ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Tesla Model Y Paling Laris Pada Tahun 2023

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Tesla Model Y dinamakan sebagai kenderaan paling laris di dunia sepanjang tahun lalu. sekali gus mencipta sejarah sebagai kenderaan elektrik (EV) pertama yang menerajui jualan pasaran global.

Menurut data awal daripada JATO Dynamics, Model Y telah memperoleh kedudukan yang cukup memberangsangkan apabila 1.23 juta unit terjual.

Ini juga menandakan peningkatan tahun ke tahun yang luar biasa sebanyak 64%.

Penganalisis Global di JATO Dynamics, Felipe Munoz berkata, lonjakan dalam jualan global untuk Model Y adalah tiada tandingannya, terutamanya dalam kategori 10 kenderaan paling laris.

“Apa yang telah dicapai oleh Tesla menerusi Model Y dalam masa yang singkat, adalah sesuatu yang luar biasa,”katanya.

image.png

Model Y dilihat telah menerajui jualan di Eropah dan China, dimana kedua-dua negara ini merupakan pasaran EV terbesar di dunia. 

Menurut Persatuan Pengilang Automobil China (CAAM), lebih 456,000 unit telah dihantar di China, mewakili peningkatan 45% daripada tahun sebelumnya juga.

Di Eropah pula, pendaftaran Model Y mengatasi beberapa model terkenal seperti Dacia Sandero, Peugeot 208 dan Volkswagen T-Roc. 

image.png

Data daripada 30 pasaran menunjukkan bahawa lebih 255,000 Model Y telah didaftarkan, sekali gus  mengatasi jualan kenderaan kedua paling popular, Dacia Sandero, iaitu cuma mencatatkan jualan sebanyak 19,000 unit.

Tambah Munoz,  "pada Nov 2023, harga runcit Tesla Model Y adalah 18% dan 23% lebih rendah daripada kos purata EV di Jerman dan Amerika Syarikat.

Munoz juga menyifatkan bahawa pengurangan harga  Tesla selain  reputasinya sebagai pengeluar EV yang boleh dipercayai dan berdaya saing menyebabkan permintaan model Tesla semakin kukuh.

Malah, berdasarkan data awal, 2023 menandakan berakhirnya kepopularan Toyota RAV4 dan Corolla, apabila EV dilihat semakin mendapat sambutan di Eropah dan China. 

image.png

Buat masa ini, kedua-dua model ini cuma berada di tempat kedua dan ketiga.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRC7153

SELANGOR

BSQ8569

JOHOR

JYY7995

PULAU PINANG

PSD1469

PERAK

APJ2665

PAHANG

CFG7945

KEDAH

KGG5324

NEGERI SEMBILAN

NEK6692

KOTA KINABALU

SJS4385

KUCHING

QAB152P

Terakhir Kemas Kini 20 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

16-02-2026
Berita Auto

24-12-2025
Teknologi
Teknologi
EV

08-10-2025
EV

06-10-2025
EV

03-10-2025
Berita Auto

26-09-2025

Berita Terkini

EV

Proton e.MAS Turun Padang: Bawa Revolusi EV Lebih Dekat Kepada Anda

PRO-NET kembali menyemarakkan siri jelajah Proton e.MAS ke seluruh negara untuk membawa barisan EV tempatan ini terus ke depan mata anda.

19-06-2026
EV

Harga Rahmah: Perodua QV-E Kini Lebih Mampu Milik Bermula RM63,499

Sebab Ini Kereta Elektrik Perodua Makin Murah, Siap Ada 'Cashback' Untuk Pembeli Lama!

15-06-2026
EV

KLIMS 2026: smart Malaysia Pertaruh SUV Flagship smart #5 Serba Boleh

EV Premium Paling 'Versatile' Tahun Ini, smart #5.

15-06-2026
EV

Mahu Cas Tapi Tak Sampai: Masalah 'Kabel Pendek' Kini Jadi Igauan Ngeri Pemilik EV Malaysia

Ingat Senang Nak Cas EV di Malaysia? Ini Realiti Pahit Yang Ramai Tak Tahu.

10-06-2026
EV

Warga Kuching Dah Boleh Pandu Uji! Tesla Buka 'Experience Centre' Baharu Di The Spring Mall

Tesla Kini Di Sarawak! Pusat Pengalaman Baharu Dibuka Di The Spring Kuching, Tampil Model Y L 6-Tempat Duduk.

10-06-2026
EV

Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?

Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?

04-06-2026
EV

Selangor Beri Jaminan Infrastruktur EV Tak Tumpu Di Bandar Sahaja

Agenda EV Selangor Makin Rancak: 500 Lokasi Baharu Bakal Dikenal Pasti, Luar Bandar Turut Jadi Fokus!

04-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.