MAS Guna BMW i7 Untuk Penumpang Atasan

Malaysia Airlines yang bakal memperkenalkan perkhidmatan pemindahan terminal akan menggunakan kereta elektrik BMW, BMW i7 untuk mengambil para penumpangnya dari terminal mulai 1 Februari nanti.
Pihak Malaysia Airlines akan menggunakan jentera mewah itu untuk perkhidmatan terbaharunya selepas mereka menjalin kerjasama dengan BMW Group Malaysia menerusi rakan wakil pengedarnya, Ingress Auto Sdn. Bhd.
Bagaimanapun, jentera mewah itu akan digunakan untuk para penumpang Enrich Platinum, Business Suite, dan Business Class yang terbang bersama Malaysia Airlines.

Difahamkan, beberapa model BMW i7 akan digunakan untuk mengambil penumpang yang akan berlepas di Pintu G1 Bangunan Terminal Utama dan Bangunan Satelit di KLIA Terminal 1.
Bagaimanapun, perkhidmatan eksklusif ini dilihat cukup sesuai untuk pengembara solo, pasangan, dan keluarga dengan had seramai empat penumpang bagi setiap kenderaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan dari Kumpulan Penerbangan Malaysia
(MAG), Ahmad Luqman Mohd Azmi berkata, pihaknya berhasrat untuk menaik taraf pengalaman penerbangan buat para pelanggan segmen atasan.
“Menerusi perkhidmatan eksklusif ini, ini dapat memastikan pelanggan dapat menikmati keselesaan serba premium,”katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Ingress Auto Sdn Bhd, Rabian Ab Rahman berkata, pihaknya cukup teruja untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia Airlines dalam menyediakan pengalaman mewah untuk penumpang premium mereka.

“Penggunaan BMW i7 melambangkan inovasi dan kelestarian dalam industri automotif, seiring dengan komitmen kami untuk terus menunaikan janji kecemerlangan automotif premium di Malaysia,”ujarnya.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX6739
SELANGOR
BSU9187
JOHOR
JH1538J
PULAU PINANG
PSH2904
PERAK
APM7874
PAHANG
CFJ3646
KEDAH
KGJ7448
NEGERI SEMBILAN
NEM5397
KOTA KINABALU
SJV1032
KUCHING
QAB9625P
Terakhir Kemas Kini 06 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge