ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

PDRM Kutip RM302.43 Juta Saman Trafik

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Bagi yang rajin melanggar peraturan jalan raya akhirnya anda sudah memberi “sumbangan ikhlas” kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebanyak RM302.43 juta.

Hasil kutipan itu berjaya dikutip apabila pesalah trafik melangsaikan saman trafik mereka menerusi aplikasi MyBayarSaman sejak Januari hingga Ogos lalu.

Angka ini membuktikan ramai pesalah trafik mula membayar saman kerana hasil kutipan saman itu meningkat hampir 136 peratus berbanding tahun lepas (2022) yang hanya mencatatkan kutipan sebanyak RM127.87 juta.

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim mendakwa kewujudan aplikasi MyBayarSaman antara penyumbang peningkatan pembayaran saman.

image.png

Tahun lepas (2022) sahaja melalui sistem MyBayarSaman mencatatkan kutipan sebanyak RM37.59 juta membabitkan 207,217 notis saman berjaya diselesaikan.

“Berbeza dengan tahun ini, direkodkan sebanyak RM169.28 juta membabitkan 2.43 juta jumlah saman.

“Bagi tahun ini pula (setakat Ogos) kita merekodkan sebanyak 1,106,734 pengguna melunaskan bayaran mengikut aplikasi itu,” katanya.

Untuk makluman, pihak polis sudah mengeluarkan sebanyak 6.44 juta saman bagi tahun 2022 manakala pada tahun ini (setakat Ogos) direkodkan sebanyak 1.91 juta saman.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQS5204

SELANGOR

BSN7631

JOHOR

JYU1405

PULAU PINANG

PSB1295

PERAK

APG3874

PAHANG

CFG569

KEDAH

KGF514

NEGERI SEMBILAN

NEJ9258

KOTA KINABALU

SJR1924

KUCHING

QAB4971N

Terakhir Kemas Kini 04 Apr, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.59

+0.05

RON 97

RM 3.15

+0.05

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.04

+0.05

EURO 5 B7

RM 3.24

+0.05

Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026

Berita Terkini

Berita Auto

Satu ASEAN 'Bergegar' Harga Minyak Naik, Malaysia Masih Antara Negara Kedua Terendah

Malaysia kekal 'Syurga' petrol ASEAN: Di saat jiran bergelut dengan harga keras.

03-04-2026
Berita Auto

RON95 Terendah Di Dunia

Harga minyak RON95 di negara ini masih antara yang terendah di dunia.

03-04-2026
Berita Auto

Bagaimana BDR 50% di Lembah Klang Boleh Jimatkan RM169 Juta Sebulan?

Penyelesaian Krisis Minyak Global: Mandat BDR 50% di Lembah Klang mampu jimatkan subsidi RM169 juta sebulan.

03-04-2026
Berita Auto

Leapmotor Terajui Takhta! Sahkan Kedudukan No. 1 Syarikat Pemula NEV

Leapmotor mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju syarikat pemula NEV No.1 dengan pencapaian mantap.

03-04-2026
Berita Auto

Proton Saga: Hero Rakyat yang Tak Lapuk Dek Zaman

Proton terus mengukuhkan cengkamannya dalam pasaran automotif tempatan apabila mencatatkan prestasi jualan suku pertama tertinggi dalam tempoh 22 tahun,

03-04-2026
Berita Auto

Tiga Nyawa Tak Berdosa Jadi Mangsa Pemandu Lalok

Keadilan buat mangsa: Pemandu treler positif dadah direman pagi Ini.

03-04-2026
Berita Auto

Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.

01-04-2026
Berita Auto

Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen

Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.

01-04-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.