Jaecoo J7 SUV Luar Biasa, Boleh Tempuh Trek Off-Road M4TREC Yang Mencabar!

Jaecoo J7 yang bakal dilancarkan di pasaran Malaysia tidak lama lagi telah berjaya menempuhi cabaran off-road M4TREC
Menjelang pelancaran Jaecoo J7 di Malaysia pada suku kedua tahun ini, Jaecoo Malaysia membangkitkan kehangatan dengan menguji kelasakan SUV dengan menempuhi trek off-road yang mencabar di Pusat Latihan dan Pengalaman 4WD Malaysia (M4TREC). Ujian ini membuktikan Jaecoo J7 memiliki kemampuan off-road yang luar biasa.


Untuk makluman pembaca, cabaran off-road M4TREC telah direka khas untuk menguji kemampuan trak 4x4 dan SUV, padat dengan halangan yang sukar seperti menaiki roller ramp, laluan berbonggol tinggi dan menuruni bukit yang curam. Ujian-ujian mencabar ini membuktikan prestasi off-road Jaecoo J7 yang sebenar.
"Kemampuan off-road J7 yang luar biasa membuatkan kami kagum, ini terbukti daripada kebolehannya untuk bergerak dengan lancar melalui jalan yang mencabar dan sukar di M4TREC,” ujar seorang pengajar bertauliah di M4TREC.
-full.webp)
-full.webp)
Jaecoo J7 dikuasakan oleh enjin petrol turbo 1.6 liter 4-silinder
Jaecoo J7 dapat melalui ujian ini dengan cemerlang kerana enjinnya yang telah dibangunkan khas dengan kemampuan off-road. Model ini menggunakan enjin TGDI 1.6 lter 4 silinder, dipadankan dengan transmisi DCT tujuh kelajuan memberikannya output kuasa 197 PS dan 290 NM. Model ini menggunakan sistem AWD, All Road Drive Intelligent System (ARDIS) yang membolehkan peralihan kepada AWD berlaku dengan pantas.


Selain itu, jarak kelegaan tanahnya, 200 MM, bukan sahaja memberikan lebih keselesaan kepada penumpang, tetapi juga membolehkan J7 menguasai trek off-road dengan lebih baik, selain dapat merentasi air berkedalaman 600 MM.
Walaupun terbukti sebagai sebuah jentera off-road yang hebat, Jaecoo J7 tetap sebuah SUV yang sarat dengan sentuhan mewah, luar dan dalam. Ini dibuktikan daripada reka bentuknya yang elegan, serta kabinnya yang diberikan pelbagai kelengkapan moden, sejajar dengan falsafah jenama Jaecoo, “From Classic, Beyond Classic,” J7 telah menetapkan standard baharu untuk SUV off-road bandar di pasaran Asia Tenggara.

SUV segmen C, Jaecoo J7 dijadualkan untuk membuat kemunculan rasmi di pasaran tempatan pada suku kedua tahun ini. Kehadiran model itu nanti bakal memberikan saingan sengit kepada SUV-C lain seperti Honda CR-V baru, Mazda CX-5, Subaru Forester dan banyak lagi.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM4683
SELANGOR
BST2036
JOHOR
JD589J
PULAU PINANG
PSF532
PERAK
APK9278
PAHANG
CFH5328
KEDAH
KGH7083
NEGERI SEMBILAN
NEL5611
KOTA KINABALU
SJT6741
KUCHING
QAB4464P
Terakhir Kemas Kini 26 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Jaecoo J5 Sah Dilancarkan 5 Mac – Insurans Percuma, Angpow, Kalau Tempah Awal
Teka-teki mengenai tarikh pelancaran SUV segmen B, Jaecoo J5, akhirnya terjawab. Menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka, Jaecoo Malaysia mengesahkan model ini akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Mac depan.
25-02-2026
Jaecoo J7 Buatan Malaysia Dieksport Ke Brunei
Chery Corporate Malaysia (Chery) telah memperluaskan usaha eksport pemasangan tempatan (CKD) ke pasaran Brunei, baru-baru ini.
20-01-2026
Video Teaser Sudah Dibelanja, Petanda Pelancaran Jaecoo J5 Semakin Hampir
Omoda | Jaecoo Malaysia menyiarkan video teaser yang menunjukkan Jaecoo J5, di halaman Facebook rasminya, beberapa jam lalu.
06-01-2026
Jaecoo J8 Dilancarkan, Ada 2 Varian, Harga Bermula Dari RM178,800
Omoda | Jaecoo Malaysia melancarkan secara rasminya, Jaecoo J8 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.
18-07-2025
'Content Creator' & Golongan Profesional Boleh Beli Jaecoo J7 Dengan Diskaun Khas
Jenama kenderaan premium dari China, Jaecoo Malaysia, hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Program Rakan Profesional atau Professional Affiliates Programme (PAP).
06-05-2025
Jaecoo Malaysia Dedah Imej Omoda C9, Boleh Datang Jenguk Omoda C9 Di MAS 2025
Jaecoo Malaysia menjadi bualan hangat apabila memuat naik imej teaser Omoda C7 di media sosial, baru-baru ini.
29-04-2025
Jaecoo J8 Dipertontonkan – CKD, Lancar Mei 2025
Jaecoo, hari ini telah mempertontonkan SUV flagship, Jaecoo J8, yang dijangka akan dilancarkan di pasaran Malaysia sebagai model CKD pada Mei 2025
26-03-2025
Jaecoo J7 PHEV Tiba Di Pusat Pengedaran Seluruh Malaysia – Penghantaran Bakal Bermula
Jaecoo Malaysia mengumumkan bahawa kumpulan pertama model Jaecoo J7 PHEV kini telah tiba di pusat jualan dan bilik pameran di seluruh negara,
18-03-2025
Berita Terkini
Ketegangan di Thailand: MB Kelantan Nasihat Tangguh Perjalanan
Cuti Sekolah: Rakyat Malaysia Dinasihat Tangguh ke Thailand.
26-08-2026
Papan Iklan Tumbang, NKVE Ke Klang Sesak Teruk
Papan Iklan Tumbang, Terhalang NKVE, Trafik Terjejas.
26-08-2026
2 Penonton, Joki Lumba Haram Linkedua Ditahan di KL
Kes Video Linkedua: Penonton, Joki Lumba Haram Ditahan.
26-08-2026
Proton Ultimate: Impian Proton Cipta Kereta Sports Tidak Kesampaian
Proton pernah merancang untuk menghasilkan kereta sports untuk orang Malaysia.
26-08-2026
MyJPJ Tak Laku di Thailand, Wajib Bawa Lesen Fizikal
Pandu ke Thailand: Jangan Guna MyJPJ Digital, Bawa Lesen Fizikal.
25-08-2026
Bukan Lagi Fantasi: MITI Rancang Projek Rintis Dron & Teksi Udara Di Universiti
Daripada Pertanian Hingga Logistik Udara: Ini Perancangan MITI Untuk Projek Lembah Tanpa Pemandu.
25-08-2026
Projek WISE Dilaksana, Pintas Kesesakan Terowong Menora
WISE Akhirnya Diteruskan: Ini Laluan Pintas Terowong Menora.
25-08-2026
Tutup Linkedua Demi Lumba Haram: Influencer Antara Kena Angkut
Influencer Permotoran Antara 8 Direman Kes Linkedua.
24-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
