PENGUMUMAN PENTING! KTMB Tawar Diskaun

Berita baik buat penumpang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Ini kerana KTMB menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus bagi pembelian tiket perkhidmatan tren elektrik (ETS) sepanjang bulan ini.
KTMB berkata, diskaun itu terbuka khusus kepada semua warganegara Malaysia.
Ia bertujuan memberi peluang penjimatan kepada orang awam serta merancakkan industri pelancongan dalam negara.
“Tawaran istimewa tersebut boleh digunakan bagi semua laluan ETS dari Padang Besar sehingga Gemas pada setiap Selasa, Rabu dan Khamis.

"Pengguna boleh membuat pilihan pembelian perjalanan sama ada sehala atau dua hala untuk ke mana-mana destinasi ETS,” kata KTMB dalam satu kenyataan.
Pemberian diskaun melibatkan tarikh-tarikh tertentu khusus bagi tiket kategori dewasa dengan menggunakan kod promo mengikut tarikh :
• 11 Julai (TRAVELLOKALJULY11)
• 12 Julai (TRAVELLOKALJULY12)
• 13 Julai (TRAVELLOKALJULY13)
• 18 Julai (TRAVELLOKALJULY18)
• 19 Julai ( TRAVELLOKALJULY19)
• 20 Julai (TRAVELLOKALJULY20)
• 25 Julai (TRAVELLOKALJULY25)
• 26 Julai (TRAVELLOKALJULY26)
• 27 Julai (TRAVELLOKALJULY27)
Malah, golongan warga emas tidak ketinggalan kerana KTMB turut menawarkan diskaun tambahan sebanyak RM5 daripada jumlah tambang perjalanan bagi semua perkhidmatan ETS termasuk kelas perniagaan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA7993
SELANGOR
BSQ4561
JOHOR
JYX5704
PULAU PINANG
PSC6145
PERAK
APH7942
PAHANG
CFG6411
KEDAH
KGG2824
NEGERI SEMBILAN
NEK5279
KOTA KINABALU
SJS1422
KUCHING
QAB9224N
Terakhir Kemas Kini 01 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun
Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.
29-05-2026
Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan
Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.
29-05-2026
Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia
Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?
28-05-2026
Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya
Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.
28-05-2026
Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!
Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.
28-05-2026
PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.
26-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat