Ini Rupa-Rupanya Tanggungjawab PUSPAKOM! WAJIB BACA

Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) tampil membuat penjelasan mengenai masalah brek kereta berjenama Chery Omoda 5 yang tular di media sosial baru-baru ini.
Susulan itu, Chery Malaysia ada menjalankan pemeriksaan dan kereta itu turut dihantar ke Puspakom, yang mana pemeriksaan menyeluruh mendapati tiada sebarang masalah ditemui.
Menerusi laporan Puspakom itu, tular pula komen-komen yang kurang enak mengenai kewibawaan Puspakom.

Untuk itu, Puspakom menegaskan bahawa adalah tidak benar mengenai pengeluar kereta berkenaan dikatakan menggunakan PUSPAKOM untuk menyembunyikan masalah kereta terbabit.


“Kami ingin menjelaskan bahawa peranan utama PUSPAKOM adalah untuk menjalankan pemeriksaan untuk mengesahkan kenderaan yang datang untuk pemeriksaan di pusat pemeriksaan kami mematuhi piawaian kelayakan jalan raya yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

“Mengenai kes yang dinyatakan, sistem brek kenderaan telah menunjukkan bahawa prestasi breknya memenuhi piawaian global, selain kenderaan boleh berhenti dengan selamat dalam jarak yang ditentukan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Sebelum ini CariCarz. com ada melaporkan bahawa semua pemeriksaan yang dijalankan oleh kedua-dua Chery Auto Malaysia (Chery) dan Puspakom tidak menemukan sebarang penemuan buruk berhubung isu brek pada kenderaan Omoda 5 yang tular baru-baru ini.
Chery dalam satu kenyataan berkata, penemuan tersebut mengesahkan Omoda 5 sememangnya selamat, dan sistem brek adalah memuaskan seperti yang ditunjukkan dalam keputusan ujian Puspakom.
Siasatan itu dijalankan sebagai tindak balas kepada aduan tular pada 6 April yang mana seorang pemilik Omoda 5 meluahkan kekecewaan dan kemarahannya terhadap syarikat automotif China.
Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mahmood Razak Bahman berkata, proses pemeriksaan kenderaan PUSPAKOM adalah bertauliah dan diperakui oleh Piawaian Malaysia dan MS ISO.
Kesemua piawaian pemeriksaan adalah berasaskan tanda aras yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan dan UNECE World Forum untuk tujuan Pengharmonian Peraturan Kenderaan.
PUSPAKOM yang turut disyorkan oleh CITA International Motor Vehicle Inspection Committee (CITA) yang merupakan persatuan antarabangsa terlibat secara aktif dalam meningkatkan keselamatan jalan raya.
“Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa PUSPAKOM tidak mengesahkan sebarang kerosakan mekanikal sebaliknya, pemeriksaan kami adalah menyediakan bacaan dan keputusan yang berfungsi sebagai petunjuk sebarang potensi kerosakan, yang kemudiannya memerlukan pengesahan lanjut oleh pengeluar kereta atau mekanik yang berkelayakan.
“Pengeluar kereta mempunyai peranan penting dalam memastikan kualiti dan keselamatan kenderaan mereka. Adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk menunaikan janji yang dibuat kepada pelanggan, termasuk menyediakan kenderaan yang memenuhi jangkaan prestasi jentera itu,” jelasnya.
Untuk makluman anda, pemeriksaan kenderaan adalah untuk membantu pemilik kenderaan memastikan kenderaan mereka adalah selamat dan layak berada di atas jalan, serta kenderaan yang digunakan itu mematuhi piawaian yang diperlukan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jadi, pemeriksaan kenderaan PUSPAKOM dijalankan berdasarkan keadaan sebenar kenderaan semasa pemeriksaan.
“Sebagai badan pemeriksa dengan dedikasi selama 30 tahun untuk tidak memihak dalam melaksanakan pemeriksaan kenderaan bebas,
“PUSPAKOM mengekalkan polisi pintu terbuka untuk mana-mana pembuat kereta untuk menguji kelayakan jalan kenderaan mereka.
“Adalah penting untuk menekankan bahawa pemeriksaan Puspakom bertujuan untuk menyediakan maklumat yang telus kepada pengguna. Ini sebenarnya dapat membantu memastikan pengguna Malaysia mempunyai maklumat yang mencukupi,” tegasnya.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQW4776
SELANGOR
BSP6496
JOHOR
JYV9154
PULAU PINANG
PSB9061
PERAK
APH1942
PAHANG
CFG4024
KEDAH
KGF6535
NEGERI SEMBILAN
NEK2996
KOTA KINABALU
SJR7083
KUCHING
QAB7054N
Terakhir Kemas Kini 06 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Suku Pertama 2026: MG Motor Malaysia 'Fly' Tinggi dengan Pertumbuhan 57%
MG Motor Malaysia Catat Pertumbuhan Luar Biasa, Jualan Suku Pertama 2026 Melonjak 57%.
05-05-2026
Aerotrain KLIA Kembali Beroperasi 24 Jam Sehari Hujung Mei Ini
Pengguna kini boleh menarik nafas lega kerana Aerotrain bakal beroperasi.
05-05-2026
Berhenti Jadi Mangsa Statistik: Volvo Ajak Anda 'Belajar Memandu' Semula di SIC
Selamat Driving Experience merupakan sebahagian daripada kempen Selamat yang dilancarkan oleh Volvo Car Malaysia .
05-05-2026
Satu Hari, 2,088 Nahas: Disiplin Jalan Raya Makin Merosot?
Sebanyak 2,088 kes kemalangan dilaporkan berlaku di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sahaja semalam.
05-05-2026
Kerajaan Tanggung Subsidi Bahan Api RM5 Bilion Sebulan
Kerajaan mendedahkan jumlah subsidi bulanan melonjak drastik daripada RM700 juta pada Januari lalu kepada RM5 bilion sebulan ketika ini.
05-05-2026
Nak Tukar EV? Caricarz Automall Tawar TQ Wuling Bingo Harga Mampu Milik
Caricarz Automall menawarkan Tq Wuling Bingo EV terpakai pada harga sangat berbaloi.
05-05-2026
Tiada Lagi Ruang Bersembunyi! 10,000 'Mata' Digital Kini Pantau Penjenayah di KL
10,000 CCTV AI: KL Sasarkan Jenayah Turun 50%.
04-05-2026
Honda Malaysia Perkukuh Dominasi Hibrid; Model e:HEV Kini Dilindungi Jaminan 10 Tahun
Bukan Untuk Model Baharu Sahaja, Pemilik Honda Jazz & City Hybrid Lama Turut Dapat Lanjutan Waranti!
04-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat