Tank 400 Hi4-T 2024 Dilancarkan Di China, Lebih Jimat Minyak
-full_normal.jpg)
GWM telah melancarkan secara rasmi jentera SUV, Tank 400 Hi4-T 2024, kali ini dengan enjin kitaran Miller dan sistem kenderaan-mesin pintar seperti yang terdapat pada Tank 500 Hi4-T.
ENJIN YANG LEBIH CEKAP
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)
Penaiktarafan sistem mekanikal kali ini dibuat bagi menggantikan enjin E20NA yang digunakan sebelum ini. Menggunakan sistem kitaran Miller, tahap kecekapan bahan api Tank 499 menjadi lebih baik iaitu 8.8 liter/100 km berbanding 9.52 liter/100 km. Namun, kuasa maksimum enjin yang mampu dicapai kenderaan masih sama iaitu 185 kW dan tork 380 Nm.
Enjin E20NB yang digunakan pada Tank 400 2024 ini dipadankan dengan sistem transmisi automatik 9 kelajuan. Motor elektrik tunggal yang dipasang di hadapan menghasilkan 120 kW dan 400 Nm. Gabungan kuasa yang dihasilkan melalui sistem hibrid ialah 300 kW dan 750 Nm.
REKAAN & KELENGKAPAN
-full_normal.jpg)
Tank 400 Hi4-T 2024 kekal ditawarkan dalam dua versi iaitu versi bandar dan off-road. Versi off-road hadir dengan sistem pacuan empat roda ESOF BorgWarner untuk prestasi off-road yang lebih baik dengan sudut sua (approach angle) 33 darjah dan sudut lepas (departure angle) 30 darjah dengan jarak kelegaan tanah 224 mm dan kedalaman merentasi air (wading depth) 800 mm.
-full_normal.jpg)
Bergerak ke bahagian dalam kereta, terdapat skrin instrumen bersaiz 12.3 inci, papar pandu (HUD) dan skrin infotainmen 16.2 inci dengan interface baharu yang kini menyokong Huawei HiCar dan sambungan ICCOA serta DLNA.
-full_normal.jpg)
Ciri baharu lain adalah fungsi pemasaan lampu isyarat, off-road HUD dan pelbagai peningkatan navigasi. Model ini turut diberikan fungsi pengecaman suara empat nada.
HARGA
Di China, Tank 400 Hi4-T 2024 versi bandar ditawarkan pada harga 285,800 yuan (~RM187,000) dan versi off-road pada harga 289,800 yuan (~RM190,000). Buat masa ini, GWM masih belum membuat sebarang perancangan untuk memperkenalkan versi pemanduan sebelah kanan (RHD) bagi pasaran Malaysia, tetapi, kita boleh menjangkakan kehadiran model lebih mampu milik, Tank 300 yang telah dipertontonkan sebelum ini, dengan pelancaran yang dijangka pada suku ketiga (Q3) tahun ini.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQY6784
SELANGOR
BSQ2715
JOHOR
JYX1267
PULAU PINANG
PSC4364
PERAK
APH5870
PAHANG
CFG5628
KEDAH
KGG1437
NEGERI SEMBILAN
NEK4596
KOTA KINABALU
SJR9999*
KUCHING
QAB8043N
Terakhir Kemas Kini 23 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?
iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.
27-04-2026
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah
Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.
27-04-2026
Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat
Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.
20-04-2026
Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia
Strategi global PROTON: Trinidad dan Tobago jadi pasaran eksport kedua X50 selepas Brunei.
20-04-2026
Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz
Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.
27-03-2026
Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM
Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.
02-03-2026
Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap
Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.
27-02-2026
Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026
Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.
27-02-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat