SDAB, SDRAC Meterai Kerjasama
-full.jpg)
Bagi yang masih belum merasai pemanduan kenderaan elektrik, ini adalah peluang untuk anda menyewa kereta elektrik mewah seperti BMW iX dengan harga yang cukup berpatutan.
Ini kerana Sime Darby Auto Bavaria (SDAB), pengedar rasmi terbesar kenderaan BMW di Malaysia memeterai kerjasama dengan peneraju industri sewa kereta, Sime Darby Rent-A-Car (SDRAC) - Hertz Malaysia.

Dengan harga sewa yang bermula daripada RM550 sehari dan RM5,500 sebulan, BMW iX ialah model paling sesuai untuk pemanduan jangka pendek premium bagi peminat kereta yang ingin menikmati kemewahan EV berteknologi tinggi.
Pengarah Urusan Auto Bavaria, Vi Thim Juan berkata, pihaknya cukup komited untuk merintis penggunaan EV di Malaysia.
“Kali ini, kami memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk memandu BMW iX untuk menikmati gaya dan keunikan yang tiada tandingan yang membawakan trend terkini dalam teknologi EV.

“BMW iX ialah model sempurna untuk ditawarkan kerana menjanjikan kelebihan terbaik dalam segmen BMW EV. Jadi, kami menggalakkan orang ramai untuk mengambil kesempatan daripada tawaran sewa perayaan bagi pengalaman memandu serba baharu,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Pengarah Urusan SDRAC, Harun Mohd Joned pula berkata, pihaknya mahu menawarkan pengalaman EV yang mewah dan moden kepada pelanggan sewa kenderaan Hertz Malaysia.
Kerjasama ini bukan sahaja membolehkan pelanggan kami memandu model BMW iX tetapi juga membolehkan mereka meneroka perkhidmatan sewa tambahan lain, seperti khidmat pemandu, pengangkutan ulang-alik ke lapanganterbang dan juga tempahan untuk majlis korporat dan juga acara persendirian,” ujarnya.
Untuk keterangan lanjut, layari laman web www.simedarbycarrental.com atau kunjungi cawangan Hertz Malaysia di Lembah Klang, Pulau Pinang atau Johor Bharu.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ4119
SELANGOR
BST7525
JOHOR
JE3835J
PULAU PINANG
PSF5987
PERAK
APL5165
PAHANG
CFH7539
KEDAH
KGJ1407
NEGERI SEMBILAN
NEL8749
KOTA KINABALU
SJU1544
KUCHING
QAB5753P
Terakhir Kemas Kini 19 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit
Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.
18-09-2026
17 Model Baharu Mercedes Bakal Masuk Malaysia Tahun Depan – Ini Apa yang Kita Tahu
Mercedes-Benz Malaysia merancang 17 model baharu untuk tahun 2027, dimana sebahagian besarnya adalah pemasangan tempatan di Pekan.
18-09-2026
Pemenang Xforce Buy 1 Free 1 Bawa Pulang SUV Baharu
Rezeki Terpijak: Pemenang Utama Menang Xforce.
18-09-2026
Perodua Ativa X Kini Semurah RM53k - Adakah Anda Masih Mahu Beli Myvi?
Perodua Ativa X vs Myvi H: Selisih RM1,900, Mana Satu Pilihan Lebih Berbaloi?
18-09-2026
Berapa Harga Hyundai Tucson?
SUV Hyundai Tucson Kini Lebih Murah Di Malaysia, Harga Bermula RM159k
18-09-2026
Remaja 14 Rempuh 2 Kereta, Mujur Tiada Yang Mati
Remaja 14 tahun dirakam memandu secara melulu.
17-09-2026
PDRM Guna Proton e.MAS Untuk Tugas Operasi Harian
PDRM Terima 3 Unit Proton e.MAS Untuk Penilaian Operasi Rasmi.
17-09-2026
Surat Kelulusan Projek Pelebaran Lebuhraya PLUS Adalah Palsu
Surat Palsu Projek Pelebaran Lebuh Raya Plus: PMO Buat Laporan Polis.
17-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat