ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tempah Maut, Kalau Tidur Dalam Kereta!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Malang tidak berbau buat tiga sekawan dari Myanmar apabila ketiga-tiganya ditemui sudah meninggal dunia di dalam sebuah kereta Perodua Alza.

Mereka ditemui berada di dalam kenderaan itu dalam tempoh yang agak lama membuatkan orang ramai berasa curiga.

Melihat mereka tidak memberi sebarang respons, orang awam terpaksa bertindak memecahkan cermin tingkat di bahagian pemandu untuk membuka pintu. 

image.png

Selepas pintu berjaya dibuka, kesemua mangsa ditemui dalam keadaan kaku. Kejadian berlaku di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Yong Peng arah Selatan Batu Pahat semalam.

Ketiga-tiga mangsa maut ialah Myo Htet, 25, dan Zaw Naing, 23, dan seorang lagi wanita, Khin Mar Yee, 27.

Susulan itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani mengakui pihaknya ada menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

“Berdasarkan hasil siasatam, mereka mahu pulang ke Pasir Gudang dan kemudian berhenti di R&R terbabit untuk berehat dan tertidur dipercayai kepenatan.

“Sejurus, pasukan perubatan tiba di lokasi untuk membuat pemeriksaan ke atas ketiga-tiga mangsa dan mengesahkan mereka sudah meninggal dunia di tempat kejadian,”katanya.

Buat masa ini, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut sementara menunggu laporan bedah siasat.

image.png

Jadikan iktibar kes ini! Jangan sesekali tidur di dalam kereta tanpa mematikan enjin.

Ini kerana tanpa kita sedari ada kemungkinan terdapat masalah mekanikal pada kereta yang boleh menyebabkan berlakunya kebocoran ekzos kereta ke dalam kabin kenderaan ketika anda sedang tidur.

Tanpa di sedari, gas yang tidak mempunyai bau dan rasa ini akan masuk menerusi saluran pernafasan dan seterusnya ke saluran darah.

Apabila ini berlaku, ia boleh menyebabkan sel dan tisu badan gagal berfungsi dan menyebabkan kematian.




Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQS5259

SELANGOR

BSN7647

JOHOR

JYU1425

PULAU PINANG

PSB1341

PERAK

APG3907

PAHANG

CFG592

KEDAH

KGF706

NEGERI SEMBILAN

NEJ9259

KOTA KINABALU

SJR1926

KUCHING

QAB4975N

Terakhir Kemas Kini 05 Apr, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.59

+0.05

RON 97

RM 3.15

+0.05

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.04

+0.05

EURO 5 B7

RM 3.24

+0.05

Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026

Berita Berkaitan

Global

10-05-2024
Berita Auto

07-05-2024
Berita Auto

15-02-2024
Berita Auto

05-01-2024
Berita Auto

20-12-2023
Berita Auto

15-08-2023
Pandu Uji

15-05-2023
Berita Auto

12-05-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Satu ASEAN 'Bergegar' Harga Minyak Naik, Malaysia Masih Antara Negara Kedua Terendah

Malaysia kekal 'Syurga' petrol ASEAN: Di saat jiran bergelut dengan harga keras.

03-04-2026
Berita Auto

RON95 Terendah Di Dunia

Harga minyak RON95 di negara ini masih antara yang terendah di dunia.

03-04-2026
Berita Auto

Bagaimana BDR 50% di Lembah Klang Boleh Jimatkan RM169 Juta Sebulan?

Penyelesaian Krisis Minyak Global: Mandat BDR 50% di Lembah Klang mampu jimatkan subsidi RM169 juta sebulan.

03-04-2026
Berita Auto

Leapmotor Terajui Takhta! Sahkan Kedudukan No. 1 Syarikat Pemula NEV

Leapmotor mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju syarikat pemula NEV No.1 dengan pencapaian mantap.

03-04-2026
Berita Auto

Proton Saga: Hero Rakyat yang Tak Lapuk Dek Zaman

Proton terus mengukuhkan cengkamannya dalam pasaran automotif tempatan apabila mencatatkan prestasi jualan suku pertama tertinggi dalam tempoh 22 tahun,

03-04-2026
Berita Auto

Tiga Nyawa Tak Berdosa Jadi Mangsa Pemandu Lalok

Keadilan buat mangsa: Pemandu treler positif dadah direman pagi Ini.

03-04-2026
Berita Auto

Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.

01-04-2026
Berita Auto

Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen

Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.

01-04-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.