ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Skandal Daihatsu: Syarikat Bakal Tanggung Kerugian Cecah RM3.2 Bilion!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Daihatsu-HQ---Bloomberg.jpeg


Daihatsu mungkin akan berhadapan dengan kerugian sehingga RM3.2 bilion disebabkan penghentian pengeluaran


Berikutan isu skandal berhubung pemalsuan ujian keselamatan, pengeluar automotif Jepun, Daihatsu, terpaksa menghentikan pengeluarannya  di Jepun sementara siasatan lanjut sedang  dijalankan. Akibatnya, syarikat ini dijangka akan mengalami kerugian yang besar bukan sahaja disebabkan penghentian pengeluaran tetapi juga kerana perlu memberikan pampasan kepada pembekal tempatan.


Menurut Nikkei Asia, dianggarkan Daihatsu akan mengalami kerugian lebih daripada JPY 100 bilion (~RM3.2 bilion), dengan sebahagian besar daripada jumlah tersebut adalah disebabkan penutupan kilang pengeluaran dan kehilangan kuasa jualan domestiknya, selain pampasan kewangan kepada pembekal. 


daihatsu-rocky-front-angle-low-view-428870.jpgdaihatsu-sirion-front-side-view-250968.jpg


Walaupun tiada angka yang tepat didedahkan sebagai jumlah pampasan kepada pembekal, dianggarkan syarikat tersebut perlu menanggung kerugian awal mencecah JPY 100 bilion. Buat masa ini, Daihatsu sedang menjalankan rundingan dengan pihak pembekal berkaitan perkara ini. Selain itu, kos yang timbul daripada siasatan yang tertangguh dan ujian keselamatan tambahan juga termasuk dalam kiraan.


Pengumuman penghentian pengeluaran ini dibuat selepas penghantaran dihentikan untuk kesemua 64 model dan tiga siri enjin yang terjejas. Penghentian ini dijangka akan berlangsung sehingga hujung Januari 2024.


web_CariCarz_TA_Perodua-Ativa-1.0H.jpgCARICARZ_TEST_Perodua-Axia-1.0-AV_-5.jpg


Selain daripada risiko kerugian yang besar, Daihatsu mungkin akan dikenakan lebih banyak tindakan dan denda tambahan, bergantung kepada hasil siasatan pihak Kementerian Pengangkutan Jepun. Di samping pemberhentian sementara  pengeluaran bagi memberi ruang kepada proses penilaian semula tahap keselamatan kenderaan, pihak berkuasa mungkin akan memberi tindakan lebih keras kepada Daihatsu, termasuk penarikan semula sijil pengeluaran secara besar-besaran.


Walaupun perkara ini berlaku di Jepun, skandal ini nampaknya tidak memberi impak serupa di negara kita. Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, Perodua telah meneruskan operasinya. Dalam kenyataan rasminya, Perodua tidak menyebut sebarang rancangan untuk menghentikan usaha pengeluaran.


UMW Toyota Motor (UMWT) juga telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai skandal ini, dengan firma itu kini "bekerjasama rapat dengan badan pengawal selia untuk menangani perkara ini dengan segera dan secara terbuka" sambil mengekalkan komitmen untuk terus membekalkan kenderaannya kepada pasaran tempatan.

230429-perodua-axia-side-test.jpg


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN7425

SELANGOR

BST4359

JOHOR

JD5680J

PULAU PINANG

PSF3086

PERAK

APL2341

PAHANG

CFH6187

KEDAH

KGH8563

NEGERI SEMBILAN

NEL6817

KOTA KINABALU

SJT8784

KUCHING

QAB5107P

Terakhir Kemas Kini 03 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

30-10-2025
Global

06-06-2025
Global

27-12-2024
Global

25-07-2024
Global

14-02-2024
Global

02-01-2024
Global

26-12-2023
Berita Auto

22-12-2023

Berita Terkini

Global

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026
Global

Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.

06-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.