Pembeli Kena TIPU? Kerajaan Kaji Balik LEMON LAW

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bakal melaksanakan kajian kebolehlaksanaan Lemon Law bagi memperkasakan hak pengguna untuk menuntut tebus rugi.
Ini bermaknam dengan adanya perundangan tersebut, ia akan memberi kuasa kepada pengguna untuk menuntut kerugian sekiranya kenderaan baharu yang dibeli rosak atau tidak mematuhi piawaian kualiti.
Bercakap mengenai perkara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, sebaik kajian tersebut selesai satu keputusan dasar di peringkat kementeriannya akan dibuat.
“Apabila kajian selesai, keputusan dasar akan dibuat di peringkat Kementerian sebelum rangka kerja undang-undang dijalankan,” katanya dalam jawapan bertulis.
Beliau berkata ketika diminta menjawab soalan yang telah diajukan oleh Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Dr Wee Ka Siong mengenai tindakan kerajaan dalam pertimbangan Lemon Law ke industri automotif.
Isu Lemon Law mula diperkatakan apabila seorang pembeli Perodua Bezza panik kereta yang baru dibeli rosak dan satu lagi kes yang membabitkan model Honda.

Bagi yang tidak tahu Lemon Law adalah undang-undang yang melindungi produk pengguna yang mempunyai jangka hayat melebihi enam bulan seperti kenderaan, bagi menangani isu kerosakan sedia ada serta kemungkinan berlakunya kemalangan dan menanggung kerugian akibat daripada kerosakan tersebut.
Ini bermakna, pengguna mempunyai pilihan untuk meminta pembaikan atau penggantian, dan jika itu tidak mungkin, minta pengurangan harga, atau bahkan bayaran balik.
Apa yang menyedihkan, undang-undang ini belum ada di Malaysia.
Sebaliknya, Singapura, Filipina merupakan antara negara di Asia Tenggara yang menerima pakai Lemon Law ini, selain daripada negara besar seperti Amerika Syarikat, China dan Korea Selatan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX4065
SELANGOR
BSU8520
JOHOR
JG9543J
PULAU PINANG
PSH2428
PERAK
APM7417
PAHANG
CFJ3475
KEDAH
KGJ7239
NEGERI SEMBILAN
NEM5167
KOTA KINABALU
SJV386
KUCHING
QAB9503P
Terakhir Kemas Kini 04 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
PROTON Sumbang EV e.MAS 7 Kepada UPSI Mantapkan TVET
Proton e.MAS 7 Jadi Medan Latihan EV Mahasiswa TVET UPSI.
03-11-2026
Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau
Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.
03-11-2026
Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang
Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.
02-11-2026
Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir
Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air
02-11-2026
Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?
Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.
02-11-2026
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge