SUV Ranggi, GWM Tank 300 Masuki Pasaran Malaysia Tak Lama Lagi?

GWM Malaysia bakal memperkenalkan SUV 4x4 saiz sederhana, Tank 300, di Malaysia tidak lama lagi!
Awal minggu ini, GWM Malaysia berkongsi di laman Facebooknya mengenai pencapaian terbaru kilang penghasilan GWM Tank 300 setelah mengeluarkan unit yang ke-300,000 di China. Apa yang menariknya adalah keterangan di bawah foto tersebut yang memberi petanda bahawa model itu bakal tiba di negara kita tidak lama lagi.
Ini sedikit sebanyak mengesahkan laporan yang pernah kami kongsikan sebelum ini mengenai rancangan GWM Malaysia untuk memperkenalkan sub-jenama dan produk GWM lain di Malaysia. Buat masa ini, syarikat tersebut sudah mempunyai sub-jenama kenderaan elektrik (EV) ORA yang menampilkan ORA Good Cat dan model akan datang, ORA 07, diikuti oleh barisan SUV Haval dan rangkaian trak pikap Cannon.
Berdasarkan hantaran media sosial yang terkini, sub-jenama Tank di bawah GWM bakal membuat kemunculan di negara kita bermula dengan model Tank 300. SUV saiz sederhana ini telah diperkenalkan buat pertama kalinya semasa acara Auto Shanghai 2023 bersama-sama dengan model lain yang bersaiz lebih besar iaitu Tank 400 dan Tank 500 yang menggunakan trenkuasa hibrid plug-in (PHEV).

Di pasaran luar negara, Tank 300 dikuasakan oleh enjin petrol turbo 4 silinder 2.0 liter, atau sistem hibrid plug-in (PHEV) Hi4-T milik GWM.
Secara mekanikalnya, Tank 300 dikuasakan oleh enjin petrol turbo 4 silinder 2.0 liter dengan kuasa 224 HP (227 PS) dan tork 397 NM. Kuasa disalurkan kepada roda melalui transmisi automatik 8 kelajuan.
Selain itu, versi PHEV turut ditawarkan dengan sistem PHEV Hi4-T yang sama seperti pada model Tank 400 dan Tank 500. Pakej trenkuasa ini menggunakan bateri 37.1 kWh yang memberikan jarak EV sehingga 105 KM (CLTC).

Dari segi reka bentuk, GWM Tank 300 diberi sentuhan ranggi seperti Suzuki Jimny.
Buat masa ini, Tank 300 dijual dalam versi pemanduan sebelah kanan (RHD) di Australia dan New Zealand. Di pasaran tersebut, model ini dilengkapi dengan rim aloi 17-inci. Sementara itu, ruang kabinnya pula sarat dengan teknologi seperti skrin infotainmen bersaiz 12.3 inci yang boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto.
Ciri penting lain adalah dua soket 12 volt, satu terletak di papan pemuka dan satu lagi di bahagian but. Selain itu, terdapat port pengecas jenis USB untuk tempat duduk barisan pertama dan kedua. Kabin juga dilaporkan dilengkapi dengan set pencahayaan ambien.


Tank 300 dipasarkan dalam versi RHD di Australia dan New Zealand.

Di dalam kabin, varian tertinggi Tank 300 diberikan upholsteri kulit Nappa dan pelbagai ciri premium lain.
Varian tertinggi Tank 300 yang ditawarkan di pasaran tersebut diberikan beberapa ciri premium yang termasuk penggunaan upholsteri kulit Nappa, pad pengecas tanpa wayar, sistem audio hi-fi 9 speaker Infinity serta set pencahayaan ambien dengan lebih banyak pilihan warna.
Selain itu, tempat duduk hadapannya boleh dilaraskan secara automatik serta hadir dengan fungsi pemanasan, pengudaraan dan urutan.
Berdasarkan spesifikasi yang ditawarkan di pasaran Australia ini, kita boleh menjangkakan spesifikasi yang sama akan turut diberikan untuk pasaran Malaysia.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS6830
SELANGOR
BSU2167
JOHOR
JF2454J
PULAU PINANG
PSG1277
PERAK
APL9041
PAHANG
CFH9183
KEDAH
KGJ3437
NEGERI SEMBILAN
NEM1780
KOTA KINABALU
SJU4217
KUCHING
QAB7048P
Terakhir Kemas Kini 01 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
F1 GP Bahrain: Laluan Arah KLIA Dijangka Sesak Bermula 2-4 Okt
Penerbangan Dari KLIA 2-4 Okt? Rancang Masa Awal Elak Terlepas
01-10-2026
Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu
Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.
30-09-2026
Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia
Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.
30-09-2026
Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok
Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.
29-09-2026
Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching
Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.
29-09-2026
EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan
PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.
29-09-2026
Bila Anthony Loke Letak Jawatan?
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri
29-09-2026
500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing
Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.
28-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat