ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Mercedes-AMG EQS 53 4MATIC+ Dilancarkan Di Malaysia, Harga Dari RM798K, Jarak EV 571KM!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

thumb-EQS.png


Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan model berprestasi tinggi, Mercedes-AMG EQS 53 4MATIC+ yang ditawarkan pada harga daripada RM798,888.00, atas jalan, tanpa insurans. Dilancarkan bersama dengan Mercedes-AMG EQ, kedua-dua sedan elektrik ini ialah model AMG EQ yang pertama dilancarkan di Malaysia. 


PRESTASI MERCEDES-AMG EQS 53 4MATIC+


Mercedes-AMG EQS 53 4MATIC+ menggunakan dua motor dengan output  658 hp (484 kW)/950 Nm yang memberikan kereta kemampuan untuk melakukan pecutan dari 0-100 km/j dalam masa hanya 3.8 saat. Kelajuan tertinggi yang mampu dicapaikan ialah 220km/j. 


Dengan AMG Dynamic Plus Package, output sedan berprestasi tinggi ini boleh mencapai 761 hp  (560 kW)/1020 Nm, membolehkannya melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa sepantas 3.4 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi pada 250 km/j. 


Mercedes-AMG-EQS-53-32.jpg


Motor elektrik kereta dikuasakan oleh bateri litium-ion 400V yang membekalkan tenaga sebanyak 108.4-kWh. Dengan cas penuh, sedan elektrik ini boleh mencapai jarak perjalanan sehingga 571 km (WLTP). Model ini boleh dicas dengan pengecas AC sehingga 11 kW dalam masa 11 jam 15 minit (dari 0-100%) dan DC hingga 200 kW dalam masa 31 minit (dari 10-80%). 


BAHAGIAN LUAR MERCEDES-AMG EQS 53 4MATIC+


EQS 53 tampil dengan gaya sporty AMG. Di bahagian depan, model ini menggunakan gril khas AMG berwarna hitam dengan garisan menergak krom, di tengah gril ini terdapat logo bintang 3 penjuru Mercedes dan di sudut gril terdapat logo kecil AMG. Model ini menggunakan lampu depan dengan teknologi DIGITAL LIGHT dan Adaptive Highbeam Assist Plus. Di bahagian tepi, model ini menggunakan rim bersaiz 21 inci dengan kaliper brek berwarna merah.


Mercedes-AMG-EQS-53-2.jpg

Mercedes-AMG-EQS-53-4.jpgMercedes-AMG-EQS-53-38.jpg


AMG EQS memiliki nilai pekali seret (drag coefficient) dari serendah 0.23. Ini berjaya dicapai hasil daripada ujian demi ujian rintangan angin yang telah dijalankan oleh pakar aero AMG. Berikut adalah antara ciri yang terdapat pada kereta untuk membantu meningkatkan prestasi aerodinamik kereta:

  • Splitter hadapan (berwarna hitam berkilat dengan kemasan krom)
  • AIR CURTAINS pada kiri dan kanan (berwarna hitam berkilat dengan kemasan krom)
  • Ambang sisi khas AMG berwarna hitam berkilat
  • Apron belakang (warna badan) dengan diffuser serta enam sirip memanjang
  • Spoiler belakang yang lebih besar (berbanding AMG Line) 
  • Rim aloi bersaiz 21 inci dalam reka bentuk khas Aero/Heritage, yang telah dioptimumkan secara aerodinamik


Mercedes-AMG-EQS-53-28.jpgMercedes-AMG-EQS-53-5.jpg

Mercedes-AMG-EQS-53-30.jpgMercedes-AMG-EQS-53-39.jpg



BAHAGIAN DALAM MERCEDES-AMG EQS 53 4MATIC+


Bergerak ke bahagian dalam kereta, model ini kelihatan sporty dengan gaya AMG dengan tempat duduk sporty yang menggunakan upholsteri Nappa berwarna hitam/kelabu.  Untuk keselesaan optimum, kedua-dua tempat duduk hadapan hadir dengan fungsi memori dan teknologi climatised Mercedes (3 peringkat pemanasan dan ventilasi untuk keselesaan optimum dalam pelbagai cuaca). 


Mercedes-AMG-EQS-53-20.jpg

Mercedes-AMG-EQS-53-33.jpgMercedes-AMG-EQS-53-22.jpg


Pada bahagian stereng pula, model ini menggunakan stereng khas AMG yang diberikan balutan gentian karbon dan gentian mikro MIKROCUT. 


Mercedes-AMG-EQS-53-13.jpgMercedes-AMG-EQS-53-14.jpg

Mercedes-AMG-EQS-53-12.jpgMercedes-AMG-EQS-53-24.jpg


Berikut adalah ciri-ciri lain yang terdapat dalam kabin:

  • Pencahayaan ambien
  • Karpet AMG
  • Ambang pintu bercahaya dengan tulisan "AMG" 
  • Pakej AIR BALANCE
  • Pencahayaan ambien aktif
  • Pakej Keselesaan KEYLESS-GO
  • KEYLESS-GO
  • HANDS-FREE ACCESS
  • Kawalan iklim automatik THERMOTRONIC
  • Penutup pintu belakang EASY-PACK
  • Penutup ruang simpanan EASY-PACK
  • Pakej Keselesaan Akustik
  • Pakej Lampu Dalaman
  • Pelindung matahari yang boleh ditarik
  • Cermin dengan lapisan untuk menahan haba, bunyi, dan memantulkan sinar inframerah
  • Pakej USB Plus
  • Sistem cas tanpa wayar
  • Ruang simpan di bawah konsol tengah


Model ini turut menggunakan sistem multimedia Mercedes-Benz User Experience (MBUX) Hyperscreen. Sistem paparan yang lebar menggabungkan tiga skrin. Berikut adalah ciri yang terdapat pada sistem ini: 

  • Bantuan dalaman MBUX
  • Navigasi premium MBUX
  • Paparan-di-kepala (HUD) MBUX
  • Informasi trafik secara langsung
  • Teknologi AR untuk navigasi dan sebagainya
  • Sambungan dengan Apple CarPlay dan Android Auto


AMG TRACK PACE ialah sebahagian daripada sistem infotainmen yang boleh merekodkan lebih daripada 80 data kenderaan seperti kelajuan dan pecutan. 


Dengan Pakej Premium Plus, kereta dilengkapkan dengan sistem bunyi keliling Burmester® 3D dan kawalan iklim automatik THERMOTRONIC. 


CIRI KESELAMATAN MERCEDES-AMG EQS 53 4MATIC+


Mercedes-AMG-EQS-53-2.jpg


EQS hadir dengan pakej Driving Assistance Plus  yang terdiri daripada teknologi berikut:

  • Bantuan Jarak Aktif DISTRONIC
  • Penghidupan Semula Automatik untuk Kesesakan Lalu Lintas
  • Bantuan Kekal Lorong Aktif
  • Bantuan Stereng Aktif
  • Bantuan Pengendalian Aktif
  • Impuls sisi PRE-SAFE® 
  • Sensor Belakang untuk Bantuan Keluar Lorong


Perlindungan Kenderaan URBAN GUARD Plus:

  • Sistem Penggera Anti-Pencurian
  • Sistem Pemantauan Dalaman


Pakej Parking dengan Fungsi Parking Jarak Jauh

  • Kamera 360°
  • Bantuan Parking Aktif
  • Pra-Pemasangan untuk Bantuan Parking Jarak Jauh


Ciri lain ialah, Bantuan Parkir Memori, Sistem Pemantauan Tekanan Tayar, TIREFIT, Beg Udara Tingkap, Beg Udara Lutut, Sistem PRE-SAFE®, Sistem Panggilan Kecemasan Mercedes-Benz


HARGA MERCEDES-AMG EQS 53 4MATIC+


Seperti yang dikatakan di awal artikel, model ini ditawarkan pada harga bermula daripada   RM798,888.00, atas jalan, tanpa insurans.  Berbanding Mercedes-Benz EQS 500 4Matic yang dipasang secara CKD, harga AMG EQS 53 adalah RM150,000 lebih tinggi. 


Mercedes-AMG-EQE-53-1.jpg





Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPS2286

SELANGOR

BSH7395

JOHOR

JYG6248

PULAU PINANG

PRT9824

PERAK

APB2024

PAHANG

CFD4671

KEDAH

KGC2670

NEGERI SEMBILAN

NEH1071

KOTA KINABALU

SJM5848

KUCHING

QAB1586M

Terakhir Kemas Kini 15 Sep, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.18

+0.02

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.90

+0.02

EURO 5 B7

RM 3.10

+0.02

Terakhir Kemas Kini 11 Sep, 2025

Berita Berkaitan

Kereta Baru

15-06-2023
Kereta Baru

08-06-2023
Kereta Baru

08-06-2023
Global

06-05-2023
Kereta Baru

03-05-2023
Global

06-04-2023
Global

18-03-2023
Gaya Hidup

08-03-2023

Berita Terkini

Kereta Baru

Dilancar: Chery O5 Selamat Mendarat Ke Malaysia, Hanya 1 Varian, Harga Cuma RM116,800

Chery Malaysia akhirnya melancarkan secara rasminya Chery O5 yang merupakan nama baharu bagi Omoda 5 facelift, sebentar tadi.

10-09-2025
Kereta Baru

Mercedes-Benz C200 AMG Line 2025 Kini Di Pasaran – Harga Sama Tetapi Lagi Bergaya, Dari RM292,800

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) membuat pelancaran ‘mengejut’ model ketiga hari ini iaitu Mercedes-Benz C200 AMG Line 2025.

10-09-2025
Kereta Baru

Mercedes-AMG CLA 45 S 4Matic+ Coupe Final Edition Kini Di Pasaran – Dari RM538,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) melancarkan varian edisi terhad, Mercedes-AMG CLA 45 S 4Matic+ Coupe Final Edition, sebagai 'lambaian terakhir' kepada model CLA generasi kedua (C118).

10-09-2025
Kereta Baru

Mercedes-AMG CLE 53 4Matic+ Coupe Kini Rasmi Di Pasaran – Dari RM722,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) hari ini secara rasmi telah melancarkan model terbaru dalam ‘keluarga’ coupe AMG, iaitu Mercedes-AMG CLE 53 4Matic+ Coupe.

10-09-2025
Kereta Baru

VCM Dedah Volvo XC60 2025 Sudah Masuk Malaysia, Harga Bermula Dari RM333,888

Volvo Car Malaysia (VCM) secara rasmi mengumumkan ketibaan model paling laris secara global yang sudah diperbaharui lagi iaitu Volvo XC60 2025.

10-09-2025
Kereta Baru

SUV Elektrik Ranggi, iCaur 03, Kini Di Malaysia – 2 Varian, Dari RM119,800

Sebentar tadi iCaur Malaysia secara rasminya telah melancarkan model pertamanya di pasaran Malaysia, sebuah SUV elektrik ranggi, iCaur 03.

09-09-2025
Kereta Baru

BYD Sealion 6 DM-i Mungkin Tiba Di Malaysia? – BYD Kongsi Teaser Nombor '6'

Pasaran kenderaan tenaga baharu (NEV) tempatan bakal dimeriahkan dengan kehadiran model terbaru tidak lama lagi setelah BYD Cars Malaysia memuat naik video teaser penuh misteri.

04-09-2025
Kereta Baru

ROI Chery O5 Kini Dibuka – Omoda 5 Terbaru Dengan Nama Baharu, Lancar Sept 2025

Chery bersedia untuk memperbaharui Omoda 5 dengan wajah serta teknologi baharu menerusi model Chery O5 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

03-09-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.