Kamera Badan Atasi Rasuah, Laksanakan Tugas Secara Telus

Setiap anggota polis akan disematkan kamera.
Polis Diraja Malaysia dijangka akan mula menggunakan kamera badan pada Oktober ini untuk meningkatkan kepercayaan orang awam terhadap penguat kuasa selain mengumpulkan bukti sekiranya berlaku kes tertentu.
Kamera badan itu akan digunakan Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) selain akan diperluaskan untuk penugasan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT).
Buat masa ini, PDRM mula menerima 7,648 unit kamera badan (BWC) secara berperingkat mulai September tahun ini hingga Februari 2025.

Kamera badan.
Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, kamera tersebut akan ditempatkan di 157 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).

WAN HASSAN.
Kamera itu juga akan ditempatkan di 640 balai polis di seluruh kontinjen dan penggunaannya adalah secara berperingkat mulai Oktober 2024,” katanya.
Bagaimanapun, beliau turut mendedahkan bahawa PDRM akan menggunakan kamera badan secara sepenuhnya oleh petugas MPV dan URB pada Mac 2025 nanti.
Pengunaan BWC dikatakan akan menaikkan lagi imej PDRM dalam kalangan masyarakat kerana rakamannya boleh dijadikan bukti di mahkamah dan di dalam sebarang kes jenayah, termasuk kes membabitkan petugas difitnah ketika menguatkuasakan undang-undang.
Terdahulu, tiga anggota polis trafik ditahan reman tiga hari untuk siasatan berhubung perbuatan meminta wang daripada pasangan pelancong warga United Kingdom (UK) bagi menyelesaikan saman trafik, baru-baru ini.
Kejadian warga asing itu disaman polis Malaysia tular apabila perbuatan warga PDRM itu kononnya menawarkan diskaun saman kepada pasangan warga UK selepas mereka ditahan bagi kesalahan memandu melebihi had laju, sempat dirakam.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT1069
SELANGOR
BSU2754
JOHOR
JF3685J
PULAU PINANG
PSG2043
PERAK
APL9680
PAHANG
CFH9447
KEDAH
KGJ3764
NEGERI SEMBILAN
NEM2079
KOTA KINABALU
SJU4490
KUCHING
QAB7220P
Terakhir Kemas Kini 06 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Air Campur Petrol: KPDN Kedah Siasat 11 Stesen Minyak
Dakwaan Petrol Bercampur Air Viral: KPDN Jalankan Pemeriksaan.
06-10-2026
Anda Boleh Lega: Lebih Banyak Ciri MyJPJ Mulai Bulan Depan
Ciri Baru MyJPJ Bulan Depan: Tiada Lagi Orang Tengah?
06-10-2026
Ini Dia Pelukis Bendera Gergasi Di Litar Sepang
Inilah Pelukis Bendera Gergasi F1 Sepang Yang Ramai Tak Tahu.
06-10-2026
Hukuman Penjara Menanti Mat Rempit Bermula 1 November Ini
Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987: Mat Rempit Berdepan Penjara Mulai 1 November.
05-10-2026
Prestasi Jualan Proton September 2026: Pecah Rekod Dalam 9 Bulan
Jualan Proton 2026 Lepasi Sasaran Lebih Awal, Catat Rekod Tertinggi Sejak 2002.
05-10-2026
PROTON S70 i-GT 1.5 Rasmi Di Sabah, Harga Bermula RM58,800
ROTON S70 i-GT 1.5 Tiba Di Sabah, Catat Sambutan Hangat.
05-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge