Tempahan GWM Ora 07 Kini Dibuka – Faedah Tambahan Untuk Tempahan Terawal!

Tempahan EV GWM Ora 07 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi kini dibuka! Promosi istimewa untuk pembeli terawal turut ditawarkan.
Menjelang pelancaran model terbaru daripada GWM, sedan elektrik, Ora 07 dalam masa beberapa hari sahaja lagi, GWM Malaysia telah membuka tempahannya lebih awal, bermula hari ini. Bagi pasaran Malaysia, dua varian ditawarkan iaitu 'Long Range' dan 'Performance.’

Varian yang ditawarkan di pasaran Malaysia ialah RWD 'Long Range' dan AWD ‘Performance’
VARIAN ‘LONG RANGE’ GWM ORA 07: JARAK EV CECAH 600 KM
Varian pertama yang ditawarkan ialah Long Range yang menggunakan satu motor elektrik terletak di bahagian hadapan (FWD) dengan kuasa 201 hp (150 kW) dan tork 340 Nm.



Kuasa dibekalkan oleh bateri jenis LFP berkapasiti 83.5 kWj, membolehkan Ora 07 Long Range mencapai jarak perjalanan elektrik maksimum sejauh 600 km (WLTP).
VARIAN ‘PERFORMANCE’ GWM ORA 07: PECUTAN ABAD SEPANTAS 4.3 SAAT
Seterusnya, varian Performance, menggunakan dua motor elektrik bersama sistem pacuan semua roda (AWD), memberikan output sistem secara keseluruhannya sebanyak 402 hp (300 kW) dan tork 680 Nm. Varian lebih berprestasi ini boleh melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa sepantas 4.3 saat.


Tempahan sedan Ora 07 kini boleh dibuat di mana-mana cawangan pengedar GWM di seluruh Malaysia atau melalui laman web rasmi GWM Malaysia.
Walaupun menggunakan bateri dengan kapasiti yang sama seperti varian Long Range, jarak EV ini adalah lebih rendah iaitu 495 km (WLTP).
CIRI KESELAMATAN GWM ORA 07
Dari segi keselamatan, kedua-dua varian Ora 07 didatangkan dengan ciri keselamatan pasif dan aktif penuh yang termasuk sistem keluar dan kekal lorong, pemantau titik buta, sistem evasif pintar, pengecaman tanda lalu lintas, pengehad kelajuan jelajah dan banyak lagi.
WARNA GWM ORA 07
Ora 07 ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Crystal Purple, Amethyst Gray dan Jade White, Ora 07.
HARGA GWM ORA 07


Buat masa ini, GWM Malaysia masih belum mendedahkan harga Ora 07, tetapi dijangkakan harga jualannya hampir sama dengan dua pesaingnya iaitu Tesla Model 3 dan BYD Seal. Model 3 dijual bermula daripada harga RM 189,000, BYD Seal pula bermula daripada RM179,800.
Tempahan GWM Ora 07 boleh dibuat melalui mana-mana pengedar sah GWM Malaysia di seluruh negara atau melalui laman web rasmi GWM Malaysia. Untuk tempoh terhad, pelanggan terawal yang membuat tempahan Ora 07 akan menerima faedah eksklusif dalam bentuk pakej penyelenggaraan percuma selama lima tahun, termasuk alat ganti dan upah.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN9309
SELANGOR
BST4692
JOHOR
JD6431J
PULAU PINANG
PSF3439
PERAK
APL2659
PAHANG
CFH6327
KEDAH
KGH8760
NEGERI SEMBILAN
NEL7039
KOTA KINABALU
SJT9124
KUCHING
QAB5213P
Terakhir Kemas Kini 05 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800
JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.
02-09-2026
Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000
Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.
27-08-2026
Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja
JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.
22-08-2026
Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia
Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.
14-08-2026
48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar
MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.
10-08-2026
Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?
Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?
07-08-2026
BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia
Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.
06-08-2026
JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800
Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.
22-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat