Auto China 2024: Tiggo 4 PRO Bakal Saing Dengan Ativa, WR-V

Sempena lawatan wakil CariCarz.com, Mukhlis Azman ke Pameran Chery Eco di Wuhu China, kami mendapat tahu bahawa Chery Malaysia akan membawa masuk Tiggo 4 Pro ke pasaran kita pada hujung tahun ini.

Sebelum ini, Chery Malaysia ada mendedahkan barisan model yang di bawa masuk ke Malaysia, namun semuanya sudah dilancarkan, cuma tinggal Tiggo 4 sahaja yang belum dilancarkan lagi.

Di China, ia ditawarkan dalam dua pilihan enjin namun Malaysia akan menerima enjin 1.5L turbo yang mana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 145 hp serta 210 Nm menggunakan transmisi CVT.

Dikhabarkan, kemasukannya bakal menggegarkan pesaing terdekatnya seperti Perodua dan Honda.
Ini kerana Tiggo 4 dikatakan akan bersaing dengan Perodua Ativa dan Honda WR-V.


Dari segi saiznya, CariCarz.com percaya ia lebih setanding dengan SUV segmen ‘B-plus’ seperti Proton X50 dan HR-V Honda.
Menurut Chery, Tiggo 4 berpotensi menjadi penjual volum besar bagi jenama tersebut.


Maka, perancangan rapi perlu dilakukan sebelum pelancarannya pada penghujung tahun nanti.
Dari segi dimensi, Tiggo 4 adalah sepanjang 4,318 mm panjang, selebar 1,831 mm lebar dan setinggi 1,665 mm.
Sementara itu, jarak rodanya ialah 2,610 mm yang mana jarak itu adalah sama sama dengan Honda HR-V.

Mengikut saiz, Tiggo 4 dikatakan lebih luas berbanding SUV segmen B seperti Ativa dan WR-V.
Melihat luarannya, Tiggo 4 Pro sebenarnya sama sahaja dengan abang-abangnya seperti Tiggo 7 Pro dan Tiggo 8 Pro.
Ia berikutan gril hadapan agak besar dengan corak berlian Chery, terdapat lampu hadapan jenis LED dan bentuknya berkotak.
Kabin Tiggo 4 Pro pula cukup lengkap dengan pelbagai ciri teknologi terkini.
Antaranya, terdapat paparan infotainment terapung yangbersambungan dengan Apple CarPlay dan Android Auto.
Terdapat juga, instrumen digital, sistem video 360 darjah, bumbung matahari bermotor.

Walaupun kami tidak mengetahui spesifikasi tepat untuk Tiggo 4 Pro yang akan dibawa masuk ke Malaysia, namun kami boleh menjangkakan semua ciri yang disebutkan tadi akan dipasang pada jentera ini.
Jika Ativa berharga sekitar RM75,000 manakala WR-V bermula dari RM89,900, agak-agak berapa pula harga Tiggo 4 Pro?
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge