Kilang Goodyear Shah Alam Bakal Ditutup Tahun Ini, Setelah 52 Tahun Beroperasi

Kilang Goodyear Shah Alam (Foto: REUTERS)
Kilang Goodyear Tire & Rubber Company Shah Alam yang telah beroperasi sejak tahun 1972 bakal ditutup sepenuhnya pada hujung tahun ini. Penutupan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif “Goodyear Forward” yang menyasarkan untuk mengurangkan kos tahunan sebanyak $1.0 bilion menjelang tahun 2025.

Kilang Goodyear Malaysia adalah antara yang terawal dibangunkan di kawasan perindustrian Shah Alam, kini bakal ditutup (Foto: FB Sahabat Shah Alam)
Keputusan untuk menutup kilang pengeluaran ini merupakan satu langkah strategik untuk mencapai transformasi besar di bawah pelan “Goodyear Forward.” Penutupan yang akan dimulakan pada 30 Jun 2024 itu akan memberi kesan kepada 550 pekerja. Selain itu, masa depan 180 cawangan Goodyear AutoCare di seluruh negara juga masih tidak jelas.


Rancangan lain di bawah inisiatif “Goodyear Forward” juga adalah termasuk pemisahan daripada jenama Dunlop.
Berikut adalah kenyataan rasmi daripada Presiden Goodyear Asia Pasifik, Nathaniel Madarang mengenai perkara ini:

Presiden Goodyear Asia Pasifik, Nathaniel Madarang (Foto: PR Newswire)
Seperti yang anda sedia maklum, Goodyear Forward merupakan program transformasi yang diwujudkan untuk mengoptimumkan jejak dan portfolio kami, memberikan peningkatan margin yang ketara, dan mencipta nilai untuk pemegang saham.
Program ini merangkumi tindakan-tindakan tertentu untuk mencapai pengurangan kos tahunan sebanyak $1.0 bilion menjelang tahun 2025, memastikan kami kekal kompetitif dan menjadi pemimpin industri.
Sebagai sebahagian daripada usaha ini, Goodyear telah membuat keputusan yang sukar iaitu untuk menutup kilang pengeluaran kami di Shah Alam, Malaysia, berkuatkuasa pada 30 Jun 2024, dengan jangkaan penutupan sepenuhnya menjelang penghujung tahun ini.
Seperti mana-mana penutupan kilang lain, akan memberi kesan kepada pekerja, dan dalam kes ini, lebih kurang 550 jawatan dalam operasi kami di Malaysia akan terjejas. Kami berjanji untuk menghormati dan bersikap telus terhadap semua kakitangan sepanjang proses ini.
Ini bukanlah satu keputusan yang mudah, kami terpaksa mengambil langkah ini demi kepentingan jangka panjang perniagaan dan pelanggan kami. Terima kasih atas tumpuan berterusan anda untuk memberikan hasil yang terbaik dan atas segala usaha untuk menjadikan Goodyear berjaya.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG4580
SELANGOR
BSR6583
JOHOR
JA4265J
PULAU PINANG
PSD8569
PERAK
APJ9132
PAHANG
CFH1861
KEDAH
KGH1367
NEGERI SEMBILAN
NEK9508
KOTA KINABALU
SJT1298
KUCHING
QAB2155P
Terakhir Kemas Kini 18 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
"Penutupan Kilang Goodyear Satu Kejutan Tak Disangka." – Rafidah Aziz
penutupan kilang Goodyear mengejutkan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz.
08-03-2024
Nak Beli Tapak Kilang Goodyear, Tarikh Akhir 28 Ogos Ini
Ada sebabnya, kilang Goodyear terpaksa ditutup baru-baru ini.
31-07-2024
Nasib Pekerja Goodyear Terbela?
Goodyear jamin beri lebih pampasan daripada yang ditetapkan.
09-03-2024
Jom Tukar Tayar Raya Dengan Goodyear & Dapat Payung Percuma!
Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, Goodyear Malaysia telah melancarkan kempen Raya Bergaya Bersama Goodyear.
11-04-2023
Goodyear Akui Tayar Baharunya Mampu Jimatkan Bahan Api
The Goodyear Tire & Rubber Company mempersembahkan satu demonstrasi yang menunjukkan tayar yang menggunakan 90 peratus bahan mampan mampu menjimatkan petrol dan mengurangkan kesan karbon.
05-01-2023
Goodyear Malaysia Lancar Kempen 'A Gifting New Year,' Beli Tayar Sekarang Untuk Terima Ganjaran!
Goodyear Malaysia telah melancarkan kempen ‘A Gifting New Year’ dengan memberikan ganjaran kepada para pelanggan.
21-12-2022
"Penutupan Kilang Goodyear Satu Kejutan Tak Disangka." – Rafidah Aziz
penutupan kilang Goodyear mengejutkan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz.
08-03-2024
Berita Terkini
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh
Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026
17-07-2026
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris
Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.
17-07-2026
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan
Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.
17-07-2026
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam
Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.
16-07-2026
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya
Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.
16-07-2026
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel
Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.
16-07-2026
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal
Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand
15-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat