ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pusat 3S GWM Dibuka Di Setia Alam – Boleh Selenggara 800 Kenderaan Sebulan

Sofea Najmi

26-3-2024

Kongsi melalui

GWM-SA-(T).jpeg


Great Wall Motor (GWM) Malaysia telah merasmikan pembukaan Pusat 3S baharu di Setia Alam, Shah Alam. Diumumkan minggu ini, pembukaan Pusat 3S ini adalah sejajar dengan matlamatnya untuk meningkatkan pengalaman pelanggan.


Fasiliti yang berkeluasan 6,000 kaki persegi di Setia Avenue ini menempatkan sebuah bilik pameran, ruang menunggu yang selesa serta empat ruang servis. Menurut GWM Malaysia, Pusat 3S ini mempunyai kapasiti penyelenggaraan sehingga 800 kenderaan sebulan. 


GWM-SA-(1).jpeg


Servis yang disediakan bukan hanya untuk ORA Good Cat dan ORA 07 yang akan dilancarkan tidak lama lagi, tetapi juga jenama lain di bawah GWM iaitu Tank, Haval dan Cannon yang dijangka akan tiba menjelang penghujung tahun ini. 


GWM-SA-(2).jpeg


Menurut Pengarah Urusan GWM Malaysia, Mike Cui An Qi,  Pusat 3S baharu ini menunjukkan dedikasi syarikat untuk menyediakan perkhidmatan yang cemerlang dan meningkatkan kemudahan kepada pelanggan di sekitar Shah Alam dan Klang.


GWM-SA-(5).jpeg


"Dengan fasiliti moden ini, kami ingin menyediakan pengalaman yang tiada tandingan yang mencerminkan komitmen kami untuk meningkatkan kepuasan pelanggan dan mengukuhkan reputasi kami untuk kualiti dan kebolehpercayaan."


GWM-SA-(6).jpeg


Tempahan bagi ORA 07 yang akan dilancarkan secara rasmi pada 3 April ini kini sudah dibuka. Pelanggan terawal layak menerima pakej penyelenggaraan percuma selama 5 tahun atau 75,000 km (mana yang tiba dahulu). 

Baca: Tempahan GWM Ora 07 Kini Dibuka – Faedah Tambahan Untuk Tempahan Terawal!

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPB6823

SELANGOR

BSE3819

JOHOR

JXW3362

PULAU PINANG

PRQ2639

PERAK

ANV2504

PAHANG

CFB6374

KEDAH

KGA3928

NEGERI SEMBILAN

NEF6675

KOTA KINABALU

SJK6701

KUCHING

QAB2775L

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.18

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.88

EURO 5 B7

RM 3.08

Terakhir Kemas Kini 24 Apr, 2025

Berita Berkaitan

EV

18-04-2025
Kereta Baru

15-04-2025
Berita Auto

03-04-2025
Berita Auto

05-03-2025
Pandu Uji

20-01-2025
Berita Auto

10-01-2025
Berita Auto

17-12-2024
Berita Auto

17-12-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Hati-Hati Beli Minyak Enjin Murah Di TikTok

PDRM berjaya menumpaskan sindiket yang menjalankan perniagaan pembuatan minyak enjin palsu.

30-04-2025
Berita Auto

Sebab Banyak Kemalangan, Had Laju Maksimum Di Sekolah Bakal Diwarta Kepada 30KM/J

Kerajaan akan mewartakan kadar had laju maksimum di kawasan sekolah kepada 30 km/j, tidak lama lagi.

30-04-2025
Berita Auto

Malaysia Duduk Tangga Ke-2 Miliki Kenderaan Paling Tinggi Di Asia

Rakyat Malaysia kedua tertinggi di Asia miliki kereta.

30-04-2025
Berita Auto

OPS HRA 2025: JPJ Keluarkan 58,596 Saman, Nampaknya Ramai Tak Takut Kena Saman

JPJ telah mengeluarkan 58,596 notis saman Ops HRA 2025, baru-baru ini.

30-04-2025
Berita Auto

Sudah Dibuka: Pusat 3S GAC Motor & AION Kini Di Johor Jaya

Ia yang terletak strategik di kawasan utama Plentong, Johor, dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.

30-04-2025
Berita Auto

Adik Maut, Abang Parah Volkswagen Langgar Pokok Doa

Seorang pemandu Volkswagen maut, manakala abangnya cedera parah apabila kereta dinaiki mereka terbabas melanggar sebatang pokok doa.

29-04-2025
Berita Auto

Jaecoo Malaysia Dedah Imej Omoda C9, Boleh Datang Jenguk Omoda C9 Di MAS 2025

Jaecoo Malaysia menjadi bualan hangat apabila memuat naik imej teaser Omoda C7 di media sosial, baru-baru ini.

29-04-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2024 CariCarz.com. All Rights Reserved.