- Berita
- Berita Auto
- Kolaborasi Gentari & Solarvest: Lebih 300 Stesen Petronas Guna Panel Solar, Siap 2027 Ini
Kolaborasi Gentari & Solarvest: Lebih 300 Stesen Petronas Guna Panel Solar, Siap 2027 Ini
-full_normal.webp)
Gentari Renewables telah melantik Solarvest Energy untuk memasang panel solar di lebih daripada 300 stesen Petronas di seluruh negara.
Kerjasama ini merupakan satu langkah penting yang menunjukkan komitmen negara dalam peralihan ke arah tenaga bersih, selain mengiktiraf peranan Solarvest sebagai peneraju usaha ini.
-full.webp)
Projek yang dijadualkan akan bermula pada April 2024 ini melibatkan pemasangan panel solar dengan kapasiti lebih daripada 5.4 megawatt puncak (MWp) di stesen-stesen Petronas di seluruh negara. Projek ini dijangka dapat diselesaikan pada tahun 2027 dan akan mengurangkan kira-kira 5,035 tan emisi karbon dioksida dari stesen-stesen minyak setiap tahun.
Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Kumpulan Solarvest, Davis Chong berkata, operasi minyak dan gas bertanggungjawab mengeluarkan kira-kira 15% jumlah pelepasan berkaitan tenaga di seluruh dunia, bersamaan dengan 5.1 bilion tan pelepasan gas rumah hijau.
-full.webp)
"Projek ini menunjukkan potensi tenaga solar untuk menyahkarbon operasi perniagaan bahan api runcit.
"Perniagaan di Asia Tenggara sedang giat mencari penyelesaian untuk mengemudi peralihan tenaga. Dengan mengguna pakai penyelesaian tenaga boleh baharu seperti sistem fotovoltaik solar, perniagaan mengambil langkah padu bagi memacu kelestarian dan mengurangkan impak alam sekitar," katanya.
-full-full_normal.webp)
Solarvest tidak asing lagi dalam jalinan kerjasama dengan perniagaan dalam bidang automotif. Pada tahun lepas, anak syarikatnya, Powerbee, telah memeterai perjanjian dengan Lee Motors Auto Care, wakil jenama BMW.
Berdasarkan perjanjian ini, Powerbee akan menyediakan penyelesaian tenaga solar percuma kepada pembeli kenderaan elektrik (EV) BMW baharu untuk meningkatkan pengalaman pemilikan EV mewah mereka sambil memajukan kelestarian alam sekitar.
-full_normal.webp)
Solarvest Holdings Berhad turut menyatakan hasrat untuk menukar kenderaan korporatnya kepada EV, menjadi contoh kepada organisasi lain agar melaksanakan penyelesaian tenaga bersih dalam segenap aspek.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX4065
SELANGOR
BSU8520
JOHOR
JG9543J
PULAU PINANG
PSH2428
PERAK
APM7417
PAHANG
CFJ3475
KEDAH
KGJ7239
NEGERI SEMBILAN
NEM5167
KOTA KINABALU
SJV386
KUCHING
QAB9503P
Terakhir Kemas Kini 04 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
PROTON Sumbang EV e.MAS 7 Kepada UPSI Mantapkan TVET
Proton e.MAS 7 Jadi Medan Latihan EV Mahasiswa TVET UPSI.
03-11-2026
Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau
Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.
03-11-2026
Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang
Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.
02-11-2026
Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir
Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air
02-11-2026
Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?
Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.
02-11-2026
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge