SST 8% Mula Esok, Ini Yang Akan Semakin Mahal...
![]()
Bermula esok, 1 Mac 2024, kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) baharu akan mula dikuatkuasakan. Kadar tersebut meningkat kepada 8% berbanding 6% sebelum ini. Peningkatan kadar cukai ini dikatakan dapat memberikan kerajaan pendapatan tambahan sebanyak RM3 bilion.
Cukai sebanyak 8% tersebut membabitkan pelbagai jenis perniagaan kecuali perkhidmatan penting yang menjadi keperluan asas rakyat Malaysia.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menjelaskan, “Perkhidmatan yang banyak digunakan oleh rakyat seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan parkir kenderaan kekal dikenakan cukai perkhidmatan pada kadar enam peratus.
“Ini termasuklah perkhidmatan logistik yang akan dikenakan cukai perkhidmatan pada kadar enam peratus. Bagi perkhidmatan penghantaran makanan dan minuman, SST tidak akan dikenakan,” katanya.
BAGAIMANA DENGAN BIL AIR DAN ELEKTRIK?

Bil air akan terus dikecualikan daripada cukai perkhidmatan, manakala bil elektrik untuk penggunaan domestik lebih daripada 600 kWh sebulan akan dikenakan cukai sebanyak 8%. Perkara ini dijangka akan memberi kesan kepada kira-kira 15% pengguna tenaga elektrik.
Pengguna yang menggunakan tenaga elektrik melebihi kapasiti tersebut bukan sahaja terkesan daripada peningkatan kadar SST tetapi juga daripada penghapusan rebat Pelepasan Kos-Kos Tidak Seimbang (ICPT) sebanyak dua sen/kWj awal tahun ini, yang dijangka akan meningkatkan bil bulanan antara 4.2% dan 6%, atau antara RM12 dan RM32.

Ini pastinya akan memberi kesan kepada pengguna kenderaan elektrik (EV) yang mengecas kenderaan di rumah, kerana berpotensi menggunakan tenaga elektrik lebih daripada 600 kWj.
ADAKAH SST MEMBERI KESAN KEPADA SEKTOR AUTOMOTIF?
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby Bhd, Datuk Jeffri Salim Davidson berkata, pelaksanaan kadar SST baharu dijangka tidak akan memberi kesan besar kepada industri automotif tetapi terdapat kemungkinan harga kereta akan naik pada masa akan datang sekiranya harga komponen dalam pembuatan kenderaan bertambah.
"Teorinya ialah harga kereta akan naik dua peratus. Kami mempunyai faktor lain yang terlibat...justeru sukar untuk mengatakan bahawa keuntungan adalah dua peratus. Bagaimanapun, permintaan asas untuk kereta di Malaysia masih kukuh, kita akan lihat kesannya," katanya.
-full-(1)-full_normal.jpg)
Kadar cukai SST yang baharu juga dijangka akan memberi kesan kepada kos penyelenggaraan kereta memandangkan pembaikan dan penyelenggaraan tidak termasuk dalam kategori yang dikecualikan. Bagaimanapun, hanya caj upah yang dikenakan SST dan bukannya alat ganti.
BAGAIMANA PULA DENGAN INSURANS KENDERAAN?
Aspek lain yang turut terksan ialah insurans kenderaan. Ini kerana kenaikan cukai SST adalah membabitkan semua insurans dan takaful am perniagaan-ke-pengguna, kecuali insurans dan takaful perubatan.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX6224
SELANGOR
BSU9073
JOHOR
JH1375J
PULAU PINANG
PSH2836
PERAK
APM7835
PAHANG
CFJ3612
KEDAH
KGJ7437
NEGERI SEMBILAN
NEM5351
KOTA KINABALU
SJV931
KUCHING
QAB9610P
Terakhir Kemas Kini 06 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
ECRL Ke Rantau Panjang: Kerajaan Peruntuk RM200 Juta
Peruntuk RM200 Juta Sambungan ECRL Kota Bharu-Rantau Panjang.
05-11-2026
Tempah Servis BYD Guna OneGo App, Nikmati Diskaun RM50
Pemilik BYD kini boleh tempah untuk servis kereta guna OneGo.
05-11-2026
Pemenang Kempen Tonton Terima Nissan Kicks e-POWER
Pemenang Bertuah Kempen Tonton Bawa Pulang Nissan KICKS e-POWER.
05-11-2026
Jualan Proton Oktober Melonjak, Hampiri Sasaran 200k
Prestasi pada bulan Oktober pula meletakkan syarikat semakin hampir untuk mencapai jualan tahunan sebanyak 200,000 unit buat kali pertama sejak tahun 2002.
04-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge