VW Golf GTI Mk 8 Ditambah Ciri Baharu! Speaker Lebih Padu, Ada HUD

Golf GTI generasi kelapan yang dipasang secara CKD untuk pasaran Malaysia telah diperbaharui lagi bagi tahun 2024
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) memulakan tahun 2024 dengan pengumuman penambahan beberapa ciri baharu untuk VW Golf GTI generasi kelapan (Mk 8) pemasangan tempatan (CKD).

Salah satu ciri terbaru pada 2024MY ialah kehadiran sistem papar pandu (HUD)
Menurut VPCM, VW Golf GTI 2024MY kini dilengkapi dengan teknologi papar pandu (HUD). Penambahan ciri baharu ini penting agar pemandu dapat memberikan tumpuan kepada pamanduan dan jalan kerana data penting telah dipaparkan pada cermin di hadapan pemandu tanpa mengganggu pandangan.
Ciri seterusnya ialah sistem audio premium Harman Kardon dengan 10 speaker. Menurut VPCM, speaker 480 watt yang digunakan menjanjikan pengalaman audio keliling yang memukau dan akustik yang mengagumkan.



Golf GTI Mk 8 kali terakhir diperbaharui pada bulan Mac tahun lepas
Sebelum kemas kini yang terbaru sempena tahun 2024, VPCM telah menaiktaraf model sama pada bulan Mac 2023 dengan beberapa ciri baharu iaitu pakej keselamatan ADAS IQ.Drive Volkswagen dan lampu kabus LED berbentuk sarang lebah.
Dari segi mekanikal, model ini kekal menggunakan enjin petrol turbo 4-silinder 2.0 liter TSI yang dipadankan dengan transmisi automatik dwi-klac DSG 7 kelajuan. Enjin ini memacu roda hadapan dengan kuasa 245 PS (242 HP) dan tork 370 NM, membolehkan pecutan 0-100 KM/J dilakukan dalam masa hanya 6.3 saat.
Harga jualan terbaru model ini ialah RM252,990, peningkatan sebanyak RM6,978. Harga tersebut termasuk waranti tanpa had perjalanan selama 5 tahun, pakej servis percuma selama 5 tahun dan bantuan tepi jalan selama 5 tahun.
-full.jpg)

VPCM masih belum membuat sebarang pengumuman mengenai pelancaran varian dengan pakej R Performance, Golf R (kiri) atau pengenalan semula varian Golf R-Line (kanan)
Selain peningkatan kecil terhadap varian GTI tersebut, VPCM masih tidak membuat sebarang pengumuman mengenai pelancaran varian Golf R dengan pakej R Performance yang telah dipertontonkan pada Ogos tahun lalu. Pada awalnya, syarikat tersebut merancang untuk melancarkan model tersebut pada suku akhir (Q4) 2023 dengan harga jualan kira-kira RM330,000.
Perkembangan mengenai varian asas, Golf R-Line, yang sebelum ini dilaporkan sedang dipertimbangkan oleh VPCM untuk diperkenalkan semula di pasaran negara pada harga baharu juga masih belum diumumkan. Model tersebut sebelum ini dipasarkan pada harga RM170,560 tanpa insurans sebelum jualannya dihentikan secara senyap pada Mac tahun lepas.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX3783
SELANGOR
BSU8465
JOHOR
JG9428J
PULAU PINANG
PSH2351
PERAK
APM7351
PAHANG
CFJ3445
KEDAH
KGJ7196
NEGERI SEMBILAN
NEM5120
KOTA KINABALU
SJV349
KUCHING
QAB9492P
Terakhir Kemas Kini 03 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
PROTON Sumbang EV e.MAS 7 Kepada UPSI Mantapkan TVET
Proton e.MAS 7 Jadi Medan Latihan EV Mahasiswa TVET UPSI.
03-11-2026
Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau
Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.
03-11-2026
Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang
Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.
02-11-2026
Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir
Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air
02-11-2026
Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?
Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.
02-11-2026
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge