ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Kereta Kayangan Dah Sampai Tapi Malangnya Ada 1 Unit

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

CariCarz.com dijemput Bentley Kuala Lumpur untuk melihat lebih dekat jentera terbaharunya, Bentley Continental GT Le Mans Collection di Sunway Damansara, baru-baru ini.

Seperti mana yang diumumkan pada April tahun lepas, edisi terhad Continental GT itu dihasilkan sempena 20 tahun kemenangan pengeluar kereta mewah itu dalam perlumbaan enduran 24 Hours of Le Mans 2003.

image.png

Untuk makluman anda, hanya ada 48 unit Continental GT Le Mans Collection di dunia manakala satu unit berada di Malaysia.

Jadi, ia dipamerkan kepada media sebelum diserahkan kepada pemiliknya.

Setelah membelek jentera ini hampir dua jam, penulis berpendapat individu yang memiliki kekayaan bersih sangat tinggi (UHNWI) yang tidak didedahkan identitinya nyata tidak sia-sia memiliki edisi terhad ini.

 Apapun, Le Mans Collection boleh didapati dalam warna hijau Verdant dengan jalur lumba berwarna putih yang merentasi dari bumbung hingga bumbung coupé yang mana ia kelihatan sama seperti prototaip Bentley Speed 8 yang memenangi perlumbaan  Le Mans.

image.png

Malah di sisi pintu, tertera logo 24H dan beluga hitam juga dipilih untuk bampar depan bawah, terdapat penutup cermin sayap manakala rim hitam bersaiz  22-inci 10 jejari menyelubungi brek seramik karbon dan kaliper brek merah.

Apa yang cukup menarik ialah mengenai gril matriks Bentley.

image.pngimage.png

Pada asalnya, ia yang dibangunkan untuk  melindungi radiator pada litar lumba Le Mans yang tidak berturap pada 1920-an) kini turut menampilkan nombor #7 yang dicat  putih.

image.png

Ia sebenarnya melambangkan nombor pemenang perlumbaan 2003 dengan radiator dicat Bentley yang memenangi Le Mans lima kali antara 1924 dan 1930.

image.pngimage.png

Ketika penulis melangkah masuk ke bahagian kabinnya, di bahagian papan pemukanya tertera logo Bentley dan  yang tertera tahun 1924, 1927, 1928, 1929, 1930 dan 2003.

Semua tahun ini menunjukkan Le Mans pernah memenangi perlumbaan pada tahun yang  dinyatakan itu.

Difahamkan, semua unit Le Mans Collection mempamerkan injap enjin 4.0-liter twin-turbo V8 daripada kereta lumba itu yang telah dikeluarkan selepas perlumbaan untuk disimpan, 

image.pngimage.png

Ini kerana 24 daripada 32 injapnya telah diambil bagi menghasilkan 48 artefak untuk setiap satu model Le Mans Collection.

Satu lagi sentuhan unik adalah jam digital dalam format 24 jam yang menggantikan jam analog 12 jam tradisional Bentley.

image.png

Akhir sekali ialah kemasan signatur Bentley dimana ia menampilkan papan pemuka dwi-venir dan ada kemasan di pintu.

Tidak ketinggalan juga fabrik Dynamica napped berprestasi menutupi kerusi serta terdapat sulaman kontras pada kerusi dan tali keledar di Hotspur.

Menyentuh mengenai Le Mans Collection Continental GT, ia disumbat dengan  enjin 6.0L W12 TSI Bentley yang mampu menghasilkan kuasa setakat 650hp dan tork 900Nm.

image.png

Ia yang dipasangkan dengan kotak automatik ZF 8-kelajuan serta adanya pacuan semua roda (AWD), sekali gus membolehkan ia memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam 3.6 saat manakala kelajuan maksimumnya ialah 335 km/j.

image.png

Selain itu, kehadiran Brek Seramik Karbon pilihan, Kawalan Satbiliti Elektronik Boleh Ubah, Stereng Semua Roda, dan Diferensial Gelincir Terhad Elektronik  (ELDS) meningkatkan lagi ketangkasan dan prestasi jentera.

Bagi yang ingin mengetahui mengenai harganya, ia dijual pada harga RM4.54 juta namun malangnya ia sudah pun dimiliki orang.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRL9463

SELANGOR

BST670

JOHOR

JC7563J

PULAU PINANG

PSE8794

PERAK

APK8114

PAHANG

CFH5015

KEDAH

KGH6394

NEGERI SEMBILAN

NEL5130

KOTA KINABALU

SJT6242

KUCHING

QAB4297P

Terakhir Kemas Kini 21 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

18-06-2025
Kereta Baru

27-04-2025
Kereta Baru

28-11-2024
Global

30-05-2024
Kereta Baru

30-04-2024
Berita Auto

09-02-2024
Kereta Baru

09-10-2023
Kereta Baru

08-06-2023

Berita Terkini

Kereta Baru

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026
Kereta Baru

48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.

10-08-2026
Kereta Baru

Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?

07-08-2026
Kereta Baru

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.

06-08-2026
Kereta Baru

JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.

22-07-2026
Kereta Baru

JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.

18-07-2026
Kereta Baru

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026
Kereta Baru

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.