Volvo Bakal Cipta Inovasi Baharu Lagi

Volvo cukup terkenal dengan aspek keselamatan terbaik sehingga sukar digugat jenama lain apabila ia memperkenalkan tali pinggang keselamatan tiga mata pada tahun 1959.
Volvo Car Malaysia berkata, idea tali pinggang keledar tersebut lahir dari seorang jurutera Volvo, Nils Bohlin, yang dikatakan telah menyelamatkan lebih satu juta orang serta mengurangkan serta mengelakkan kecederaan.

“Sejak itu, Volvo Cars kekal sebagai peneraju dalam keselamatan automotif, dan sentiasa merentasi sempadan untuk memperkenalkan ciri-ciri keselamatan untuk mengurangkan kes kematian,” katanya dalam satu kenyataan.
Sebaliknya, sekarang Volvo Cars melangkah lebih jauh dengan menyasarkan sifar perlanggaran.
Dalam memenuhi visi ini, Volvo Cars telah mengenal pasti tiga jurang menuju sifar menggunakan teknologi dan data mengenai tingkah laku manusia:

● Antara penyumbang utama kemalangan jalan raya ialah pemanduan laju. Jadi, Volvo Cars telah mengehadkan kelajuan maksimum keretanya kepada 180km/j.
● Isu seterusnya merupakan memandu ketika mabuk. Walaupun memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah adalah haram, ia kekal sebagai salah satu sebab utama kecederaan lalu lintas dan kematian.
● Jurang terakhir merupakan gangguan. Sekiranya seseorang pemandu terganggu sama ada oleh telefon mudah alih mereka, keletihan, atau kerana penumpang lain, tumpuan mereka tidak sepenuhnya ke arah pemanduan selamat.
Bagi menangani masalah yang dinyatakan di atas, Volvo Cars kini sedang membangunkan sistem ciri keselamatan dwikamera.
Ia merupakan satu Sistem Pemahaman Pemandu yang boleh mengesan sekiranya pemandu sedang terganggu, mengantuk, atau mabuk.
Sistem itu akan mengaktifkan perisai pelindung serta mengambil langkah keselamatan yang bersesuaian, daripada amaran visual dan boleh didengar, kepada pengurangan kelajuan dan brek untuk kenderaan sepenuhnya di tepi jalan.

Selain itu, Volvo kini turut memberi peluang kepada orang ramai untuk merasai pengalaman inovasi keselamatan Volvo yang akan menganjurkan Pengalaman Pemanduan Keselamatan Volvo sulungnya di Lapangan Terbang Sungai Besi pada 2-3 Mac ini.
Pengalaman ini terbuka kepada kedua-dua pemilik dan bukan pemilik kereta Volvo.
Slot adalah terhad. Untuk maklumat lanjut mengenai acara Volvo Safety Driving Experience, slayari https://safetydrive.volvocarmalaysia.com/.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX3397
SELANGOR
BSU8406
JOHOR
JG9260J
PULAU PINANG
PSH2250
PERAK
APM7261
PAHANG
CFJ3407
KEDAH
KGJ7135
NEGERI SEMBILAN
NEM5079
KOTA KINABALU
SJV165
KUCHING
QAB9481P
Terakhir Kemas Kini 03 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau
Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.
03-11-2026
Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang
Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.
02-11-2026
Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir
Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air
02-11-2026
Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?
Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.
02-11-2026
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Minyak Diesel Tanpa Subsidi Naik 20 Sen
Terkini: Harga Diesel Naik 20 Sen, RON95 & RON97 Turut Naik.
28-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge