ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Isu Gandar Omoda 5, JPJ Turut Bantu

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Ada berita baik buat pemilik kereta Chery Omoda 5 yang mungkin dibelenggu dengan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kereta mereka selepas satu kes tular Omoda 5 yang mengalami kerosakan di bahagian gandar belakang

Ini kerana Chery Auto Malaysia telah membuka satu laman web untuk membolekan pemilik Chery Omoda 5 memeriksa sama ada kenderaan mereka terbabit atau tidak.

Menerusi laman web ini, para pemilik Omoda 5 hanya perlu memasukkan nombor casis kenderaan mereka (VIN) dan ikuti langkah kedua dan ketiga.

Menurut Naib Presiden Chery Auto Malaysia, Lee Wen Hsiang, pihaknya memandang serius perkara tersebut kerana keselamatan pelanggan adalah keutamaan mereka.

“Kami sedang menghubungi para pelanggan yang terjejas dan meminta mereka membawa kenderaan ke pusat servis kami,”katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Buat masa ini, sejumlah  60 unit kenderaan OMODA 5 yang dikeluarkan pada 15 Ogos 2023  dan dipasang dengan komponen bermasalah itu dikenal pasti berada di Malaysia.

Untuk itu, pihak syarikat telah  mengambil langkah berjaga-jaga dan memanggil semula 600 unit Omoda 5 melalui kempen servis khusus untuk memeriksa unit-unit yang dipasang dengan gandar-gandar yang dihasilkan antara 14 ke 17 Ogos 2023.

Apapun, Chery Auto Malaysia turut mengesahkan tiada kenderaan lain jenama itu yang terjejas.

image.png

Terdahulu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) turut menghebahkan kempen pemanggilan semula 600 unit kenderaan model Omoda 5 keluaran Chery berkuat kuasa hari ini, susulan insiden yang tular di media sosial pada 28 April lepas.

JPJ dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya telah memanggil Chery Corporate Malaysia Sdn Bhd bagi menyiasat dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai isu berkenaan demi memastikan keselamatan pemilik kenderaan serta pengguna jalan raya.

"Pemilik kenderaan yang terlibat akan dihubungi oleh pihak syarikat bagi menempah slot pemeriksaan masing-masing atau pemilik kenderaan boleh walk-in ke mana-mana pusat servis berhampiran di seluruh negara.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT1069

SELANGOR

BSU2754

JOHOR

JF3685J

PULAU PINANG

PSG2043

PERAK

APL9680

PAHANG

CFH9447

KEDAH

KGJ3764

NEGERI SEMBILAN

NEM2079

KOTA KINABALU

SJU4490

KUCHING

QAB7220P

Terakhir Kemas Kini 06 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Gambar

18-06-2026
Berita Auto
Berita Auto

25-08-2025
Berita Auto

01-08-2025
Gaya Hidup

29-05-2025
Kereta Baru

25-03-2025
Teknologi

19-12-2024
EV

22-11-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Berapa Harga Tiket ECRL?

Kabinet Masih Belum Memutuskan Harga Tiket ECRL.

06-10-2026
Berita Auto

Air Campur Petrol: KPDN Kedah Siasat 11 Stesen Minyak

Dakwaan Petrol Bercampur Air Viral: KPDN Jalankan Pemeriksaan.

06-10-2026
Berita Auto

Anda Boleh Lega: Lebih Banyak Ciri MyJPJ Mulai Bulan Depan

Ciri Baru MyJPJ Bulan Depan: Tiada Lagi Orang Tengah?

06-10-2026
Berita Auto

Ini Dia Pelukis Bendera Gergasi Di Litar Sepang

Inilah Pelukis Bendera Gergasi F1 Sepang Yang Ramai Tak Tahu.

06-10-2026
Berita Auto

Hukuman Penjara Menanti Mat Rempit Bermula 1 November Ini

Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987: Mat Rempit Berdepan Penjara Mulai 1 November.

05-10-2026
Berita Auto

Prestasi Jualan Proton September 2026: Pecah Rekod Dalam 9 Bulan

Jualan Proton 2026 Lepasi Sasaran Lebih Awal, Catat Rekod Tertinggi Sejak 2002.

05-10-2026
Berita Auto

PROTON S70 i-GT 1.5 Rasmi Di Sabah, Harga Bermula RM58,800

ROTON S70 i-GT 1.5 Tiba Di Sabah, Catat Sambutan Hangat.

05-10-2026
Berita Auto

Malaysia Berpeluang Anjur Semula F1 di SIC

Adakah Formula 1 Bakal Pulang ke Sepang?

05-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.