ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Honda Malaysia Kekal Jenama Kereta Bukan Nasional Nombor 1

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Honda Malaysia mengekalkan kedudukannya sebagai jenama kereta nombor satu dalam segmen kenderaan penumpang bukan nasional selama 10 tahun berturut-turut.

Rekod itu dipegang sejak tahun 2014. Maka, tidak hairanlah mengapa jenama itu mampu mencatatkan jualan lebih daripada 80,000 unit kenderaan pada tahun lepas sekali gus mencapai sasaran jualan tahunannya.

image.png

Pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutifnya, Hironobu Yoshimura berkata, mengakui tahun 2023  adalah tahun yang mencabar di mana mereka perlu menghadapi pasaran yang kompetitif.

“Bagaimanapun, Honda Malaysia berjaya mengatasi dan mencapai sasaran jualan  pada 2023 dengan sokongan padu daripada pengedar kami dan Kerajaan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

image.png

Malah, pencapaian cemerlang tahun ini ujarnya, adalah sebahagian besarnya disumbangkan menerusi pelancaran WR-V pada Julai tahun lepas.

“SUV kecil ikonik itu mendapat sambutan menggalakkan daripada pasaran. Varian RS ialah penyumbang terbesar dimana ia menyumbang 60% daripada jumlah jualan setakat ini. 

“Honda telah menjual lebih daripada 7,800 unit WR-V dalam tempoh enam bulan pertama pelancaran sekali gus mengesahkan populariti WR-V di Malaysia,” tambahnya.

Syarikat turut mengakui bahawa kejayaan itu turut disumbangkan dengan empat model baharu yang berjaya dilancarkan pada suku kedua tahun lalu.

image.png

Antaranya,  sedan segmen-B Honda City facelift, hot-hatch Honda Civic Type R FL5 dan juga model generasi baharu Honda CR-V.

Tiga model paling laris yang dijual Honda Malaysia sepanjang 2023 pula adalah Honda City, HR-V, dan City Hatchback, di mana ketiga-tiganya masing-masing menyumbangkan sebanyak 30%, 25% dan 13% dari jumlah jualan keseluruhan Honda. 

image.png

Bukan itu sahaja, jualan untuk model hibrid Honda Malaysia (e:HEV) juga meningkat daripada lebih 4,100 unit pada 2022 kepada lebih 7,700 unit pada 2023.

Ini mewakili pertumbuhan 87% yang mengagumkan untuk model e:HEV yang diterima baik di pasaran.

Sehubungan itu, Honda Malaysia cukup komited menyediakan kualiti terbaik dari segi penawaran produk, jualan dan perkhidmatan selepas jualan kepada pelanggannya.

“Syarikat optimis mengenai sektor automotif pada 2024, yang dijangka menjadi satu lagi tahun menarik untuk industri," katanya lagi.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN7405

SELANGOR

BST4348

JOHOR

JD5647J

PULAU PINANG

PSF3075

PERAK

APL2337

PAHANG

CFH6182

KEDAH

KGH8561

NEGERI SEMBILAN

NEL6814

KOTA KINABALU

SJT8782

KUCHING

QAB5107P

Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

24-07-2026
Kereta Baru

11-06-2026
Kereta Baru

03-03-2026
Berita Auto

10-02-2026
Berita Auto

29-01-2026
Berita Auto

19-12-2025
Berita Auto

04-12-2025
Kereta Baru

24-11-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.