ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

smart Malaysia Rai Hari Ke-100 Di Pasaran – Lebih Banyak Cawangan & Stesen Pengecas EV Menanti

Sofea Najmi

Kongsi melalui

smart-Malaysia-100Days-CustomerCentricExcellence-1.JPG


Hari ini, 29 Februari 2024, smart Malaysia (PRO-NET) meraikan 100 hari pertama kehadirannya dalam pasaran automotif tempatan, yang kebetulan jatuh pada tahun lompat! 


Sepanjang 100 hari pertama di pasaran, pelbagai acara telah dianjurkan termasuk smart Tech Insight Day, yang bertujuan untuk memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang smart #1 yang termasuk waranti yang ditawarkan, spesifikasi produk, sesi perkongsian pemilik smart #1 dan banyak lagi.


Caricarz-smart-1-TheLongMediaDrive-20.jpgCaricarz-smart-1-TheLongMediaDrive-22.jpg


Pelanggan juga boleh mendapatkan maklumat dengan mudah melalui aplikasi Hello smart yang  telah dikemaskini. Bagi meningkatkan penglibatan dan memperkukuh rangkaiannya, smart Malaysia akan memperbanyakkan lagi acara pada masa akan datang yang termasuk pandu uji. 


smart-Malaysia-TheLongMediaDrive-9.JPG


Rangkaian pengedaran smart Malaysia juga telah berkembang dengan pesat dengan penubuhan 10 cawangan pengedaran di seluruh negara termasuk cawangan pertama yang telah dibuka di Malaysia Timur. Bagi tahun ini, rangkaiannya akan diperluaskan kepada 13 cawangan. 


smart-Malaysia-TheLongMediaDrive-6.JPGsmart-Malaysia-TheLongMediaDrive-4.JPG


smart Malaysia juga merancang untuk memperluaskan rangkaian pengecasannya memandangkan permintaan terhadap kenderaan elektrik (EV) di seluruh negara kian meningkat. Setakat ini, 70% daripada data stesen pengecasan Malaysia telah diintegrasikan ke dalam aplikasi Hello smart, syarikat ini kini bersedia untuk bekerjasama dengan lebih banyak pihak berkepentingan dalam ekosistem EV untuk menawarkan akses lebih mudah kepada pengguna smart di seluruh negara. 


Seperti yang dijangkakan, varian smart #1 Brabus menjadi pilihan ramai dalam kalangan peminat  EV di Malaysia, dengan model tersebut mengumpulkan lebih daripada 60% jumlah tempahan selepas pelancarannya tahun lalu. Dijual pada harga RM249,000, varian teratas #1 Brabus dilengkapi dengan sistem dwi-motor AWD, dengan kuasa sebanyak 422 hp (315 kW) dan tork 543 Nm, membolehkan pecutan 0-100 km/j dilakukan dalam masa hanya 3.9 saat.


Baca: [PANDU UJI] Ambil Tahu 9 Perkara Ini Sebelum Beli smart #1 Brabus


smart-Malaysia-TechInsightDay-20.JPGsmart-Malaysia-TechInsightDay-19.JPGsmart-Malaysia-TechInsightDay-2.JPGsmart-Malaysia-TechInsightDay-22.JPG


Varian kedua ialah #1 Premium, yang menawarkan jarak WLTP tertinggi sejauh 440 KM yang dibekalkan oleh bateri NMC 66 kWh. Varian ini ditawarkan pada harga RM219,000. Menggunakan susunan sistem RWD yang sama dengan varian Pro, model ini boleh mencapai kuasa sebanyak 268 hp (200 kW) dan tork 343 Nm.


smart-Malaysia-TechInsightDay-11.JPGsmart-Malaysia-TechInsightDay-14.JPG


Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia, Zhang Qiang, berkata, “Kami berterima kasih atas sokongan pelanggan dan. Kami akan terus mengekalkan fokus kami untuk mengutamakan keperluan pelanggan, memastikan setiap interaksi dengan jenama kami adalah positif dan tidak dapat dilupakan.


“Inovasi dan keprihatinan terhadap pelanggan adalah asas kepada nilai teras kami,” tambah Zhang Qiang. 

smart-Malaysia-100Days-CustomerCentricExcellence-2.JPG

smart Malaysia telah menerbitkan video istimewa yang menggambarkan kehidupan seharian pakar jualannya yang sentiasa komited. Anda boleh menonton video ini di platform sosial rasmi smart Malaysia di TikTok, Instagram dan Facebook.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX9715

SELANGOR

BSU9607

JOHOR

JH2516J

PULAU PINANG

PSH3426

PERAK

APM8470

PAHANG

CFJ3803

KEDAH

KGJ7694

NEGERI SEMBILAN

NEM5578

KOTA KINABALU

SJV1342

KUCHING

QAB9761P

Terakhir Kemas Kini 11 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

24-12-2025
Global
Kereta Baru

14-11-2025
Kereta Baru

10-11-2025
Kereta Baru

28-08-2025
Berita Auto

08-08-2025
EV

09-05-2025
Berita Auto

15-02-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Najib Razak Akhirnya Jalani Tahanan Rumah Hingga 2028

Kes Najib Razak: Mahkamah Sahkan Perintah Tahanan Rumah.

10-11-2026
Berita Auto

CariCarz Automall Cabar Penawaran Harga Tukar Beli, Rekodkan Jualan 300 Kenderaan Secara Konsainan Tahun 2026

CariCarz Automall Rekod 300 Jualan Kenderaan Pada 2026 Menerusi Konsainan.

10-11-2026
Berita Auto

Budak Tersungkur Atas Jalan, Polis Cari Waris

Punca masih belum diketahui.

10-11-2026
Berita Auto

Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%

Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.

06-11-2026
Berita Auto

Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji

Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.

06-11-2026
Berita Auto

Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari

Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.

06-11-2026
Berita Auto

Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery

Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.

06-11-2026
Berita Auto

Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang

Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.

05-11-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.