Ciri Canggih Baharu Android Auto & Google Built-In Diperkenalkan di CES 2024
-full.webp)
Google mempamerkan ciri baharu pada Android Auto & Google Built-In semasa pameran CES 2024
Google telah mengumumkan kemas kini baharu bagi perisian Android Auto dan Google Built-In semasa Pameran Elektronik Pengguna (CES) 2024, yang diadakan di Las Vegas. Penambahbaikan sistem kali ini membawa pelbagai ciri dan integrasi dengan aplikasi baharu untuk kedua-dua sistem tersebut, menjanjikan pengalaman pengguna yang lebih baik di masa hadapan.
-full.webp)
-full.webp)
Kemas kini ini menampilkan integrasi antara EV dengan Android Auto, membolehkan pemilik EV melihat kapasiti bateri kereta mereka pada Google Maps
Untuk Android Auto, kemas kini kali ini menambahkan ciri integrasi dengan sistem EV. Salah satu contohnya ialah pengguna EV kini boleh melihat kapasiti bateri yang tinggal pada Google Maps. Yang menariknya, aplikasi Google Maps turut memaparkan anggaran tahap bateri yang akan tinggal sebaik pengguna tiba di destinasi, dan dalam masa yang sama, turut mencadangkan lokasi untuk mengecas EV di sepanjang perjalanan dengan anggaran tempoh masa pengecasan.
-full.webp)
-full.webp)
Integrasi baharu ini dijadualkan akan diperkenalkan pada model-model EV terpilih seperti Ford Mustang Mach-E dan F-150 Lightning dalam tempoh beberapa bulan akan datang sebelum ia mula ditawarkan kepada EV lain. Google, bagaimanapun, belum mendedahkan senarai terperinci EV yang akan mendapatkan kemas kini Android Auto baharu ini.
-full.webp)
-full.webp)
Google Built-In yang dikemaskini kini menyokong pelbagai aplikasi baharu, termasuk pelayar Google Chrome (kiri) dan perkhidmatan penstriman seperti Amazon Prime Video (kanan)
Seterusnya untuk Google Built-Ini, kenderaan yang dilengkapi dengan sistem infotainmen khas ini akan menerima pelbagai aplikasi baharu, termasuk Google Chrome. Selain pelayar internet tersebut, perkhidmatan penstriman seperti Crunchyroll, PBS Kids dan Amazon Prime Video, serta aplikasi informatif seperti The Weather Channel, turut akan disediakan.
-full.webp)
Selain aplikasi baharu, kemas kini kali ini juga membolehkan integrasi yang lebih baik dan lancar antara peranti Android pengguna dengan perisian infotainmen Google Built-In kereta. Pengguna kini boleh merancang perjalanan jauh secara langsung dari telefon bimbit, yang kemudiannya akan dipaparkan pada skrin kenderaan.
-full.webp)
-full.webp)
Bagi kemas kini Google Built-In ini, Google telah menjalankan ujian beta pada model Volvo dan Polestar yang terpilih. Sebaik ujian tamat, kita boleh menjangkakan penggunaan sistem baharu ini pada jenama-jenama lain seperti Ford, Nissan dan Porsche menjelang hujung tahun ini.
Selain dua kemas kini ini, Google turut mempertontonkan kunci kereta digital baharu khas untuk peranti Android. Buat masa ini, teknologi tersebut hanya ditawarkan pada kenderaan tertentu, sebelum diperluaskan kepada kenderaan dan peranti Android lain pada masa akan datang.
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQK8342
SELANGOR
BSM2733
JOHOR
JYQ8944
PULAU PINANG
PRY3808
PERAK
APE8799
PAHANG
CFF1457
KEDAH
KGE1973
NEGERI SEMBILAN
NEJ4486
KOTA KINABALU
SJQ1561
KUCHING
QAB1870N
Terakhir Kemas Kini 01 Feb, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.54
+0.02
RON 97
RM 3.10
+0.02
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.88
+0.04
EURO 5 B7
RM 3.08
+0.04
Terakhir Kemas Kini 22 Jan, 2026
Berita Terkini
AI Boleh 'Dengar' Kerosakan Enjin, WISEDRIVE Kini Di Malaysia – 20 Kali Lagi Tepat Dari Mekanik?
Membeli kereta terpakai sering kali dianggap seperti ‘bermain judi’, ada kalanya untung, ada kalanya rugi kerana dapat kereta yang bermasalah.
14-01-2026
Peugeot Mula Uji Stereng 'Petak' Hypersquare – Bakal Digunakan Pada Peugeot 208
Jenama ‘singa’ dari Perancis, Peugeot, menunjukkan betapa seriusnya syarikat itu untuk tampil unik dan inovatif dengan rekaan terbarunya, sebuah stereng ‘petak’ yang dinamakan Hypersquare.
16-12-2025
Kembar e.MAS 7 Guna Teknologi Roda Inovatif, Boleh Pusing 360 Darjah Satu Tempat
Jenama automotif gergasi China, Geely, memperkenalkan teknologi pergerakan tayar yang inovatif, sistem stereng empat roda bebas 90 darjah.
16-12-2025
Zeekr Lancar Kempen Pengumpulan Dana Untuk Naik Taraf Teknologi Bantuan Pemandu Canggih
Jarang kita dengar pengeluar kereta yang telah membina empayar gah menggunakan pembiayaan awam (crowdfunding) untuk pembangunan teknologi.
26-11-2025
SUV Sporty Omoda 7 Miliki Teknologi Parkir Luar Biasa
SUV yang diposisikan sebagai model segmen C ini tampil dengan rekaan sporty yang menarik perhatian golongan muda.
26-11-2025
Tesla Ubah Prinsip, Sedia Tawar Apple CarPlay Untuk Tarik Pembeli
Tesla mungkin akan mula menyokong dan mengintegrasikan Apple CarPlay dalam kenderaannya tidak lama lagi.
18-11-2025
Volkswagen Bakal Guna Teknologi XPeng Pada Model-Model Akan Datang
XPeng bersama Volkswagen Group telah mengambil satu langkah besar dalam kolaborasi teknologi mereka melalui sistem seni bina elektronik dan elektrikal (E/E).
18-08-2025
Teknologi ‘Super Extended Range’ IM Motors– Bateri Berkapasiti Tertinggi Dengan Enjin Turbo
IM Motors, jenama hasil usaha sama antara SAIC Motor Corporation, Alibaba Group dan Zhangjiang Hi-Tech, dijangka memperkenalkan teknologi ‘Super Extended Range’ pada 1 Ogos ini.
28-07-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat