Isu Beg Udara Takata: Audi Buat Pengumuman!

PHS Automotive Malaysia (PHSAM) telah memanggil balik 2,297 unit kenderaan Audi yang menggunakan beg udara Takata
Notis panggil balik itu melibatkan model Audi Q5, A5 Cabriolet dan A5 Sportback yang dihasilkan antara tahun 2009 dan 2012.
Panggilan semula itu turut membabitkan model Audi TT dan R8 yang dikilangkan bermula tahun 2014 hingga 2017 yang mana beg udara Takata dipasang pada bahagian pemandu.

Program ini turut membabitkan model Audi A4, A4 Cabriolet dan A6 yang dihasilkan di antara tahun 2005 dan 2011.
Setakat ini, tahap penukaran hanyalah 25% iaitu 569 unit daripada jumlah keseluruhan 2,297.
PHSAM berkata, menurut maklumat yang disediakan oleh pengeluar Takata, ada kemungkinan generator gas rosak jika beg udara diaktifkan semasa kemalangan.

“Jika bahan dorong di dalamnya menunjukkan tanda-tanda ia sudah berusia berikutan kesan keadaan sekeliling yang ekstrem.
“Jadi, serpihan-serpihan besi daripada gas generator boleh masuk ke dalam kabin dan mendatangkan kecederaan parah kepada penumpang,” katanya.
Sehubungan itu, pemilik dinasihatkan supaya memeriksa dan menggantikan beg udara itu secepat mungkin di pusat servis Audi bagi memastikan kenderaan dapat berfungsi pada standard keselamatan terbaik.
Bagaimanapun, pemasangan beg udara Takata dan model kereta, komponen bahan dorong atau modul penuh pemacu beg udara terbabit perlu diganti tanpa sebarang kos.
Sebagai tanda penghargaan, para pemilik akan menerima pemeriksaan 20 poin secara percuma.
Para pelanggan boleh boleh menyemak sama ada kereta mereka terjejas atau tidak, KLIK.
Selain itu, pemilik boleh menghubungi Audi Customer Service di talian 1-800-22-2834, emel ke info@phsautomotive.com.my atau kunjungi mana-mana Audi Centre terdekat dan dapatkan temu janji untuk pemeriksaan percuma dan penggantian jika perlu.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRW8209
SELANGOR
BSU7592
JOHOR
JG7442J
PULAU PINANG
PSH1410
PERAK
APM6459
PAHANG
CFJ3141
KEDAH
KGJ6691
NEGERI SEMBILAN
NEM4712
KOTA KINABALU
SJU9013
KUCHING
QAB9140P
Terakhir Kemas Kini 30 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Minyak Diesel Tanpa Subsidi Naik 20 Sen
Terkini: Harga Diesel Naik 20 Sen, RON95 & RON97 Turut Naik.
28-10-2026
Awas Penipuan Tiket ECRL! Beli Hanya Melalui Saluran Rasmi
Harga Tiket ECRL Sudah Pun Diumumkan, Jadi Jangan Jadi Mangsa Scammer.
28-10-2026
Aplikasi TuJu Bukan Untuk Saing Waze, Fokus Lebuh Raya Bertol
TuJu Dibangun Bukan Ganti Waze.
28-10-2026
Bila PROTON S70 RS Sport Dilancar?
Ada pihak menyifatkan Proton S70 RS Sport bakal dilancarkan Disember ini.
27-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia, Ini Kata SIC
Sepang Sedia Kertas Kerja F1: Peluang Keputusan Kini 50-50
27-10-2026
Pusat 4S Denza Balakong Dibuka: Antara Pusat Pengedar Terbesar Kini di Selangor
DENZA Balakong Rasmi Dibuka, Tawar Perkhidmatan 4S Lengkap.
26-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge