ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

TRAGIS: Orang Awam Belasah Pemandu Sampai Mati

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Gara-gara melarikan diri selepas terlibat dalam kemalangan, seorang lelaki menemui ajal dalam keadaan yang cukup mengerikan apabila dia dipukul oleh orang awam sehingga mati.

Kejadian itu berlaku  di Taman Pelangi Semenyih 2, Kajang, semalam.

image.png

Hasil siasatan polis mendapati saksi penghuni kawasan perumahan itu mendakwa selepas kereta dipandu mangsa terbabas, dia ditarik keluar dari kereta oleh sekumpulan lelaki sebelum dipukul.

Malah, beberapa saksi mendakwa, tangan mangsa diikat sambil terbaring di tengah jalan berhampiran kenderaan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan mengesahkan kejadian itu.

"Kita masih menyiasat motif sebenar kejadian itu kerana ada yang mendakwa ia berpunca daripada satu kemalangan lain membabitkan mangsa di sebuah lokasi berhampiran.

"Mangsa dikatakan  melarikan diri dari tempat kemalangan pertama dan dikejar orang awam hingga ke Taman Pelangi Semenyih 2 sehingga kenderaannya terbabas.

"Bagaimanapun setakat ini, belum ada mana-mana pihak tampil membuat laporan polis berkenaan kemalangan pertama yang didakwa membabitkan mangsa," katanya.

Buat masa ini, pihak polis sudah menahan lima lelaki tempatan berusia antara 22 hingga 52 tahun di sekitar kawasan Semenyih serta Beranang.

Terdahulu, satu rakaman video tular berhubung insiden itu dengan mangsa didakwa melarikan diri dari tempat kejadian selepas melanggar seorang penunggang motosikal di sebuah persimpangan lampu isyarat berhampiran.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX7360

SELANGOR

BSU9305

JOHOR

JH1733J

PULAU PINANG

PSH2985

PERAK

APM7928

PAHANG

CFJ3684

KEDAH

KGJ7458

NEGERI SEMBILAN

NEM5428

KOTA KINABALU

SJV1074

KUCHING

QAB9647P

Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Berita Auto

Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%

Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.

06-11-2026
Berita Auto

Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji

Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.

06-11-2026
Berita Auto

Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari

Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.

06-11-2026
Berita Auto

Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery

Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.

06-11-2026
Berita Auto

Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang

Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.

05-11-2026
Berita Auto

Puncak Alam Pula Dinaiki Air

Tiada Kesudahan Banjir Kilat Di Selangor.

05-11-2026
Berita Auto

Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi

Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.

05-11-2026
Berita Auto

Isu Stesen LRT Sesak

LRT Semakin Sesak, Sampai Bila Perlu Berhimpit?

05-11-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.