ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Hilux Hidrogen Boleh Jalan Sejauh 600 KM

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Bagi membuktikan komitmennya terhadap teknologi yang jarang diterokai, Toyota buat julung kalinya memperkenalkan trak pikap yang berkuasa sel bahan api hidrogen (FCEV).

image.pngimage.png

Ia yang dikenali sebagai Prototaip Hilux Hydrogen Fuel Cell Prototype, dibangunkan oleh Toyota Motor Manufacturing UK (TMUK) di Derby, England.

image.png

Sebagai sebahagian daripada kajian awalnya, TMUK merancang untuk menghasilkan 10 unit prototaip Hilux FCEV, di mana kesemuanya akan menjalani pelbagai ujian di atas jalan dan di makmal.

image.pngimage.png

Beralih kepada bahagian teknikal, prototaip Hilux FCEV ini menggunakan perkakasan utama dari Toyota Mirai.

Diselit di bawah casis rangka tangga Hilux ialah tiga tangki bahan api hidrogen, manakala hud hadapan kini membawa beberapa komponen persediaan FCEV termasuk motor dan bukannya enjin pembakaran dalaman (ICE).

Malah, persediaan bateri hibrid FCEV dipasang di dek belakang supaya tidak memakan ruang kabin.

Namun, walaupun spesifikasi terperinci yang berkaitan dengan persediaan ini masih belum diumumkan, Toyota mendakwa bahawa Hilux FCEV mampu bergerak sejauh 600 kilometer dengan hanya sekali cas.

image.pngimage.png

Sebagai rujukan, tetapan FCEV yang sama memberikan Mirai dengan jumlah keluaran sistem sebanyak 182 hp dan 300 Nm manakala kapasiti tangki bahan api hidrogen 141 liter pula membolehkannya  bergerak sejauh  647 kilometer.

image.png

 Perkiraan itu dibuat mengikut piawaian EPA.

Dikhabarkan Toyota sedang mempertimbangkan  untuk membangunkan versi FCEV berasaskan enjin pembakaran dalaman termasuk untuk SUV Toyota Land Cruiser 4x4.

Selain FCEV, Toyota juga ada hati untuk menghasilkan  trak pikap berkuasa BEV, kerana syarikat itu sebelum ini pernahkan memperkenalkan kereta konsep Toyota Hilux Revo BEV di Thailand pada tahun lepas.

Walaupun trak pikap berkuasa bateri masih merupakan perkara baharu dalam kalangan jenama Jepun, namun jenama barat seperti Ford dan Rivian telah menerima konsep ini sejak bertahun-tahun lalu.

Sebenarnya, trak berkuasa BEV nampaknya berfungsi dengan baik di pasaran tertentu, misalnya seperti  Ford F-150 Lightning yang menjadi salah satu model terlaris syarikat itu.

Selain Toyota, jenama Jepun lain seperti Isuzu juga dikhabarkan akan membangunkan versi BEV bagi model trak pikap D-Max.

Difahamkan, jenama itu menggunakan teknologi BEV pada model trak komersialnya, Isuzu Elf. 

image.png

Tidak kira sama ada Toyota atau Isuzu akan muncul di tempat teratas dalam persaingan ini, namun, jenama Jepun secara amnya mempunyai banyak usaha untuk menerokai segmen yang jarang diterokai ini.

image.png


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQS5259

SELANGOR

BSN7647

JOHOR

JYU1425

PULAU PINANG

PSB1341

PERAK

APG3907

PAHANG

CFG592

KEDAH

KGF706

NEGERI SEMBILAN

NEJ9259

KOTA KINABALU

SJR1926

KUCHING

QAB4975N

Terakhir Kemas Kini 05 Apr, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.59

+0.05

RON 97

RM 3.15

+0.05

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.04

+0.05

EURO 5 B7

RM 3.24

+0.05

Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026

Berita Berkaitan

Global

04-08-2025
Gaya Hidup

27-05-2025
Global

02-01-2025
Kereta Baru

16-08-2024
Global

20-03-2024
Global

02-02-2024
Berita Auto

08-12-2023
Global

16-08-2023

Berita Terkini

Global

Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz

Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.

27-03-2026
Global

Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM

Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.

02-03-2026
Global

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026
Global

Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.

27-02-2026
Global

Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.

26-02-2026
Global

Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.

26-02-2026
Global

Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?

26-02-2026
Global

Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.

26-02-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.