ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Nissan Bakal Perkenal 30 Model Baharu Menjelang 2026!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

preview-928x522-1.jpg


Ketua Pegawai Eksekutif Nissan, Makoto Uchida 


Nissan bakal melancarkan 30 model baharu menjelang 2026, dengan 16 daripadanya ialah kenderaan elektrik (EV) dan 14 lagi ialah kenderaan enjin pembakaran (ICE). 


Selain itu, syarikat tersebut menyasarkan untuk menghasilkan EV yang dapat dijual pada harga yang seiring dengan model ICE menjelang tahun 2030. Syarikat automotif tersebut turut mengumumkan matlamat untuk menjual 1 juta unit lebih banyak kenderaan  di seluruh dunia dalam tempoh tiga tahun. 


Bagi mencapai matlamat tersebut, Nissan akan cuba mengurangkan kos pengeluaran EV akan datang sehingga  30% agar dapat bersaing dengan pengeluar automotif China yang kini sedang berkembang pesat. 


EV-NISSAN.png


Nissan sasar keluarkan 16 model EV dan 14 model ICE 


Ketua Pegawai Eksekutif Nissan, Makoto Uchida berkata, syarikatnya berdepan dengan beberapa cabaran di pasaran China termasuk isu jumlah jualan di negara tersebut walaupun menetapkan sasaran untuk meningkatkan prestasi jualannya di peringkat global. Isu tersebut cuba diselesaikan melalui kerjasama dengan syarikat lain dan menggunakan pendekatan pengeluaran yang lebih baik. 


New-Nissan-LEAF_The-Colour-Choice-full-full_normal-full.jpg


”Melalui kerjasama dengan rakan kongsi (di China), kami akan terus mengoptimumkan tahap pengeluaran dan menghasilkan produk yang membolehkan kami berkembang dalam pasaran,” jelasnya. 


BAGAIMANA NISSAN CUBA KURANGKAN KOS PENGELUARAN EV?


Bagi mengurangkan kos pengeluaran, pendekatan yang akan digunakan adalah pembangunan bersama-sama (grouped) dalam kelompok yang disebut sebagai "keluarga."


thumb_2023MY-Nissan-Leaf-EV_ETCM-full-full_normal.jpg


Nissan Leaf facelift 2023, model CBU ini dari Jepun ini dilancarkan di pasaran Malaysia pada Mac 2023 dengan harga jualan RM168,888


Ini bermakna bahawa pelbagai model kenderaan akan dikembangkan secara serentak membolehkan penggunaan komponen yang sama dalam pelbagai model, membantu mengurangkan kos pembangunan dan pengeluaran secara keseluruhan. Pendekatan sama telah digunakan oleh syarikat seperti Renault Group, Stellantis dan Volkswagen Group. 


PEMBANGUNAN BATERI BAHARU


Nissan juga sedang membangunkan bateri lithium nikel mangan kobalt (NCM) yang telah diperbaharui dengan kelajuan cas 50% lebih tinggi dan ketumpatan tenaga 50% lebih baik berbanding dengan yang digunakan dalam model Ariya. Selain itu, bateri lithium ferum fosfat (LFP) juga sedang dikembangkan untuk mengurangkan kos sebanyak 30%.




SUV hibrid elektrik, Nissan Ariya yang dikesan di Malaysia tahun lalu 


Dalam masa yang sama, jurutera Nissan sedang berusaha untuk menghasilkan teknologi bateri terbaru, bateri pepejal, yang dirancang untuk dilancarkan pada tahun 2028 atau 2029.


Sumber: AutoCar


thumb-NISSAN-EV-2026.png

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT6672

SELANGOR

BSU3751

JOHOR

JF6008J

PULAU PINANG

PSG3768

PERAK

APM1938

PAHANG

CFJ624

KEDAH

KGJ4442

NEGERI SEMBILAN

NEM2580

KOTA KINABALU

SJU5242

KUCHING

QAB7460P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

27-01-2026
EV

23-12-2025
EV

13-10-2025
EV

15-01-2024
EV

19-12-2023
EV

04-12-2023
EV

27-07-2023
EV

06-04-2023

Berita Terkini

EV

EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan

Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.

12-10-2026
EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026
EV

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.

14-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.