BMW iX3 Final Edition Kini Di Malaysia – Lebih Eksklusif & Sporty, Dari RM299,800

BMW iX3 Final Edition kini di pasaran.
BMW Group Malaysia telah mengumumkan bahawa model edisi istimewa BMW iX3 Final Edition kini ditawarkan di pasaran, memberikan pelanggan pilihan lebih eksklusif daripada model yang menjadi asas rekaannya, SUV crossover EV BMW iX3 (G08), memuaskan keinginan sesiapa yang bercitarasa tinggi (dan mampu).
Untuk versi khas Final Edition ini, iX3 masih dilengkapi dengan pakej gaya M Sport yang sama, tetapi ia diberikan penambahan ciri M Performance yang merangkumi perumah cermin gentian karbon, kemasan ambang pintu gentian karbon serta spoiler belakang M Performance.
Dari segi trenkuasanya, iX3 Final Edition juga diberikan Adaptive M Suspension yang menjanjikan pemanduan dan pengendalian yang lebih baik. ‘Nikmat’ ini ditambah lagi dengan penggunaan rim besar yang bersaiz 20 inci 890 M Bicolor M Aerodynamic, sama seperti pada model asas, iX3.

BMW iX3 Final Edition diberikan suspensi khas, Adaptive M Suspension.
Ciri-ciri utama lain termasuk bumbung kaca panoramik, kawalan pendingin hawa tiga zon automatik, tempat duduk hadapan (sporty) yang boleh dilaraskan secara automatik, pakej bantuan pemandu BMW Driving Assistant Professional dengan Parking Assistant Plus, papar pandu (HUD), BMW Laserlight dan sistem audio premium Harman Kardon.

Kemasan gentian karbon digunakan pada beberapa bahagian Final Edition.
Untuk makluman, BMW iX3 meggunakan bateri berkapasiti 80 kWj yang menyalurkan kuasa kepada satu motor elektrik menggerakkan roda belakang dengan output 286 hp dan 400 Nm. Menurut BMW, dengan cas penuh, iX3 mempunyai jarak WLTP maksimum sehingga 461 km.
BMW Group Malaysia menetapkan harga jualan BMW iX3 Final Edition pada RM299,000 tanpa BMW Service & Repair Inclusive. Sekiranya termasuk pakej penyelenggaraan tersebut, harganya ialah RM319,800.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR8021
SELANGOR
BSU931
JOHOR
JE8697J
PULAU PINANG
PSF8859
PERAK
APL7550
PAHANG
CFH8514
KEDAH
KGJ2784
NEGERI SEMBILAN
NEM1147
KOTA KINABALU
SJU3172
KUCHING
QAB6415P
Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Berapa Harga Hyundai Stargazer?
Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).
22-09-2026
Bakal Dilancar: Hyundai STARGAZER Malaysia: 300 Unit Pertama Mendarat
Hyundai Stargazer bakal dilancarkan.
17-09-2026
MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k
Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.
10-09-2026
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.
07-09-2026
JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800
JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.
02-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
