Nissan Ariya Nismo, EV Paling Padu?

Sempena pameran Tokyo Auto Salon 2024 (TAS 2024), kebanyakan pengeluar kereta membawa masuk model-model mereka yang luar biasa.
Tidak terkecuali pembuat kereta Jepun, Nissan mempamerkan jentera canggihnya, Nissan Ariya Nismo elektrik.
Kenderaan Utiliti Sukan itu adalah kereta Nismo yang paling berkuasa pernah dicipta setakat ini.

Nissan dikatakan berhasrat untuk menawarkan dua varian iaitu Nismo B6 e-4ORCE dimana ia mempunyai dua motor elektrik dan mampu menghasilkan kuasa setakat 362 hp dan tork 560Nm. Ia disumbat dengan pek bateri berkapasiti 66 kWj.
Satu lagi varian ialah Ariya Nismo B9 e-4ORCE dimana ia mempunyai pek bateri tyang lebih besar iaitu 91 kWj.
Dengan motor elektrik berkembar ia boleh menghamburkan setakat 430 hp dan tork 600 Nm.
Buat masa ini, Nissan tidak mendedahkan sebarang butiran lanjut mengenai prestasi Nissan Ariya.
Namun Nissan Ariya yang mempunyai motor berkembar boleh memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 5.1 saat tetapi jangkaan pecutan buat Ariya berlencana Nismo mungkin lagi cepat daya pecutannya.
Selain itu, kami juga boleh menjangkakan Nissan Ariya Nismo akan menawarkan pengendalian yang cukup mantap kerana sistem penggantungan sudah diubah suai.


Difahamkan, ia juga dilengkapi dengan mod pemacu Nismo eksklusif dengan tindak balas maksimum dan runut bunyi enjin yang dipertingkatkan.
Secara visual, Nissan Ariya Nismo dibezakan dengan Ariya biasa kerana Nismo menggunakan bampar hadapan yang lebih sporty yang dilapisi dengan pembahagi berwarna merah. Turut baharu di sini ialah panel rocker dan cermin sayap, kedua-duanya juga selesai dalam warna merah.
Tidak ketinggalan ialah ada panel rocker dan cermin sisinya dikemaskan dengan warna merah, rim aloi bersaiz 20 inci serta ada lencana Nismo dipasang di sekeliling jentera berkenaan.



Beralih kepada kabinnya, ia nyata sporty kerana tempat duduknya dihiasi dengan logo Nismo, aksen merah pada konsol tengah, dan papan pemuka, ada jahitan kontra berwarna merah, termasuk logo Nismo kecil pada papan pemuka.
Bagaimanapun selain di Jepun, masih tidak jelas sama ada Nissan akan menawarkan versi hot ini ke negara lain atau tidak.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA8032
SELANGOR
BSQ4564
JOHOR
JYX5712
PULAU PINANG
PSC6145
PERAK
APH7943
PAHANG
CFG6413
KEDAH
KGG2827
NEGERI SEMBILAN
NEK5280
KOTA KINABALU
SJS1422
KUCHING
QAB9224N
Terakhir Kemas Kini 01 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah
Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.
29-05-2026
Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia
Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.
28-05-2026
PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS
Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.
22-05-2026
BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV
Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.
20-05-2026
Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia
Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!
19-05-2026
Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit
Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?
13-05-2026
Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat
Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!
13-05-2026
Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai
Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.
12-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat