ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jangan Salah Anggap Jika Ada Guna Lorong Kecemasan

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Jangan salah anggap jika ada yang menggunakan laluan kecemasan pada musim raya nanti.

Ini kerana PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan mengaktifkan laluan Smartlane di 18 lokasi kritikal di sepanjang lebuh raya di seluruh negara.

Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad, Datuk Nik Airina Nik Jaafar berkata, ketika SmartLane diaktifkan, lorong paling kiri yang sedia ada dibuka sebagai laluan tambahan.

“Langkah itu diambil bagi mengurangkan kesesakan trafik di laluan kritikal lebuh raya. Malah, PLUS juga akan menambah papan tanda peringatan pembukaan SmartLane di lokasi SmartLane yang telah dikenal pasti,” katanya.

image.png

Untuk makluman, papan tanda peringatan akan dipamerkan satu kilometer sebelum laluan bermula Smartlane dan 200 meter sebelum Smartlane di tamatkan.

Info 18 lokasi PLUS Smartlane: 

1. KM108.0 Arah Selatan (Sg. Petani Selatan) – KM112.0 Arah Selatan (Hentian Sebelah Tikam Batu)

2. KM150.4 Arah Utara (Bukit Tambun Utara) – KM146.4 Arah Utara (Plaza Tol Juru)

3. KM155.5 Arah Selatan (Bandar Cassia – KM157.2 Arah Selatan (Hentian Sebelah Sg Bakap)

4. KM303.2 Arah Utara (Gua Tempurung) – KM297.0 Arah Utara (Gopeng)

5. KM367.3 Arah Utara (Slim River) – KM354.0 Arah Utara (Sungkai)

6. KM354.0 Arah Selatan (Sungkai) – KM356.0 Arah Selatan

7. KM439.5 Arah Utara (Kawasan Rehat & Rawat Rawang) – KM435.5 Arah Utara (Sg. Buaya)

8. KM437.1 Arah Selatan (Hentian Sebelah Rawang) – KM443.3 Arah Selatan (Persimpangan Rawang)

9. KM3.3 Arah Utara (Setia Alam) – KM9.0 Arah Utara (Shah Alam)

10. KM11.2 Arah Utara (Susur Keluar Petron, NKVE) – KM13.3 Arah Utara (Subang)

11. KM280.0 Arah Selatan (Nilai) – KM276.0 Arah Selatan (R&R Seremban)

12. KM6.1 Arah Utara (OBR USJ) – KM8.1 Arah Utara (Seafield)

13. KM260.0 Arah Utara (P. Dickson) -KM263.1 Arah Utara (Seremban)

14. KM194.5 Arah Selatan (Air Keroh) – KM184.0 Arah Selatan (Hentian Sebelah Kg. Bemban)

15. KM27.0 Arah Selatan (Kulai) – KM19.0 Arah Selatan (Senai)

16. KM19.0 Arah Utara (Senai) – KM27.0 Arah Utara (Kulai)

17. KM4.5 Arah Selatan (Dato Onn) – KM1.9 Arah Selatan (Pasir Gudang)

18. KM0.4 Arah Utara (Pandan) – KM6.0 Arah Utara (Kempas)

Ingat, pengguna lebuh raya dilarang sama sekali untuk memandu di lorong kecemasan di lokasi-lokasi lain jika  tiada laluan SmartLane diaktifkan.



Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRC9142

SELANGOR

BSQ9127

JOHOR

JYB375

PULAU PINANG

PSD1837

PERAK

APJ3044

PAHANG

CFG8104

KEDAH

KGG5684

NEGERI SEMBILAN

NEK6829

KOTA KINABALU

SJS4605

KUCHING

QAB221P

Terakhir Kemas Kini 22 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

11-02-2026
Berita Auto
Berita Auto

25-11-2025
Berita Auto

06-11-2025
Berita Auto
Berita Auto

09-09-2025
Berita Auto

28-07-2025

Berita Terkini

Berita Auto

JPJ Pertama Buka 7 Hari Seminggu, Buka Sampai 10 Malam di Bandar Tasik Selatan!

JPJ Cawangan Bandar Tasik Selatan (BTS) melakar sejarah apabila menjadi cawangan pertama di negara ini yang beroperasi setiap hari, tujuh hari seminggu.

22-06-2026
Berita Auto

PM Rasmikan Operasi LRT3 Ahad Ini

Operasi Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang menghubungkan Shah Alam, Selangor dan kawasan sekiranya akan bermula Isnin depan.

22-06-2026
Berita Auto

Leapmotor Jual 1.5 Juta Kenderaan Secara Global

Leapmotor mengumumkan bahawa pihaknya sudah menyerah 1.5 juta kenderaan di seluruh dunia.

22-06-2026
Berita Auto

Berita Baik! Harga Diesel Turun RM2.10 Mulai Julai

Diesel Turun RM2.10: Hanya Untuk Pemegang MyKad Mulai Julai.

22-06-2026
Berita Auto

Lesen Operasi Dilanjutkan Hingga 2028: inDrive Malaysia Catat Pertumbuhan Luar Biasa

inDrive meraikan pencapaian rakan pemandu berprestasi tinggi menerusi Platinum Driver League 2026, baru-baru ini.

19-06-2026
Berita Auto

CIMB Perkenal Program 'First Car Solution', Bank Pertama Tawar Cukai Jalan Percuma 2 Tahun

Bantu Golongan Muda Miliki Kereta, CIMB Perkenalkan Program 'First Car Solution'.

19-06-2026
Berita Auto

Kantoi Pasang 'Sunshade'? Ini Jawapan Menteri Pengangkutan Yang Anda Wajib Tahu

Pasang 'Sunshade' Satu Kesalahan? Ini Penjelasan Rasmi Menteri Pengangkutan.

19-06-2026
Berita Auto

Kempunan Nak 'Show Off': Kereta Pengantin BMW Mewah Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ

Kereta Pengantin BMW Milik Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ.

19-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.