Sebab RM100, Imej Tercalar
Tindakan seorang anggota polis trafik yang “memberi diskaun saman” RM100 akhirnya kantoi apabila perbuatannya itu tular di media sosial.
Anggota polis itu kantoi kerana pasangan warga asing dari United Kingdom serta pempengaruh media sosial bertindak merakam perbualan mereka dengan anggota terbabit.
Pasangan suami isteri itu disaman oleh anggota polis trafik kerana memandu melebihi had laju dan anggota polis trafik memberitahu pasangan terbabit bahawa terdapat dua pilihan untuk membayar saman yang dikenakan.
"Bayar di balai polis atau bayar di sini? Jika bayar di balai, RM300. Bayar sekarang, RM100," kata polis berkenaan.
Untuk itu, pasangan berkenaan memilih untuk membayar RM100 kerana jumlah diskaun yang cukup murah.
Susulan itu, ramai warganet mengecam tindakan polis trafik tersebut kerana perbuatannya hanya mencalarkan imej PDRM.
Justeru, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri, berkata pihaknya kini sedang mengesan video mengenainya.
Menurutnya, PDRM akan mengambil tindakan tegas terhadap anggota yang kononnya menawarkan diskaun saman trafik kepada pasangan warga asing ketika ditahan di lokasi kejadian.
"Jam 4.30 petang hari ini, JSPT mengesan video tular di platform YouTube dan lain-lain media sosial mengenai tindakan anggota trafik menyaman dan menawarkan diskaun ke atas pasangan dari United Kingdom (UK) yang sedang melakukan edisi jelajah Malaysia itu.
"Siasatan terperinci sedang dijalankan bagi menyiasat dakwaan itu dan tidak akan bertoleransi ke atas anggota dan pegawai terbabit," katanya dalam satu kenyataan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPK4921
SELANGOR
BSG3576
JOHOR
JYD3902
PULAU PINANG
PRS4507
PERAK
ANX8093
PAHANG
CFC6396
KEDAH
KGB4116
NEGERI SEMBILAN
NEG4760
KOTA KINABALU
SJL7383
KUCHING
QAB6928L
Terakhir Kemas Kini 18 Jul, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.21
+0.03
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.91
+0.03
EURO 5 B7
RM 3.11
+0.03
Terakhir Kemas Kini 17 Jul, 2025
Berita Terkini
Skim Rel Akhir Laluan Lingkaran MRT 3 Diluluskan
Skim Rel Akhir bagi Projek Transit Aliran Massa 3 (MRT3) Laluan Lingkaran diluluskan secara rasmi.
18-07-2025
Ada Berita Baik! Rapid KL On-Demand Diperluas Di Shah Alam, Klang
Perkhidmatan Rapid KL On-Demand kini ditambah kepada 12 zon sekitar Shah Alam serta Klang, Selangor, mulai hari ini.
18-07-2025
JPJ Bantu Pemandu Lesen PSV, GDL Yang Pernah Digantung Lesen, Laksana Kursus Pemulihan
JPJ akan melaksanakan projek rintis kursus pemulihan bagi pemegang Lesen Vokasional untuk Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) dan Kenderaan Barangan (GDL) yang digantung, mulai November depan.
18-07-2025
SST Tidak Jejas Harga – Honda Malaysia
CEO Honda Malaysia, Narushi Yazaki, berkongsi kenyataan penting berkaitan isu pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diperluas.
18-07-2025
Imej Render Perodua Bezza Generasi Baharu Oleh Theophilus – Lancar Tahun Ini?
Proses pembangunan Bezza baharu dari Perodua kini dipercepatkan, dan model ini dijangka bakal muncul lebih awal, iaitu seawal tahun ini.
17-07-2025
Bangkai Helikopter PDRM Dinaikkan Untuk Kenal Pasti Punca Terhempas
Bangkai helikopter AS355N PDRM yang terhempas di Sungai Pulai, Gelang Patah, Johor Bahru telah dinaikkan, pagi tadi.
17-07-2025
Kes Langgar Lari, 'Tolong Kesan Pemandu Langgar Adik Saya," - Abang Mangsa
Seorang abang merayu orang ramai yang mempunyai rakaman papan pemuka atau kamera litar tertutup (CCTV) membantu mengesan kenderaan yang dipercayai melanggar adiknya sehingga maut dalam satu kemalangan di Kampung Teluk Panji, Kota Bahru semalam.
17-07-2025
Gamuda Sudah Terima Notis, Laksanakan Projek LRT Pulau Pinang
Gamuda Bhd telah menerima notis mula kerja (NTP) daripada MRT Corp bagi pakej kerja sivil pertama projek laluan LRT Pulau Pinang.
17-07-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat