ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Bermaz Auto Alliance Henti Operasi – Bagaimana Dengan Waranti Peugeot?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

CariCarz_2023_Twin-test_Peugeot-3008_Peugeot-5008_-6.jpg


Bermaz Auto Alliance Sdn Bhd (BAA) secara rasmi mengumumkan bahawa operasi perniagaannya dihentikan bermula 29 Februari 2024. Ini menandakan tamatnya kuasa anak syarikat milik Bermaz itu sebagai pengedar tunggal kereta jenama Peugeot di Malaysia. 


Firma itu mendedahkan perkara tersebut melalui satu kenyataan yang dikeluarkan semalam bahawa ia telah menghentikan kesemua operasi pengedaran, penjualan dan perkhidmatan selepas jualan untuk jenama Peugeot. Selain itu, syarikat tersebut turut berhenti menawarkan servis selepas jualan bagi jenama Citroën dan DS. 


CariCarz_2023_Twin-test_Peugeot-3008_Peugeot-5008_-98.jpg


Stellantis Malaysia kini mengambil alih BAA sebagai pengedar rasmi jenama Peugeot di Malaysia


BAA juga memaklumkan bahawa program Servis Penyelenggaraan Percuma (FSM) secara kontrak untuk pelanggan Peugeot sedia ada kini akan dikendalikan oleh Stellantis Malaysia National Sales Company (Stellantis Malaysia). Ini juga bermaksud, semua FSM yang akan datang bakal dilaksanakan oleh rangkaian yang dilantik Stellantis. 


Turut diumumkan adalah penubuhan pusat panggilan sehenti Stellantis Malaysia bagi pemilik sedia ada Peugeot, Citroën, dan DS sedia ada di Malaysia.  CariCarz.com berjaya mendapatkan senarai 15 pusat servis yang dilantik secara rasmi oleh firma tersebut seperti yang ditunjukkan di bawah:


Stellantis-Malaysia-Interim-After-Sales-Outlets_CariCarz.jpg


Buat masa ini, tidak jelas sama ada perkhidmatan selepas jualan yang sama turut dirancang untuk kenderaan Citroën dan DS yang masih dalam tempoh jaminan


Peugeot-2008-SE-6.jpgCariCarz_First-Drive_Peugeot-Landtrek-1.9D-Allure_-21.jpg

CariCarz_2023_Twin-test_Peugeot-3008_Peugeot-5008_-15.jpg


Walaupun beroperasi dalam tempoh yang agak singkat, usaha Bermaz Auto Alliance untuk mengukuhkan kehadiran jenama Peugeot di Malaysia telah membuahkan hasil. Syarikat tersebut telah melancarkan empat model iaitu  2008, 3008, 5008 dan trak pikap, Landtrek

Baca: [PANDU UJI] Peugeot Landtrek 1.9D Allure: Bagi Yang Inginkan Trak Bergaya & Berciri Premium

Baca: [PANDU UJI] Peugeot 3008 & 5008: Serupa Tapi Tidak Sama

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRE6345

SELANGOR

BSR3403

JOHOR

JYB7420

PULAU PINANG

PSD4811

PERAK

APJ5495

PAHANG

CFG9592

KEDAH

KGG7952

NEGERI SEMBILAN

NEK7954

KOTA KINABALU

SJS7895

KUCHING

QAB1344P

Terakhir Kemas Kini 01 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

29-02-2024
Berita Auto

10-01-2024
Berita Auto

02-10-2023
Berita Auto
Kereta Baru

05-07-2023
EV

04-05-2023
Pandu Uji

25-03-2023
Kereta Baru

20-03-2023

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Ubah Suai Ekstrem Pasang Android Player, Honda C70 Klasik Disita JPJ

JPJ Sita Honda C70 ‘Sarat’ Aksesori Kereta, Cukai Jalan Mati Sejak 2016.

01-07-2026
Berita Auto

Minyak Turun Minggu Ini: Semak Harga Baharu RON97, RON95 & Diesel

Harga Runcit Petrol Dan Diesel Tanpa Subsidi Turun 10 Sen Bagi Tempoh 1 Julai Hingga 8 Julai 2026.

01-07-2026
Berita Auto

LRT3 Kena Serbu: 60,000 Orang Naik LRT3

Orang ramai tidak melepaskan menaiki LRT3, semalam.

01-07-2026
Berita Auto

Neolix Dapat Kebenaran MOT Uji Kenderaan Penghantaran Swapandu Di Cyberjaya

Neolix, secara rasmi mendapat lampu hijau daripada Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk memulakan ujian jalan raya di Cyberjaya.

30-06-2026
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Cawangan Pusat 3S di Kuching

Hyundai Motor Malaysia dengan kerjasama Heng Lian Enterprise Bhd, membuka cawangan Pusat 3S Hyundai di Kuching, Sarawak baru-baru ini.

30-06-2026
Berita Auto

Proton Lantik Grand Motors Sebagai Pengedar Rasmi Proton e.MAS Di Brunei

PROTON Lantik Grand Motors Kendali Rangkaian EV Di Brunei.

29-06-2026
Berita Auto

Makin Agresif, Chery Perkukuh Pasaran Malaysia Dengan Model Ke-10, Tiggo 9

Chery Malaysia: 3 Tahun, 60 Pengedar, Dan Kilang Baharu RM2.2 Bilion Di Lembah Beringin.

29-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.