GWM Ora 07 Diperkenalkan Di Malaysia – Capai 640KM!

GWM Malaysia sebentar tadi telah mempertontonkan sedan elektrik, Ora 07. Dua varian ditawarkan iaitu 'Long Range' dan 'Performance.’
CIRI MEKANIKAL GWM ORA 07
Varian dengan jarak EV paling panjang, Long Range menggunakan satu motor elektrik terletak di bahagian hadapan (FWD) dengan kuasa 201 hp (150 kW) dan tork 340 Nm. Model ini boleh melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa 7.9 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 170 km. Kuasa dibekalkan oleh bateri jenis LFP berkapasiti 83.5 kWj, membolehkannya mencapai jarak perjalanan elektrik maksimum sejauh 640 km (NEDC)/580 km (WLTP).


Seterusnya, varian Performance, menggunakan dua motor elektrik dengan sistem pacuan semua roda (AWD), memberikan output sistem secara keseluruhannya sebanyak 402 hp (300 kW) dan tork 680 Nm. Varian lebih berprestasi ini boleh membuat pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 4.3 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi, 180 km. Walaupun menggunakan bateri dengan kapasiti yang sama seperti varian Long Range, jarak yang mampu dicapai EV ini adalah lebih rendah iaitu 550 km (NEDC)/460 km (WLTP).
Kedua-dua varian boleh dicas menggunakan pengecas AC 11 kW dan pengecas DC sehingga 88 kW.
CIRI KESELAMATAN GWM ORA 07

Dari segi keselamatan, kedua-dua varian Ora 07 didatangkan dengan ciri keselamatan pasif dan aktif penuh yang termasuk sistem keluar dan kekal lorong, pemantau titik buta, sistem evasif pintar, pengecaman tanda lalu lintas, pengehad kelajuan jelajah dan banyak lagi.
REKAAN GWM ORA 07


Dari segi dimensi, sedan elektrik ini berukuran 4,871 mm (panjang), 1,862 mm (lebar) dan 1,500 mm (tinggi). Antara ciri menyerlah pada badan ‘Porsche’ mampu milik ini ialah pemegang pintu yang terbenam dan spoiler elektrik adaptif.




Ora 07 ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Crystal Purple, Amethyst Gray dan Jade White.
KABIN GWM ORA 07





Bergerak masuk ke bahagian dalam Ora 07, terserlah aura mewah melalui penggunaan balutan kulit premium, tempat duduk ergonomik yang hadir dengan ciri urutan untuk tempat duduk barisan hadapan. Model ini menggunakan skrin infotainmen sentuh serta panel instrumen digital.

Ciri lain ialah bumbung suria gaya kubah, sistem pendingin hawa pintar. Pada konsol tengah terdapat tiga butang kawalan jenis dial dan juga satu kawalan pad.
HARGA GWM ORA 07
Harga jualan bagi GWM Ora 07 masih belum diumumkan buat masa ini. Namun besar kemungkinan, model ini akan ditawarkan di pasaran dalam lingkungan harga ynag tidak jauh berbeza daripada pesaingnya, Tesla Model 3 yang dijual bermula daripada RM 189,000 dan BYD Seal daripada RM179,800.
Tempahan GWM Ora 07 kini telah dibuka dan boleh dibuat melalui mana-mana pengedar sah GWM Malaysia di seluruh negara atau melalui laman web rasmi GWM Malaysia. Untuk tempoh terhad, pelanggan terawal yang membuat tempahan Ora 07 akan menerima faedah eksklusif dalam bentuk pakej penyelenggaraan percuma selama lima tahun, termasuk untuk alat ganti dan caj buruh.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7425
SELANGOR
BST4359
JOHOR
JD5680J
PULAU PINANG
PSF3086
PERAK
APL2341
PAHANG
CFH6187
KEDAH
KGH8563
NEGERI SEMBILAN
NEL6817
KOTA KINABALU
SJT8784
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 03 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800
JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.
02-09-2026
Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000
Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.
27-08-2026
Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja
JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.
22-08-2026
Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia
Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.
14-08-2026
48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar
MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.
10-08-2026
Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?
Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?
07-08-2026
BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia
Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.
06-08-2026
JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800
Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.
22-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat