Maknanya, Jenama MG Akan Masuk M'sia Tak Lama Lagi!

Pengeluar kereta terkemuka British, Morris Garages (MG) sudah membuka laman web dan halaman Facebook rasminya semalam.
Ini bermakna MG akan melancarkan beberapa model terbaharunya di Malaysia selewat-lewatnya suku pertama tahun ini.
Jenama MG akan diedarkan di Malaysia oleh anak syarikat SAIC, MG Malaysia (MGM).
Anak syarikat berkenaan akan menawarkan empat model yang dilengkapi dengan teknologi dan prestasi canggih.
Barisan model itu akan menawarkan dua kenderaan elektrik (EV) dan dua lagi model enjin pembakaran dalaman (ICE).
Buat masa ini, SUV Crossover MG 4 akan dilancarkan pada suku pertama nanti.

Ada juga sumber dalaman memaklumkan kepada CariCarz.com bahawa salah satu model ikonik yang akan dibawa ialah MG Cyberster.
Namun tarikh pelancaran MG Cyberster masih samar-samar.
Apa yang pasti ia akan menjadi kenderaan elektrik yang ditawarkan pada harga mampu milik di pasaran nanti.


Apapun kehadiaran jenama MG di pasaran tempatan nanti akan memberi saingan sengit kepada model BYD Atto dan Chery Omoda E5.
Buat masa ini, kami menjangkakan pelancaran model MG akan dibuat selepas sambutan Tahun Baharu Cina.
Dikhabarkan, MGM telah memperoleh 18 daripada rangkaian 24 peniaga yang dirancang sebagai persediaan untuk pelancaran besar-besarannya nanti.

Rangkaian tersebut akan memastikan pelanggan dan peminat MG di seluruh Malaysia mempunyai akses mudah kepada tawaran dan perkhidmatan jenama itu.
Teruskan bersama CariCarz.com untuk mengetahui lebih lanjut mengenai MG!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX2463
SELANGOR
BSU8148
JOHOR
JG8742J
PULAU PINANG
PSH2060
PERAK
APM7084
PAHANG
CFJ3324
KEDAH
KGJ7027
NEGERI SEMBILAN
NEM4987
KOTA KINABALU
SJU9763
KUCHING
QAB9435P
Terakhir Kemas Kini 02 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?
Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.
02-11-2026
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Minyak Diesel Tanpa Subsidi Naik 20 Sen
Terkini: Harga Diesel Naik 20 Sen, RON95 & RON97 Turut Naik.
28-10-2026
Awas Penipuan Tiket ECRL! Beli Hanya Melalui Saluran Rasmi
Harga Tiket ECRL Sudah Pun Diumumkan, Jadi Jangan Jadi Mangsa Scammer.
28-10-2026
Aplikasi TuJu Bukan Untuk Saing Waze, Fokus Lebuh Raya Bertol
TuJu Dibangun Bukan Ganti Waze.
28-10-2026
Bila PROTON S70 RS Sport Dilancar?
Ada pihak menyifatkan Proton S70 RS Sport bakal dilancarkan Disember ini.
27-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge