ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

SUV Premium, Jeacoo J7 Kini Rasmi di Pasaran – CKD, Mampu Off-Road, dari RM138,800

Sofea Najmi

Kongsi melalui

WhatsApp-Image-2024-07-19-at-4.08.26-PM.jpeg


Jaecoo telah melancarkan model pertama untuk pasaran Malaysia, sebuah SUV premium lasak berkemampuan off-road,  Jaecoo J7. Model ini ditawarkan pada harga yang bermula daripada RM138,800, atas jalan, tidak termasuk insurans. 


TRENKUASA & PRESTASI JAECOO J7


web_CariCarz_Jaecoo-J7-Preview_-(6).jpg


Dibangunkan berdasarkan platform sama seperti Chery Omoda 5, Jaecoo J7 dikuasakan oleh enjin 1.6 liter turbo dengan kuasa 194 hp (145 kW) dan 290 Nm. Kuasa disalurkan kepada roda melalui transmisi automatik DCT 7 kelajuan. Model ini dikatakan mampu mencapai 0-100 km/j dalam masa sepantas 8 saat. 


Trenkuasa tersebut digunakan pada kedua-dua varian yang ditawarkan di pasaran Malaysia, namun varian asas menggunakan sistem pacuan roda hadapan (FWD) dan varian tinggi, menggunakan sistem pacuan semua roda (AWD). 


Jaecoo-J7-M4TREC-OffRoad-6.jpgJaecoo-J7-OffRoad-Experience-8.jpg


CariCarz berpeluang untuk pandu uji Jaecoo J7 di trek off-road yang mencabar, M4TREC pada April lalu. 


Kemampuan off-road model ini dibantu oleh rekaannya yang diberikan kelebihan kelegaan tanah sekitar 200 mm. Ini membolehkannya menempuhi air berkedalaman 600 mm. Sudut sua (approach)  dan sudut lepas (departure) masing-masing ialah 21 dan 29 darjah. 


Jaecoo-J7-OffRoad-Experience-2.jpgJaecoo-J7-M4TREC-OffRoad-3.jpg


Selain itu, Jaecoo J7 didatangkan dengan sistem 4WD pintar dan tujuh mod permukaan bentuk bumi untuk tetapan pemanduan yang lebih tepat demi keselesaan dan kemudahan pengendalian yang maksimum. 


Jaecoo Malaysia turut menyatakan bahawa kapasiti tundaan maksimum J7 mencecah 1,300 kg, sementara kapasiti beban bumbung pula sehingga 75 kg. 


REKA BENTUK JAECOO J7


WhatsApp-Image-2024-07-19-at-4.10.31-PM.jpeg

web_CariCarz_Jaecoo-J7-Preview_-(16).jpgweb_CariCarz_Jaecoo-J7-Preview_-(15).jpg

web_CariCarz_Jaecoo-J7-Preview_-(17).jpgweb_CariCarz_Jaecoo-J7-Preview_-(8).jpg


Dari segi dimensi, Jaecoo J7 berukuran 4,500 mm panjang, 1,865 mm lebar, 1,680 mm tinggi dan jarak roda pada 2,650 mm. Dari segi rekaan, secara keseluruhannya model ini menerima sentuhan minimalis dan sporty, dengan garis badan yang minimal. Antara yang menyerlah pada model ini ialah sudut hadapan yang kelihatan gagah dengan gril besar, lampu depan LED dengan piksel lampu bercorak dam, lampu nyalaan siang jenis LED, pemegang pintu terbenam dan rim aloi 19 inci dua tona ‘Aurora-inspired.'



WhatsApp-Image-2024-07-19-at-4.18.17-PM.jpeg


Model ini ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu Moonlight Silver, Carbon Crystal Black, Khaki White dan Model Green.


KABIN JAECOO J7


JAECOO J7 menampilkan cip berprestasi tinggi 8155, skrin bersaiz 14.8 inci, pad pengecas tanpa wayar 50W, sistem audio premium SONY, dan pelbagai ciri keselesaan pintar lain untuk menyediakan pengalaman pemandu yang lebih interaktif, mudah, dan menyeluruh dari segi hiburan.


web_CariCarz_Jaecoo-J7-Preview_-(14).jpgweb_CariCarz_Jaecoo-J7-Preview_-(11).jpg
web_CariCarz_Jaecoo-J7-Preview_-(13).jpgweb_CariCarz_Jaecoo-J7-Preview_-(4).jpgweb_CariCarz_Jaecoo-J7-Preview_-(5).jpgweb_CariCarz_Jaecoo-J7-Preview_-(10).jpg


Kelengkapan lain ialah kamera pandangan 540 darjah, kemasan aluminium, pendingin hawa dua zon, lampu ambien 64 warna dan bumbung panoramik. 


Model ini turut hadir dengan teknologi seperti cermin hadapan akustik berlamina dan karpet khas dengan pad peredam, kadar NVH (Noise, Vibration, and Harshness) J7 hanyalah serendah 37.6 dB.


Jaecoo J7 juga cukup praktikal kerana menyediakan ruang kargo yang luas dengan kapasiti 416 liter atau 1,335 liter sekiranya tempat duduk belakang dilipat. Bukaan but ini juga boleh dibuat secara automatik. 


CIRI KESELAMATAN JAECOO J7


CariCarz_Jaecoo-7-Details-n-Launch-12.jpg


Dari segi keselamatan, JAECOO memastikan kesemua modelnya mematuhi piawai keselamatan lima bintang global dengan mengintegrasikan badan kerangka yang menyerap tenaga, keluli kekuatan tinggi dan sistem ADAS canggih.


Jaecoo J7 hadir dengan pakej keselamatan ADAS 2.5, yang termasuk brek kecemasan automatik, amaran pelanggaran, amaran keluar lorong. sistem pengelak pintar dan sebagainya. 


CariCarz_Jaecoo-7-Details-n-Launch-13.jpg


Selain itu, J7 turut dilengkapi dengan sistem perkakaran pintar "1+2+1": satu kamera pandangan hadapan multifungsi (FCM), dua radar gelombang milimeter (CRM), dan satu radar gelombang milimeter jarak jauh (FRM). Integrasi perkakasan dan perisian memandu pintar yang canggih meningkatkan hampir 21 fungsi pemanduan pintar, memastikan pengalaman perjalanan yang selesa dan menyenangkan bagi pengguna.


Tidak cukup dengan itu, struktur badan J7 diberikan reka bentuk khas inovatif yang efektif dalam penyerapan hentakan. 


HARGA JUALAN JAECOO J7


Caricarz-KS-CheryShahAlamPlant-Launch-4.jpg


Pelancaran kilang pemasangan Chery pada Jun lalu, operasi kilang ini dimulakan dengan pemasangan Jaecoo J7. 


Dipasang di dalam negara (CKD) di kilang yang terletak di Shah Alam, Jaecoo J7 ditawarkan di pasaran pada harga yang kompetitif, bermula daripada RM138,800 untuk varian FWD hingga RM148,800 untuk varian yang lebih tinggi, AWD. Pembelian adalah termasuk waranti kenderaan selama 7 tahun atau 150,000 km. Untuk tempahan sehingga 21 Julai ini, pelanggan boleh mendapatkan pakej perlindungan istimewa iaitu waranti enjin selama 10 tahun atau sehingga 1,000,000 km. Jaecoo juga mengumumkan kerjasama dengan enam syarikat insurans di bawah Program Perlindungan Perdana Jaecoo (J-PPP).


Baca: Chery Malaysia Rasmi Kilang Di Shah Alam, Pengeluaran SUV Off-Road Jaecoo J7 Bermula


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT6672

SELANGOR

BSU3751

JOHOR

JF6008J

PULAU PINANG

PSG3768

PERAK

APM1938

PAHANG

CFJ624

KEDAH

KGJ4442

NEGERI SEMBILAN

NEM2580

KOTA KINABALU

SJU5242

KUCHING

QAB7460P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

10-09-2024
Berita Auto
Global

23-04-2024
Kereta Baru

08-04-2024
Berita Auto

15-03-2024
Berita Auto

Berita Terkini

Kereta Baru

Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.

08-10-2026
Kereta Baru

Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.

07-10-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.

30-09-2026
Kereta Baru

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.