Bawa Masuk Rim Kereta Berkualiti Dari Thailand

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis berjaya mematahkan cubaan menyeludup 2,626 rim kereta bernilai RM636,235 di Padang Besar, Perlis pada Mac lalu.
Rim kereta pelbagai saiz dari 15 inci (0.381 meter) hingga 19 inci (0.48 meter) itu ditemui dalam dua lori kontena yang menggunakan nombor pendaftaran Thailand.
Perkara itu disahkan Pengarah Kastam Negeri Perlis, Ismail Hashim.

Dokumen import Borang Kastam (K1) diserahkan kedua-dua pemandu lori kontena terbabit mendapati sejumlah besar rim buatan Jepun berkualiti tinggi itu bersaiz 15 inci didapati secara sengaja tidak diikrarkan dalam dokumen berkenaan.
Modus operandi dilakukan suspek dalam kes itu adalah membuat pengikraran tidak benar dan mengelirukan dalam Borang K1 (import).
"Mereka hanya mengikrarkan sebahagian barangan dibawa saja, namun terdapat sebilangan besar lagi barangan dibawa didapati sengaja tidak diikrarkan selepas imbasan berat dilakukan terhadap kontena itu didapati melebihi apa diikrarkan.
"Ini dilakukan untuk mengelak dikenakan duti dan cukai tinggi oleh kastam," katanya.
Rim berkualiti itu mahu dibawa ke Kuala Lumpur untuk dipasarkan di kedai aksesori kenderaan dengan harga jualan dipercayai RM2,000 bagi setiap satu set merangkumi empat tayar.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 133(1)(e) Akta Kastam 1967 dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak lebih tujuh tahun atau kedua-duanya.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM1185
SELANGOR
BST1065
JOHOR
JC7982J
PULAU PINANG
PSE9055
PERAK
APK8274
PAHANG
CFH5068
KEDAH
KGH6449
NEGERI SEMBILAN
NEL5204
KOTA KINABALU
SJT6328
KUCHING
QAB4328P
Terakhir Kemas Kini 22 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Ubah Suai Cari Maut: Jangan Pertaruhkan Nyawa Demi Kelajuan Palsu
Ubah Suai Motor RM15k Hanyalah 'Tiket Sekali Jalan' Menemui Tuhan.
21-08-2026
Dua Nyawa Melayang: Penunggang Basikal Wajib Extra Hati-Hati di Jalan Raya
Geng basikal dinasihatkan berhati-hati mengayuh basikal di jalan besar.
21-08-2026
Siapa Sebenarnya Boleh Langgar Lampu Isyarat Merah?
Boleh Ke Kereta Biasa Langgar Lampu Merah Untuk Beri Laluan? Ini Jawapannya.
21-08-2026
China Hubungi MITI Nak Uji Kereta Terbang Di Malaysia?
Syarikat China Minat Jadikan Malaysia Untuk Uji Kereta Terbang.
20-08-2026
Kes Tiga Sekeluarga Maut Dirempuh Lori JIM: Pemandu Dibenar Ikat Jamin RM60,000
Rempuh Lampu Isyarat Hingga Meragut 3 Nyawa, Pemandu 'Black Maria' Mengaku Tidak Bersalah.
20-08-2026
Minyak Naik Beberapa Sen Sahaja
Antara Kenaikan Dan Ketenangan: Minyak Tanpa Subsidi Melambung, Bantuan BUDI Terus Jadi Penyelamat.
20-08-2026
Tiada Lagi Kesesakan Parah ke Pantai Timur? Projek RM2.1B KLK Diijangka Siap 2029
Sinar Baharu Pengguna KLK: Projek Pelebaran & Terowong Ketiga Atasi Kesesakan Musim Perayaan.
20-08-2026
Kekurangan Dana Bukan Halangan, KKR Cari Inovasi Moden Selenggara Jalan
AI: Langkah Inovatif KKR Tangani Jalan Menua.
20-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat