ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Rolls-Royce Spectre EV Rasmi Di Malaysia – Cecah 530 KM, 584 HP, Dari RM2 Juta

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_CariCarz_Launch_Rolls-Royce_Spectre_Malaysia-(2-of-4).jpg

Rolls-Royce Spectre kini dengan trenkuasa elektrik telah dilancarkan di Malaysia


Rolls-Royce Motors Cars Kuala Lumpur  telah melancarkan, coupe super elektrik ultra-mewah, Rolls-Royce Spectre secara rasmi sebentar tadi. Spectre dijual pada harga asas RM2 juta tidak termasuk caj yang dikenakan untuk duti, cukai, insurans dan pilihan perincian bespoke yang lain.


CIRI MEKANIKAL ROLLS-ROYCE SPECTRE


LIPMAN_JL95119.jpg

Secara standard, Spectre dilengkapi dengan sistem suspensi adaptif pintar, sistem pengendalian roda belakang, serta pelbagai bantuan pemandu separa-autonomi


Spectre menggunakan trenkuasa elektrik sepenuhnya, yang terdiri daripada dua motor Separately Excited Synchronous Motors (SSM) yang menghasilkan prestasi yang setara dengan enjin pembakaran dalam 430 kW (584 hp) dengan tork sehingga 900 Nm.  Ini membolehkan Spectre melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 4.5 saat. 


Kedua-dua motor dikuasakan oleh pek bateri 102 kWh. Dengan cas penuh, Spectre memiliki jarak pemanduan maksimum WLTP sejauh 530 km. Pengecasan 10-80% hanya mengambil masa 34 minit menggunakan pengecas pantas.


_A748602.jpg

Spectre diperkenalkan sebagai pengganti Phantom Coupe


Teknologi lain yang diketengahkan dalam penghasilan model mewah ini ialah kepintaran digital khas Spectre iaitu Decentralized Intelligence dan juga sistem suspensi planar yang memaksimumkan keselesaan penumpang.


LUARAN ROLLS-ROYCE SPECTRE


web_CariCarz_Launch_Rolls-Royce_Spectre_Malaysia-(4-of-4).jpg

Ciri eksklusif, pintu 'coach' bukaan ke belakang. Pintu ini hadir dengan sistem bantuan pembukaan serta penutupan yang lembut secara automatik, yang kedua-duanya boleh dikawal dengan satu tekanan butang


Dari luar, terserlah kemegahan Rolls-Royce Spectre. Kali ini, model ini tampil dengan gril Pantheon, gril yang paling lebar pernah dipasang pada sebuah Rolls-Royce. Gril yang dipasang rata pada sudut hadapan ini diterangi dengan cahaya lembut daripada 22 LED yang menghasilkan efek 3D pada waktu malam. 


Ciri menyerlah lain pada Spectre ialah lampu hadapan yang diinspirasikan daripada  Phantom Coupé, garis waft yang lebih rendah sebagai simbol visual pengalaman “magic carpet ride” (keselesaan maksimum) yang terkenal dalam sejarah Rolls-Royce. 


_I0A9771.jpgLIPMAN_JL95577.jpg


Di bahagian tayar, coupe dua pintu yang dipamerkan semasa pelancaran dilihat menggunakan rim bersaiz 23 inci, buat pertama kalinya bagi Rolls-Royce versi pengeluaran. Namun, secara standard, Spectre dilengkapi rim bersaiz 22 inci. 


_A748464.jpg


Coupe ini direka dengan profil yang lebih aerodinamik. Proses rekaan badannya yang mengambil masa 830 jam termasuk ujian  terowong angin berjaya menjadikan Spectre model paling aerodinamik pernah dihasilkan dengan pekali seret (coefficient drag) hanya pada 0.25 cd.


KABIN ROLLS-ROYCE SPECTRE


_I0A9862_R_수정.jpg_I0A9767.jpg
RR-10.jpg

Pencahayaan 'Starlight' pada headliner, kedua-dua pintu, dan panel papan pemuka sebelah penumpang


Bergerak ke bahagian dalam Rolls-Royce Spectre, model ini diberikan sentuhan istimewa hampir di setiap inci, dari segi kelengkapan, kemasan dan teknologi. Buat pertama kalinya dalam rekaan Rolls-Royce versi pengeluaran, ciri khas yang turut ditawarkan adalah termasuk 'Starlight,' yang memancarkan cahaya daripada 4,796 'bintang' pada headliner, pintu dan panel papan pemuka (dashboard) penumpang. Pelanggan juga boleh memilih kemasan Canadel yang dihasilkan tangan menggunakan pelbagai jenis kayu berkualiti. 


TEMPAHAN  ROLLS-ROYCE SPECTRE


_A748702.jpg


Spectre ditawarkan pada harga asas RM2 juta, tidak termasuk caj yang dikenakan untuk duti, cukai, insurans dan pilihan perincian bespoke yang lain. Namun jika diambilkira pengecualian cukai EV bagi model yang diimport sepenuhnya (CBU), boleh dikatakan, ini merupakan Rolls-Royce 'paling berpatutan' yang dijual secara rasmi di negara kita. 

Bagaimanapun, penghantaran global pertama bagi Spectre dikatakan akan bermula bulan depan (Q4 2023), dan kami difahamkan bahawa pelanggan yang telah membuat tempahan sekarang, mungkin akan menerima Spectre bermula dari tahun 2025.

_A748713.jpg


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQS4830

SELANGOR

BSN7494

JOHOR

JYU1097

PULAU PINANG

PSB1099

PERAK

APG3762

PAHANG

CFG451

KEDAH

KGF307

NEGERI SEMBILAN

NEJ9213

KOTA KINABALU

SJR1876

KUCHING

QAB4957N

Terakhir Kemas Kini 03 Apr, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.59

+0.05

RON 97

RM 3.15

+0.05

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.04

+0.05

EURO 5 B7

RM 3.24

+0.05

Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026

Berita Berkaitan

EV

19-10-2022
EV

01-04-2022
Kereta Baru

Rolls Royce Black Badge Bernilai RM1.8 Juta Dilancarkan Di Malaysia!

Black Badge Ghost telah dirasmikan di Malaysia. Ini ciri-ciri menarik yang terdapat pada kereta mewah ini.

10-03-2022
EV

30-12-2023
Kereta Baru

05-09-2023
EV

23-05-2023
Global

10-01-2023
EV

19-10-2022

Berita Terkini

Kereta Baru

Isuzu D-Max 2026: Ada 9 Varian

Isuzu D-Max ada 9 varian, mana satu pilihan anda?

02-04-2026
Kereta Baru

Lawan Atto 3? Toyota Urban Cruiser Elektrik 2026 Kini Di Malaysia – RM198,000

Toyota Urban Cruiser: SUV Elektrik Paling Praktikal Untuk Warga Kota, Cas 50 Minit Siap.

02-04-2026
Kereta Baru

Lasak Tapi Lebih Canggih! Toyota Hilux BEV 2026 Buktikan EV Pun Boleh Buat Kerja Berat

UMW Toyota Motor (UMWT) baru sahaja memperkenalkan Toyota Hilux Battery Electric Vehicle (BEV) pada harga RM226,300.

02-04-2026
Kereta Baru

Toyota bZ4X Facelift Dilancarkan -RM220,000

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memulakan revolusi elektriknya di Malaysia dengan pelancaran Toyota bZ4X.

02-04-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

Vibe SUV Premium Harga Marhaen? JETOUR Dashing Dark Warrior

JETOUR Dashing Dark Warrior Edisi Terhad,

01-04-2026
Kereta Baru

PHEV Mana Patut Beli? Omoda C9, Jaecoo J7, or Proton e.MAS 7

Ramai pening nak pilih mana satu antara Omoda C9, Jaecoo J7 atau Proton e.MAS, kami bantu anda.

19-03-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 -RM156,800, Sistem XWD pintar, ADAS Tahap 2

Jetour T2 rasmi dilancarkan di Malaysia,

13-03-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.