ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

1 Juta 'Fleet Card' Disediakan, Jangan Tangguh Permohonan Subsidi Diesel

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Caricarz-RON95-B10Diesel-FuelPump-(2).jpg


Sejumlah satu juta stok ‘fleet cardtelah disediakan untuk pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) kelak. 


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Armizan Mohd. Ali memaklumkan bahawa itu merupakan langkah kesiapsiagaan dalam agenda penyasaran semula subsidi diesel.


Beliau menyatakan bahawa kerjasama telah dilakukan dengan lima syarikat minyak utama termasuk Petronas, Shell, Petron, BHP dan Caltex. 


“Jumlah satu juta fleet card itu disasarkan bagi memenuhi permintaan 23 jenis kenderaan yang layak melalui SKDS 2.0 yang dianggarkan berjumlah 410,000 buah kenderaan,” katanya.


KPDN-SKDS-(1).jpgKPDN-SKDS-(2).jpg


Sinar Harian melaporkan bahawa ketika sidang media Hari Terbuka Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 di Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) hari ini, Armizan turut membetulkan persepsi orang ramai yang melihat tindakan penyasaran subsidi ini sebagai penghapusan subsidi. 


"Subsidi itu tetap wujud dan disasarkan semula untuk menangani isu ketirisan subsidi rakyat yang telah berlaku sejak sekian lama apabila pendekatan subsidi pukal diguna pakai.


"Kini, subsidi diesel disalurkan secara bersasar melalui dua kaedah iaitu pertama subsidi harga runcit di stesen minyak kepada 33 jenis pengangkutan awam dan barangan yang disasarkan melibatkan anggaran 410,000 kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia. Pelaksanaan melalui SKDS dikawal selia KPDN.


Diesel-Subsidy-Sales-Down-Caricarz-(3).jpg


"Kedua, subsidi bantuan tunai RM200 kepada isi rumah yang menggunakan kenderaan diesel sama ada bagi kategori individu mahupun agri-komoditi dan penyelarasan dibuat oleh Kementerian Kewangan," katanya.


Permohonan untuk mendapatkan kelulusan SKDS 2.0 boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web rasmi https://mysubsidi.kpdn.gov.my/.


Beliau juga menggesa syarikat-syarikat yang layak untuk memohon di bawah SKDS 2.0 agar tidak menangguhkan proses permohonan dan segera mengajukan permohonan untuk kelulusan serta mendapatkan kad kenderaan daripada syarikat-syarikat minyak yang terlibat.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRC7298

SELANGOR

BSQ8606

JOHOR

JYY8209

PULAU PINANG

PSD1520

PERAK

APJ2690

PAHANG

CFG7951

KEDAH

KGG5423

NEGERI SEMBILAN

NEK6708

KOTA KINABALU

SJS4392

KUCHING

QAB152P

Terakhir Kemas Kini 22 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto

10-01-2024
Gaya Hidup

13-12-2023
Berita Auto

Berita Terkini

Berita Auto

Lesen Operasi Dilanjutkan Hingga 2028: inDrive Malaysia Catat Pertumbuhan Luar Biasa

inDrive meraikan pencapaian rakan pemandu berprestasi tinggi menerusi Platinum Driver League 2026, baru-baru ini.

19-06-2026
Berita Auto

CIMB Perkenal Program 'First Car Solution', Bank Pertama Tawar Cukai Jalan Percuma 2 Tahun

Bantu Golongan Muda Miliki Kereta, CIMB Perkenalkan Program 'First Car Solution'.

19-06-2026
Berita Auto

Kantoi Pasang 'Sunshade'? Ini Jawapan Menteri Pengangkutan Yang Anda Wajib Tahu

Pasang 'Sunshade' Satu Kesalahan? Ini Penjelasan Rasmi Menteri Pengangkutan.

19-06-2026
Berita Auto

Kempunan Nak 'Show Off': Kereta Pengantin BMW Mewah Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ

Kereta Pengantin BMW Milik Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ.

19-06-2026
Berita Auto

Teliti Cadangan Pasang 'Dashcam' Dalam Kereta e-Hailing

Dashcam E-Hailing: Antara Keselamatan Pemandu Dan Hak Privasi Penumpang.

18-06-2026
Berita Auto

Mula 19 Jun: Servis Kereta Perodua Kini Lebih Murah, Diskaun 10% Termasuk Kos Buruh!

Bukan Setakat Model Biasa, Insentif Diskaun Servis Perodua Turut Merangkumi QV-E.

18-06-2026
Berita Auto

Kereta Individu Meninggal Dunia Ditangan Rohingya Akhirnya Disita JPJ

Kereta Pusaka Bertukar Tangan Secara Haram, Lelaki Rohingya Ditahan Pandu Kia Sephia Mati Roadtax.

18-06-2026
Berita Auto

Harga Minyak Mingguan: Diesel Turun

Harga runcit diesel di Semenanjung turun 30 sen kepada RM4.37 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Jun 2026.

18-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.