Ini Dia X70 Facelift!

Beberapa portal berita automotif tempatan tidak melepaskan peluang menyiarkan gambar Proton X70 facelift yang tidak dilitupi dengan sebarang pelekat penyamaran, sejak pagi tadi.
Gambar yang dirakam oleh seorang pengguna Facebook bernama Prince EL Rachid itu menunjukkan hanya sebahagian hadapan Proton X70 berwarna merah itu didedahkan.
Ia jelas menunjukkan bamparnya agak pendek dan lampunya pula agak sepet dan sekali gus menunjukkan perubahan yang terdapat pada versi facelift ini agak ketara.
Malah, ia juga dipadankan dengan rim baharu namun malangnya, bahagian sisi dan belakangnya tidak didedahkan.
Sebelum ini, pengeluar kereta nasional, PROTON mengesahkan bahawa Proton X70 2024 facelift yang akan dilancarkan tidak lama lagi akan hadir dengan fungsi pemanduan separa-autonomi Tahap 2.
Selain itu, Proton X70 facelift ini juga akan dilengkapi dengan ciri Kawalan Pelayaran Pintar (ICC) yang digabungkan dengan kawalan pelayaran adaptif dan fungsi Stop-Go.
Difahamkan, versi facelift ini akan dilancarkan tidak lama lagi namun Proton masih belum mendedahkan tarikh pelancarannya.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN8297
SELANGOR
BST4507
JOHOR
JD6041J
PULAU PINANG
PSF3293
PERAK
APL2531
PAHANG
CFH6254
KEDAH
KGH8707
NEGERI SEMBILAN
NEL6915
KOTA KINABALU
SJT9017
KUCHING
QAB5172P
Terakhir Kemas Kini 04 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual
10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.
03-09-2026
Tular Budak Keluar Sunroof Alphard
Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.
03-09-2026
Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam
Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal
03-09-2026
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat