Semakin Ramai Guna EV di ASEAN, Lebih 10,000 Unit EV Terjual di Malaysia Tahun Lalu
-full.webp)
Peningkatan penggunaan kenderaan elektrik (EV) di ASEAN dipercepatkan oleh kedatangan model-model baharu dari negara China yang ditawarkan pada harga mampu milik, selain pertambahan pengeluaran automotif.
Thailand dan Vietnam menjadi dua negara utama yang menyumbang kepada 77% daripada 141,095 unit jualan EV di rantau ini.
Pada tahun 2023, Indonesia dan Malaysia juga mencatat pertumbuhan jualan EV yang ketara, dengan Indonesia menjual 17,062 unit dan Malaysia 10,159 unit. Ini menandakan peningkatan jualan EV di ASEAN daripada 1.6% pada 2022 kepada 6.2% pada tahun 2023.
![]()
Dengan lebih banyak model EV yang berharga rendah akan dilancarkan pada tahun 2024 dan 2025, Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) meramalkan peningkatan berterusan dalam penggunaan EV di ASEAN. Faktor seperti penambahan stesen pengecasan dan subsidi langsung kepada pembeli dijangka memperkuat trend ini.
Di Thailand, insentif kerajaan termasuk subsidi tunai kepada pembeli, duti eksais serta import yang rendah untuk pengeluar alat ganti tulen (OEM) dan insentif untuk pengeluaran tempatan telah merangsang pertumbuhan jualan EV.

Sementara itu, di Indonesia, insentif termasuk potongan duti ditawarkan untuk menggalakkan pengeluaran domestik dan penjualan EV. Di samping itu, berita tentang kenaikan harga petrol yang berpunca daripada pengurangan subsidi seperti di Malaysia, turut mendorong kepada pembelian EV.
Jualan global EV yang dicatatkan pada tahun lalu mencecah 14 juta unit, peningkatan sebanyak 34% berbanding tahun sebelumnya.
Bagaimanapun, jualan bagi tahun ini dijangka perlahan, turun kepada 22% kerana ketepuan pasaran di negara China dan Eropah serta ketidaktentuan di Amerika Syarikat (AS) menjelang pilihan raya presiden pada November serta prospek kesinambungan dasarnya.
-full.webp)
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRW5994
SELANGOR
BSU7312
JOHOR
JG6512J
PULAU PINANG
PSH748
PERAK
APM6057
PAHANG
CFJ2939
KEDAH
KGJ6538
NEGERI SEMBILAN
NEM4576
KOTA KINABALU
SJU8394
KUCHING
QAB8942P
Terakhir Kemas Kini 30 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?
Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?
29-10-2026
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge