ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Maut Kemalangan Motosikal TINGGI Tahun 2023 – 8 Kesalahan Ini Sering Dilakukan Penunggang

Sofea Najmi

Kongsi melalui

kemalangan-motosikal-2.png


Kemalangan maut membabitkan dua beradik berusia 18 dan 16 tahun di Kuala Berang, Terengganu (Foto: PDRM)


Menunggang motor tanpa lesen dan tidak mematuhi peraturan jalan raya menjadi punca utama kemalangan maut tahun lalu, lapor Sinar Harian. 


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, jumlah kematian penunggang motosikal kerana kemalangan pada 2023 meningkat 10% dengan 4,480 kemalangan maut melibatkan 4,499 jumlah kematian.


Timbalan-Perdana-Menteri-Datuk-Seri-Ahmad-Zahid-Hamidi.jpeg


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi


Daripada jumlah tersebut, usia dalam lingkungan 16 hingga 30 tahun mencatatkan rekod kematian tertinggi iaitu sebanyak 1,674 mangsa. 


Ahmad Zahid mendedahkan bahawa kemalangan turut terjadi kepada mereka yang berusia lebih muda walaupun syarat untuk mendapatkan lesen bermula pada usia 16 tahun, kerana ramai pelajar sekolah rendah seawal tujuh atau lapan tahun sudah mula menunggang motosikal. 


APA PUNCA KEMALANGAN MAUT DALAM KALANGAN PENGGUNA MOTOSIKAL BERLAKU?


“(Punca kemalangan maut) Mereka tiada lesen dan tidak ikut peraturan lalu lintas dan peraturan permotoran,” katanya.


KESALAHAN LAIN YANG SERING DILAKUKAN PENUNGGANG MOTOSIKAL


Selain kesalahan yang dilaporkan di atas, ini juga beberapa kesalahan yang sering dilakukan oleh penunggang motosikal yang bukan sahaja boleh membahayakan diri sendiri, tetapi juga pengguna jalan raya yang lain. Jom lihat senarai di bawah, pernahkah anda melakukan kesalahan yang disenaraikan?


#1 Melanggar Lampu Isyarat


langgar-lampu-isyarat.jpeg


Langgar lampu isyarat antara kesalahan yang sering dilakukan penunggang motosikal (Gambar hiasan)


Berdasarkan laporan oleh RTM pada bukan September tahun lalu, penunggang motosikal adalah antara penyumpang utama kesalahan melanggar lampu isyarat merah. Perkara ini didedahkan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain. Jangan jadikan diri anda 'sasaran' kenderaan daripada simpang lain yang mungkin sudah bersedia untuk memecut laju. 


#2 Tidak Memakai Helmet


pelajar-sekolah-tak-pakai-helmet.png


Ramai pelajar sekolah tidak memakai helmet (Foto: HM)


Tindakan tidak memakai helmet ini adalah satu tindakan ‘berani mati,’ tidak kisahlah walaupun hanya ingin ke kedai yang berdekatan atau di sekitar rumah, apa sahaja boleh terjadi pada bila-bila masa. Sudah berapa kali anda mendengar berita kemalangan yang berlaku di kawasan perumahan? 


Media juga ada melaporkan bagaimana kesalahan tidak memakai topi keledar dicatatkan sebagai antara jumlah kesalahan tertinggi dalam kalangan pengguna motosikal. 


#3 Lampu Motor Rosak


Lampu-Motor.png


Lampu motosikal penting terutamanya semasa hujan dan malam (Gambar hiasan)


Lampu depan atau belakang, mana satu lagi penting? Maaf, tiada yang lebih penting, kerana kedua-duanya WAJIB untuk anda pastikan hidup sebelum bergerak. Tanpa lampu depan bagaimana kenderaan di hadapan ingin mengetahui kewujudan anda dalam keadaan gelap? Tanpa lampu belakang, bagaimana pengguna jalan raya lain ingin mengesan anda terutama pada waktu malam? 


Tanpa kedua-dua lampu ini, tindakan membrek atau membelok berkemungkinan besar akan membawa kepada tragedi. 


#4 Tidak Beri Signal


signal-motor.jpeg


"Ni nama dia signal motor. Kalau kita nak belok kanan atau kiri, kita petik supaya lampu belakang menyala ke arah kiri atau kanan." – FB Taiping Zone


Tiada siapa pun yang boleh membaca fikiran anda. Pastikan setiap hala tuju anda dimaklumkan kepada pengguna jalan raya lain. Caranya? Gunakan lampu signal. Jangan lupa untuk bagi signal seawal yang mungkin dan bukannya 1-2 saat sebelum masuk. 


#5 Memotong Dari Sebelah Kiri


MEMOTONG-KERETA-dari-kiri.jpeg


Sedar atau tidak, memotong dari sebelah kiri adalah satu tindakan yang menempah maut. Ini kerana, pemandu kenderaan yang lebih besar seperti lori atau kereta akan menyasarkan ruang di sebelah kiri sekiranya berlaku sebarang kerosakan atau kemalangan.


#6 Memakai Pakaian Yang Gelap


pakaian-gelap-semasa-menunggang.png


Sebagai penunggang motosikal, elakkan berpakaian gelap lebih-lebih lagi pada waktu malam. Walaupun laluan mungkin sudah dilimpahi cahaya daripada lampu jalan, tetapi anda perlu ingat, walau hanya 1 saat anda tidak berada di bawah simbahan cahaya, boleh mengakibatkan kemalangan. 


gelap-malam-helmet.jpeg


Pakai sesuatu dengan reflektor semasa menunggang motor sekiranya warna hitam adalah 'jiwa' anda


Sekiranya anda seorang yang suka berpakaian gelap, pastikan anda turut bawa bersama jaket yang berwarna lebih cerah atau baju keselamatan dengan reflektor. 


#7 Memotong Semasa Di Simpang


memotong-semasa-di-simpang.png


Elakkan daripada memotong kenderaan lain semasa di simpang jalan. Di sini anda perlu bersedia sekiranya kenderaan di hadapan anda ingin membelok atau ada kenderaan lain yang keluar simpang dengan laju. 


#8 Tidak Mengendahkan Keselamatan Pembonceng


pemb.png


Jangan abaikan keselamatan pembonceng (Foto: Bernama)


Bawa anak naik motor tapi hanya diri sendiri yang pakai helmet? Sikap sambil lewa ini boleh membawa padah.

Jadilah pengguna jalan raya yang bertanggungjawab. Jangan sudah terhantuk, baru tengadah. Sebagai penunggang motosikal, badan lebih banyak terdedah kepada kecederaan sekiranya terlibat dalam kemalangan. Semoga artikel ini dapat memberi manfaat dan menjadikan kita semua pengguna jalan raya yang lebih berhemah. 



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS9245

SELANGOR

BSU2554

JOHOR

JF3280J

PULAU PINANG

PSG1764

PERAK

APL9486

PAHANG

CFH9376

KEDAH

KGJ3641

NEGERI SEMBILAN

NEM1983

KOTA KINABALU

SJU4374

KUCHING

QAB7145P

Terakhir Kemas Kini 04 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Berita Auto

Beli Tayar Continental Di In-Store Marketplace

Continental Tyres Malaysia mengubah landskap pembelian dan penjualan tayar menerusi Konsep Ekosistem InStore Marketplace.

02-10-2026
Berita Auto

Kemuncak F1 Sepang: George Russell Pun 'Pening' Sangkut "Jem"

Pemandu F1 George Russell Pun Sangkut Jem Ke SIC Sepang.

02-10-2026
Berita Auto

Nasi Lemak RM35 Di Sepang: Harga Makanan F1 Cetus Bualan Hangat

F1 Sepang: Isu Harga Makanan RM35 Jadi Tumpuan Pengunjung.

02-10-2026
Berita Auto

Sewa Kereta Kepada Warga Asing: Denda RM10,000

JPJ akan menggempur habis-habisan pemandu warga asing yang semakin bebas memandu secara haram.

02-10-2026
Berita Auto

F1 GP Bahrain: Laluan Arah KLIA Dijangka Sesak Bermula 2-4 Okt

Penerbangan Dari KLIA 2-4 Okt? Rancang Masa Awal Elak Terlepas

01-10-2026
Berita Auto

Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu

Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.

30-09-2026
Berita Auto

Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia

Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.

30-09-2026
Berita Auto

Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok

Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.

29-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.