"Penutupan Kilang Goodyear Satu Kejutan Tak Disangka." – Rafidah Aziz


Kilang Goodyear dilaporkan akan menutup operasinya bermula 30 Jun 2024.
Semalam, hangat berita tentang penutupan kilang Goodyear yang telah beroperasi lebih lima dekad di kawasan perindustrian Shah Alam. Perkara ini bukan sahaja mengejutkan ramai rakyat Malaysia, tetapi juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz.

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz.
Menurut Rafidah, berita penutupan kilang itu cukup mengejutkan dan menggesa kerajaan untuk melakukan sesuatu bagi menangani perkara tersebut.
"Ini adalah satu kejutan yang tidak dijangka apabila membaca mengenai Goodyear, sebuah entiti lama dalam sektor perindustrian, memutuskan untuk menutup operasinya di Malaysia.
"Ia mesti membuatkan kita bermuhasabah untuk memahami sebabnya. Kerajaan mesti segera bertindak balas terhadap perkembangan sedemikian.

Kilang Goodyear Malaysia adalah antara yang terawal dibangunkan di kawasan perindustrian Shah Alam, kini bakal ditutup (Foto: FB Sahabat Shah Alam)
"Di sebalik gembar-gembur mengenai berbilion pelaburan, jangkaan, yang diperkatakan dan dibincangkan, adalah sangat penting bahawa entiti perindustrian dan perniagaan, yang sudah ada di sini, tidak menutup kedai... dan pindah ke negara lain," katanya dalam hantaran di Facebooknya.
Langkah penutupan kilang Goodyear di Shah Alam bakal memberi kesan terhadap lebih kurang 550 kakitangan. Presiden Goodyear bagi Asia Pasifik, Nathaniel Madarang, menjelaskan bahawa tindakan ini sejajar dengan program transformasi kumpulan, “Goodyear Forward,” yang bertujuan untuk mengoptimumkan portfolio dan kehadiran global syarikat itu.

Presiden Goodyear Asia Pasifik, Nathaniel Madarang (Foto: PR Newswire)
Rafidah juga menekankan bahawa Malaysia tidak sepatutnya bergantung sepenuhnya kepada memorandum persefahaman (MoU) semata-mata sebagai penunjuk tahap pelaburan dalam negara.
"Kita perlu memastikan bahawa sebenarnya terdapat perjanjian yang serius, yang memerlukan butiran seperti lokasi projek, struktur tenaga kerja, mengenai produk sama ada ia berorientasikan eksport atau untuk pasaran domestik, jangkaan jualan dan sebarang usaha sama dengan penduduk tempatan.

Kilang Goodyear Shah Alam (Foto: REUTERS)
"Barulah mana-mana perjanjian boleh diterima dan ditandatangani, terutamanya apabila Perdana Menteri atau menteri menjadi saksi," katanya.
Selain itu, Rafidah turut menggesa kerajaan untuk mengumpulkan data terperinci mengenai jumlah syarikat yang telah menutup operasi atau berpindah ke negara lain serta alasan di sebalik keputusan itu.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN6694
SELANGOR
BST4219
JOHOR
JD5319J
PULAU PINANG
PSF2926
PERAK
APL2162
PAHANG
CFH6117
KEDAH
KGH8429
NEGERI SEMBILAN
NEL6739
KOTA KINABALU
SJT8721
KUCHING
QAB5081P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ
Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.
28-08-2026
Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT
Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.
28-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat