ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Tips

Kereta Sedan Bawah RM120K

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Sejak lima tahun lalu, pasaran automotif tempatan dilanda dengan fenomena Kenderaan Utiliti Sukan ( SUV) membuatkan ia menjadi salah satu model paling laris setakat ini.

Namun, masih ada juga yang berselera dengan kereta sedan tiga kotak biarpun populari model ini semakin menurun sejak kebelakangan ini.

Apapun, di Malaysia, pembeli mempunyai banyak pilihan yang membuatkan mereka boleh membuat pilihan berdasarkan citarasa, harga dan kemampuan masing-masing.

Disebabkan perkara ini, ada juga yang “naik gila” sehinggakan tidak mampu membuat pilihan sendiri dan terpaksa bertanya pendapat orang lain.

Jadi, bagi membantu pembeli seumpama ini, kami di CariCarz.com akan menghuraikan lebih lanjut mengenai model sedan mampu milik yang berharga dari RM80,0000 hingga RM120,000.

Pendek kata, harga ini dilihat cukup ideal untuk golongan M40.

Selepas beberapa hari menggodam pangkalan data kami dan beberapa laman web pengeluar kereta, ini dia empat sedan berharga bawah RM120,000 yang boleh dipertimbangkan oleh anda!

Opps!

Tapi semua 4 model yang disenaraikan di bawah adalah keluaran kereta dari Jepun!

1. Nissan Almera 1.0L Turbo – Dari RM83,888

image.png

Mungkin pilihan paling murah (dan paling kurang popular) di antara lima yang disenaraikan di sini ialah Nissan Almera.

Pendek kata, ia cukup padu berbanding pesaing segmen yang lebih baharu, popular dan lebih mahal.

image.pngimage.png

Kenapa saya katakan padu kerana Almera dikuasakan dengan enjin turbo 3-silinder 1.0 liter yang mampu menghamburkan kuasa setakat  99 hp dan 152m sekali gus menjadikan model yang menghasilkan tork paling tinggi dalam kalangan pesaingnya.

Kotak gear Xtronic CVT yang digandingkan dengan enjin  memudahkan penghantaran kuasa ke roda hadapannya (FWD) dengan agak lancar berbanding CVT lain yang berada di luar sana.

image.pngimage.png

Biarpuan ada pesaing dalam segmennya menawarkan spesifikasi dan teknologi yang lebih baik namun agak sukar untuk mendapat pada harga permulaan RM83,888, yang merupakan harga paling murah dalam kumpulannya.

Malah, sifat berprofil rendah Almera juga menjamin masa menunggu yang lebih singkat .

Maka, ia adalah satu pilihan ideal bagi mereka yang enggan menunggu berbulan-bulan untuk mendapatkan kereta baharu.

2. Mazda2 Sedan (High) – RM103,670

image.png

Walaupun Mazda2 Sedan berkongsi beberapa persamaan dengan model sebelumnya, namun subkompak ini agak berlainan  dengan Almera.

Untuk makluman anda, ia adalah  salah satu pilihan paling mahal dalam segmen, Mazda2 yang boleh dikatakan (dan secara subjektif) antara yang paling bergaya.

image.pngimage.png

Ini kerana ia menampilkan reka bentuk KODO yang diinspirasikan daripada model-model Mazda yang terdahulu.

Penggunaan material kulit di beberapa bahagian nyata menimbulkan aura kemewahan walaupun beberapa teknologi yang ada pada jentera ini seolah-olah   ketinggalan zaman berbanding pesaing baharu.

Ia yang disumbat dengan enjin 1.5 liter 4-cyl Skyactiv-G membuatkan ia mampu menghasilkan kuasa setakat  114 hp  dan 149 Nm.

image.pngimage.png

Malah, Mazda2 juga merupakan salah satu model yang cukup “bersemangat” dalam segmennya memandangkan ia menawarkan pemanduan yang dinamik gara-gara penggunaan teknologi G-Vectoring Control Plus.

Malangnya, ia yang bernilai RM103,670 membuatkan Mazda2 bukanlah satu pilihan yang paling berpatutan dalam senarai ini.

Sebaliknya, bagi mereka yang mampu berbelanja dan mahu menunjukkan kemewahan, maka ini adalah pertaruhan terbaik untuk anda. 

Bahkan, ia juga satu-satunya yang menawarkan pakej penyelenggaraan percuma 5 tahun atau 100,000 KM yang komprehensif, di samping waranti kenderaan standard bagi tempoh yang sama.

3. Honda City Facelift – Dari RM84,900

image.png

Dalam senarai ini, ada juga model terbaharu iaitu Honda City gen-GN yang dilihat menerima beberapa penambahbaikan selain ia turut disumbat dengan teknologi baharu serta beberapa perubahan kecil.

Di bawah hud, City facelift dikuasa dengan enjin 1.5 DOHC i-VTEC yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 119hp dan tork maksimum 145Nm.

image.pngimage.png

Selain itu, Honda City juga merupakan satu-satunya model dalam segmennya yang hadir dengan trenkuasa separa elektrik, iaitu penjana kuasa hibrid 1.5 liter 4-silinder e:HEV.

Hakikatnya, model facelift ini juga menyaksikan peningkatan harga  memandangkan harga model baharu ini bermula pada RM84,900 manakala varian tertinggi, e:HEV RS pula berharga  RM111,900.

image.png

Begitupun tidak dinafikan dengan daya tarikan yang dibawa oleh jenama H.

Ini  menjadikan Honda City sebagai salah satu sedan segmen B terlaris di pasaran apabila lebih 400,000 unit terjual sejak ia diperkenalkan beberapa tahun lalu.

4. Toyota Vios AC100 – Dari RM89,600

image.png

Selain Honda City, AC100-gen Toyota Vios boleh dikatakan sedan segmen-B paling popular di pasaran dan model baharu ini yang didatangkan dengan kit yang mencukupi membuatkan ia cukup popular.

image.png

Vios baharu ini menyokong platform DNGA, yang menawarkan pemanduan dinamik yang cukup baik berbanding pendahulunya.

Biarpun, ia cuma dikuasakan dengan  enjin 1.5 liter 4-silinder VVT-i yang sama namun ia mampu menghasilkan 104 hp dan 138 Nm. 

image.pngimage.png

Enjinnya yang dipadankan dengan kotak gear D-CVT  menjadikannya setanding dengan pesaing segmen lain.

Apa yang cukup menarik ialah model baharu ini turut menampilkan reka bentuk yang lebih tinggi daripada pendahulunya. 

Selain daripada model tunggal yang dilengkapi dengan roda 17-inci, Vios baharu juga menampilkan badan fastback yang bergaya.

Namun ia juga sarat dengan kit misalnya, instrumen digital sepenuhnya, paparan infotainmen dengan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay, ada saluran penghawa dingin di belakang dan banyak lagi.

Jadi bermula pada harga RM89,600 untuk varian asas E, maka sukar untuk mempertikaikan peranan yang dilakukan oleh UMW Toyota Motor terhadap salah satu model asasnya.

image.png

Pendek kata,  Toyota Vios memang layak menerima semua pengiktirafan dan kredit yang diberikan oleh peminat mahupun profesional. 

Maka, tidak hairanlah mengapa ia agak popular setakat ini.

Jadi, selepas membaca artikel ini, kami di CariCarz.com berharap tips ini dapat membuatkan anda berhenti berfikir secara berlebihan untuk membuat pemilihan kereta sedan di bawah harga RM120,000.

Jangan lupa kongsikan pendapat anda!

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQS5204

SELANGOR

BSN7631

JOHOR

JYU1405

PULAU PINANG

PSB1295

PERAK

APG3874

PAHANG

CFG569

KEDAH

KGF514

NEGERI SEMBILAN

NEJ9258

KOTA KINABALU

SJR1924

KUCHING

QAB4971N

Terakhir Kemas Kini 04 Apr, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.59

+0.05

RON 97

RM 3.15

+0.05

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.04

+0.05

EURO 5 B7

RM 3.24

+0.05

Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026

Berita Berkaitan

Global

28-03-2025
Kereta Baru

05-01-2024
Berita Auto

28-08-2023
Tips

16-08-2023
Video

Review Nissan Almera Tomei Turbo VLT | Masih Relevan?

Review Nissan Almera Tomei Turbo VLT | Masih Relevan?

Berita Auto

13-01-2023
Berita Auto

04-01-2023
Berita Auto

18-08-2022

Berita Terkini

Tips

Lesen Mati Lebih 36 Bulan, Kena Ujian Semula

Renew Lesen MyJPJ vs Ambil Ujian Semula – Mana Lagi Mudah?

27-03-2026
Tips

Cara Renew Lesen MyJPJ

Ini cara renew lesen di MyJPJ step by step.

27-03-2026
Tips

Cara Lindungi Kad NFC Touch 'n Go Akibat Bahang Kereta

Tips Penting: Elak Kad Touch 'n Go Daripada Melengkung Musim Panas Ini.

26-03-2026
Tips

Jenis Tinted Kereta 2026: IRR, UVR, dan TSER

Info Tinted 2026: Jangan Keliru Lagi Dengan IRR, UVR, dan TSER

26-03-2026
Tips

Tanda Bateri Kereta Kong yang Ramai Tak Sedar, Elak Terkandas

Awas! 5 Tanda Bateri 'Nyawa-Nyawa Ikan', Jangan Sampai Menangis Tepi Highway PLUS Tengah Malam.

25-03-2026
Tips

Jerry Can vs Tong Biasa, Kenapa Jerry Can Lebih Kuat & Selamat

Jerry Can vs Tong Biasa, Kenapa JANGAN Guna Tong Biasa untuk Petrol.

25-03-2026
Tips

Bolehkah Isi RON95 Ke Dalam Tong, Masih Ramai Keliru

Jangan Jadi 'Mangsa' Seterusnya Di Stesen Minyak, Fahami Pantang Larang Isi RON95 Dalam Tong.

25-03-2026
Tips

El-Nino Bakal Landa Malaysia, 8 Perkara Penting Perlu Diawasi Pada Kereta Anda

8 Perkara Wajib Semak Pada Kereta Ketika Cuaca Panas Gila Macam Sekarang.

25-03-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.