Toyota Hentikan Penghantaran 10 Model Diesel – Hilux, Fortuner & Banyak Lagi

Toyota telah menghentikan penghantaran 10 model diesel disebabkan penemuan pemalsuan ujian keselamatan.
Tidak lama selepas skandal ujian keselamatan Daihatsu yang mengejutkan industri automotif global, kali ini kita dikejutkan pula dengan kesalahan ujian keselamatan syarikat induknya, Toyota.
Perkara ini berjaya dikesan hasil siasatan oleh jawatankuasa khas bebas. Kesalahan tersebut dikatakan berlaku semasa proses ujian pensijilan beberapa model Toyota dengan trenkuasa diesel. Akibatnya, Toyota terpaksa menghentikan penghantaran 10 model diesel yang terjejas.


Kenyataan rasmi oleh Toyota menyatakan bahawa Toyota Industries Corporation (TICO), sebuah anak syarikat yang telah diberi mandat untuk membangunkan enjin diesel untuk model Toyota, telah menemui beberapa kesalahan semasa ujian output kuasa untuk pensijilan tiga enjin diesel yang dibangunkan oleh TICO. Siasatan mendapati bahawa semasa ujian, output untuk enjin diesel ini diukur menggunakan ECU dengan perisian yang telah dimanipulasi, menjadikan nilai itu kelihatan lebih seragam dengan variasi yang lebih sedikit.

Antara 10 model yang terjejas akibat isu penyelewangan terkini, merangkumi tiga unit jentera kuasa diesel
-full.webp)
-full.webp)
-full.webp)

Enjin tersebut ialah 1GD, 2GD dan F33A, ketiga-tiganya digunakan 10 model Toyota. Antara senarai model yang terjejas ialah Hilux buatan Thailand yang menggunakan kedua-dua enjin 1GD 2.8 liter dan 2GD 2.4 liter, SUV Fortuner 4x4 buatan Indonesia, MPV Innova buatan India dan van panel Hiace.


Selain model Toyota, pemalsuan ini juga memberi kesan kepada beberapa jenama lain, seperti Lexus LX 500d yang menggunakan enjin F33A V6 3.3 liter yang sama dengan Toyota Land Cruiser 300, serta trak komersial ringan Hino Dutro, yang menggunakan unit 1GD.
Toyota telah memutuskan untuk menangguhkan buat sementara waktu penghantaran bagi kesemua 10 model serta enjin-enjin yang terlibat. Walaupun begitu, pengeluar Jepun ini tidak mendedahkan berapa lama penangguhan sementara ini akan berlangsung, tetapi kita boleh menjangkakan ia akan mengambil beberapa minggu atau mungkin berbulan-bulan, bergantung kepada keparahan isu ini.
-full.webp)
Bagi enjin yang sudah digunakan di jalan raya, Toyota menyatakan bahawa tidak perlu ada pemanggilan produk untuk kenderaan tersebut, kerana pengeluar automotif ini telah melakukan pengesahan semula semua produk-produk yang dihasilkan secara besar-besaran di kilang TICO, mengesahkan bahawa enjin dan kenderaan yang terjejas telah memenuhi standard output prestasi enjin yang diperlukan.
Bagi menyelesaikan masalah ini, Toyota akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan di pasaran yang terjejas dengan memberikan penjelasan terperinci selain akan turut mengambil langkah-langkah yang sesuai, termasuk melakukan ujian di hadapan saksi jika diperlukan. Pengeluar automotif ini juga akan membantu TICO dengan melakukan semakan semula situasi secara menyeluruh untuk memastikan keselamatan dan kualiti produk mereka.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM1896
SELANGOR
BST1322
JOHOR
JC8464J
PULAU PINANG
PSE9351
PERAK
APK8494
PAHANG
CFH5135
KEDAH
KGH6571
NEGERI SEMBILAN
NEL5289
KOTA KINABALU
SJT6375
KUCHING
QAB4359P
Terakhir Kemas Kini 23 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Realiti Atau Gimik Digital? Voyah Passion S Buktikan Kemampuan Aksi Ekstrem 360 Darjah
Voyah Passion S boleh pusing semacam.
17-08-2026
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS
Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.
17-08-2026
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun
Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.
12-08-2026
Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia
Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.
11-08-2026
Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun
Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.
11-08-2026
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan
Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.
10-08-2026
Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen
Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.
06-08-2026
Harga Boleh Beli Rumah! Perodua Traz & Alza Mula Dijual Pada Harga RM242k
Perodua Traz, Alza Serba Baharu Rasmi Dilancar Di Sri Lanka.
27-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat