengecas AC sehingga 11 kW dan DC hingga 170 kW.
BAHAGIAN LUAR MERCEDES-AMG EQE 53 4MATIC+
EQE 53 tampil dengan gaya sporty AMG. Di bahagian depan, terdapat logo kecil AMG di bawah logo bintang Mercedes. Model ini menggunakan lampu depan dengan teknologi DIGITAL LIGHT dan Adaptive Highbeam Assist Plus. Di bahagian tepi, model ini menggunakan rim bersaiz 21 inci dengan kaliper brek berwarna merah.
BAHAGIAN DALAM MERCEDES-AMG EQE 53 4MATIC+
Bergerak ke bahagian dalam kereta, model ini kelihatan sporty dengan gaya AMG, jelas terlihat daripada penggunaan tempat duduk sporty yang menggunakan upholsteri ARTICO bersama gentian mikro MICROCUT dua tona bersama jahitan merah. Gaya sporty diserlahkan lagi dengan penggunaan tali pinggang berwarna merah. Untuk keselesaan optimum, tempat duduk hadapan hadir dengan fungsi memori dan pemanas. Konsol tengah menggunakan gentian karbon khas AMG.
Berikut adalah ciri-ciri lain yang terdapat dalam kabin:
- Pencahayaan ambien
- Karpet lantai AMG
- Roof liner fabrik hitam
- Stereng prestasi AMG dalam serat karbon / mikroserat MICROCUT
- Ambang pintu bercahaya dengan tulisan "AMG"
- Butang stereng AMG
- Sokongan lumbar empat arah
- Pakej ENERGIZING
- Pakej AIR BALANCE
- KEYLESS-GO
- Penutup but jarak jauh
- Kawalan iklim automatik THERMOTRONIC
- Pakej Keselesaan Akustik
- Pakej Lampu Dalaman
- Pelindung matahari yang boleh ditarik
- Cermin dengan lapisan untuk menahan haba, bunyi, dan memantulkan sinar inframerah
- Pakej USB Plus
- Sistem cas tanpa wayar untuk peranti mudah alih di bahagian hadapan
- Kompartment penyimpanan di bawah konsol tengah
Model ini turut menggunakan sistem multimedia Mercedes-Benz User Experience (MBUX) generasi terbaharu yang telah diperkenalkan pada EQS. Dengan Pakej Premium Plus, kereta dilengkapkan dengan sistem bunyi keliling Burmester® 3D, pencahayaan ambien aktif, dan kawalan iklim automatik THERMOTRONIC. Sama seperti AMG EQS, AMG EQE dilengkapi dengan AMG TRACK PACE yang dapat merekodkan lebih daripada 80 data kenderaan secara berterusan.
CIRI KESELAMATAN MERCEDES-AMG EQE 53 4MATIC+
EQE hadir dengan pakej Driving Assistance Plus yang terdiri daripada teknologi berikut:
- Bantuan Jarak Aktif DISTRONIC
- Penghidupan Semula Automatik untuk Kesesakan Lalu Lintas
- Bantuan Kekal Lorong Aktif
- Bantuan Stereng Aktif
- Bantuan Pengendalian Aktif
- Impuls sisi PRE-SAFE®
- Sensor Belakang untuk Bantuan Keluar Lorong
Perlindungan Kenderaan URBAN GUARD Plus:
- Sistem Penggera Anti-Pencurian
- Sistem Pemantauan Dalaman
Pakej Parking dengan Fungsi Parking Jarak Jauh
- Kamera 360°
- Bantuan Parking Aktif
- Pra-Pemasangan untuk Bantuan Parking Jarak Jauh
Ciri lain ialah, Bantuan Parkir Memori, Sistem Pemantauan Tekanan Tayar, TIREFIT, Beg Udara Tingkap, Beg Udara Lutut, Sistem PRE-SAFE®, Sistem Panggilan Kecemasan Mercedes-Benz
HARGA MERCEDES-AMG EQE 53 4MATIC+
Seperti yang dikatakan di awal artikel, model ini ditawarkan pada harga bermula daripada RM649,888.00, atas jalan, tanpa insurans. Lebih RM230,000 daripada model standard yang dilancarkan tahun lalu.
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPS2286
SELANGOR
BSH7395
JOHOR
JYG6248
PULAU PINANG
PRT9824
PERAK
APB2024
PAHANG
CFD4671
KEDAH
KGC2670
NEGERI SEMBILAN
NEH1071
KOTA KINABALU
SJM5848
KUCHING
QAB1586M
Terakhir Kemas Kini 15 Sep, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.18
+0.02
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.90
+0.02
EURO 5 B7
RM 3.10
+0.02
Terakhir Kemas Kini 11 Sep, 2025
Berita Terkini
Dilancar: Chery O5 Selamat Mendarat Ke Malaysia, Hanya 1 Varian, Harga Cuma RM116,800
Chery Malaysia akhirnya melancarkan secara rasminya Chery O5 yang merupakan nama baharu bagi Omoda 5 facelift, sebentar tadi.
10-09-2025
Mercedes-Benz C200 AMG Line 2025 Kini Di Pasaran – Harga Sama Tetapi Lagi Bergaya, Dari RM292,800
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) membuat pelancaran ‘mengejut’ model ketiga hari ini iaitu Mercedes-Benz C200 AMG Line 2025.
10-09-2025
Mercedes-AMG CLA 45 S 4Matic+ Coupe Final Edition Kini Di Pasaran – Dari RM538,888
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) melancarkan varian edisi terhad, Mercedes-AMG CLA 45 S 4Matic+ Coupe Final Edition, sebagai 'lambaian terakhir' kepada model CLA generasi kedua (C118).
10-09-2025
Mercedes-AMG CLE 53 4Matic+ Coupe Kini Rasmi Di Pasaran – Dari RM722,888
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) hari ini secara rasmi telah melancarkan model terbaru dalam ‘keluarga’ coupe AMG, iaitu Mercedes-AMG CLE 53 4Matic+ Coupe.
10-09-2025
VCM Dedah Volvo XC60 2025 Sudah Masuk Malaysia, Harga Bermula Dari RM333,888
Volvo Car Malaysia (VCM) secara rasmi mengumumkan ketibaan model paling laris secara global yang sudah diperbaharui lagi iaitu Volvo XC60 2025.
10-09-2025
SUV Elektrik Ranggi, iCaur 03, Kini Di Malaysia – 2 Varian, Dari RM119,800
Sebentar tadi iCaur Malaysia secara rasminya telah melancarkan model pertamanya di pasaran Malaysia, sebuah SUV elektrik ranggi, iCaur 03.
09-09-2025
BYD Sealion 6 DM-i Mungkin Tiba Di Malaysia? – BYD Kongsi Teaser Nombor '6'
Pasaran kenderaan tenaga baharu (NEV) tempatan bakal dimeriahkan dengan kehadiran model terbaru tidak lama lagi setelah BYD Cars Malaysia memuat naik video teaser penuh misteri.
04-09-2025
ROI Chery O5 Kini Dibuka – Omoda 5 Terbaru Dengan Nama Baharu, Lancar Sept 2025
Chery bersedia untuk memperbaharui Omoda 5 dengan wajah serta teknologi baharu menerusi model Chery O5 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
03-09-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat