Isuzu D-Max X-Terrain Edisi Terhad: Penutup Kargo Automatik Ironguard, Dari RM156K
Isuzu Malaysia dalam diam telah melancarkan varian edisi khas model pikap D-Max melalui video promosi terbaru yang dikongsikan di YouTube. Iklan tersebut menampilkan Isuzu D-Max X-Terrain versi terbaru yang dilengkapi dengan penutup ruang kargo jenis gelangsar atau roller shutter Ironguard.
Isuzu Malaysia turut mengemaskini laman web rasminya dengan varian terbaru tersebut. Di sini, kami dapat mengumpulkan beberapa butiran penting mengenai varian edisi khas ini termasuk harganya.

Fungsi roller shutter Ironguard yang didatangkan untuk varian istimewa ini memberikan lebih privasi dan perlindungan antikecurian di bahagian muatan.
Varian khas ini dibina berasaskan varian tertinggi, X-Terrain, yang telah diberikan pelbagai kelengkapan. Kali ini, varian tersebut disempurnakan lagi dengan ciri baharu iaitu penutup ruang kargo jenis gelangsar yang bukan hanya meningkatkan privasi dan keselamatan ruang muatan, tetapi juga kedap air dan habuk.


Penutup Ironguard ini boleh berfungsi secara automatik melalui butang kawalan tutup/buka yang terdapat pada bahagian belakang trak dan juga di dalam kabin. Pengguna juga boleh mengawal bukaan dan penutupan ruang kargo ini melalui keyfob atau aplikasi telefon pintar.


Ciri menarik lain pada penutup Ironguard ini ialah rel terbina dalam (built-in) yang memudahkan pemasangan aksesori tambahan yang bersesuaian. Ia juga hadir dengan ciri keselamatan anti-kepit (anti-pinch) untuk mengelakkan kecederaan.

Dari segi keselamatan, model khas ini dilengkapi dengan ciri yang sama seperti varian X-Terrain yang menjadi asas rekaannya. Ini merangkumi ciri ADAS seperti ACC, LDW, FCW, AEB dan sebagainya.






Model ini dikuasakan oleh enjin turbo diesel 4 silinder 3.0 liter yang menghasilkan 190 ps dan 450 Nm. Enjin ini dipadankan dengan sistem pacuan 4x4 dan transmisi automatik 6 kelajuan.
D-Max X-Terrain dengan penutup kargo Ironguard ini ditawarkan di pasaran dalam kuantiti terhad. Bagaimanapun, Isuzu Malaysia tidak mendedahkan berapakah bilangan kuantiti yang dimaksudkan.
Model ini dipasarkan pada harga bermula daripada RM155,938.40 di Semenanjung Malaysia. Harga tersebut termasuk jaminan 7 tahun tanpa had perbatuan Isuzu Malaysia. Sementara itu, fungsi Ironguard diberikan jaminan berasingan selama 18 bulan.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ4671
SELANGOR
BST7691
JOHOR
JE4152J
PULAU PINANG
PSF6224
PERAK
APL5361
PAHANG
CFH7574
KEDAH
KGJ1578
NEGERI SEMBILAN
NEL8942
KOTA KINABALU
SJU1594
KUCHING
QAB5782P
Terakhir Kemas Kini 21 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Isuzu Perkenalkan D-Max Auto Plus 4x2 1.9L, Lebih Bergaya & Canggih!
Isuzu perkenalkan D-Max generasi ke-3 yang tampil lebih berani, bergaya dan canggih.
14-10-2021
Isuzu D-Max 2021 Akhirnya Melanggar Masuk Malaysia
D-Max akhirnya muncul dalam pasaran Malaysia sekali gus memberikan tanda aras baharu untuk jenama dalam segmen trak pikap.
26-04-2021
Berita Terkini
Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan
Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.
19-09-2026
ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit
Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.
18-09-2026
17 Model Baharu Mercedes Bakal Masuk Malaysia Tahun Depan – Ini Apa yang Kita Tahu
Mercedes-Benz Malaysia merancang 17 model baharu untuk tahun 2027, dimana sebahagian besarnya adalah pemasangan tempatan di Pekan.
18-09-2026
Pemenang Xforce Buy 1 Free 1 Bawa Pulang SUV Baharu
Rezeki Terpijak: Pemenang Utama Menang Xforce.
18-09-2026
Perodua Ativa X Kini Semurah RM53k - Adakah Anda Masih Mahu Beli Myvi?
Perodua Ativa X vs Myvi H: Selisih RM1,900, Mana Satu Pilihan Lebih Berbaloi?
18-09-2026
Berapa Harga Hyundai Tucson?
SUV Hyundai Tucson Kini Lebih Murah Di Malaysia, Harga Bermula RM159k
18-09-2026
Remaja 14 Rempuh 2 Kereta, Mujur Tiada Yang Mati
Remaja 14 tahun dirakam memandu secara melulu.
17-09-2026
PDRM Guna Proton e.MAS Untuk Tugas Operasi Harian
PDRM Terima 3 Unit Proton e.MAS Untuk Penilaian Operasi Rasmi.
17-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat